Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.but] | لمبوت

Definisi : 1. tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki yg berjalan spt orang perempuan); berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu sebenarnya bukanlah ~ kepadanya; melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras; melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta perlu mempunyai ~ jiwa; pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai kecil utk kencing dll); pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~ dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk melembutkan sesuatu: ~ kulit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.but] | لمبوت

Definisi : 1 tidak keras; mudah dilenturkan; lembik: Daging yg keras jika direbus lama-lama menjadi ~ juga. 2 tidak bengis; sopan santun: Orang Melayu ~ perangainya dan halus budi bahasanya. 3 ist (bkn air) mudah berbuih apabila dikocakkan dgn sabun kerana tidak ada atau cuma sedikit saja garam kalsium atau garam magnesium yg larut di dlmnya. berlembut berkelakuan (berperangai dll) lembut: Ia selalu ~ pd anaknya. melembutkan 1 menjadikan lembut; melembikkan: Air hujan ~ tanah dan ini akan memudahkan kerja membajak. 2 melemahkan (hati dll): Tidak seorang pun yg dpt ~ hati orang tua itu. kelembutan keadaan lembut (bkn benda, tingkah laku dsb): ~nya berbicara amat menyenangkan kami. pelembutan perbuatan atau hal melembutkan. pelembut 1 orang yg lembut (tingkah lakunya dsb). 2 bahan utk melembutkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembut (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak keras: lunak, lembik, empuk,
Berantonim dengan keras

2. Dalam konteks perangai
bersinonim dengan bersopan, bersantun, beradab, berbahasa, beradat, baik, elok,
Berantonim dengan kasar

3. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lunak, perlahan, rendah, merdu, enak,
Berantonim dengan keras

Kata Terbitan : berlembut, melembutkan, kelembutan,

Puisi
 

Lembut lemak sisi bemban,
     Terendak ikan letak di paya;
Lemak lemah sirih digenggam,
     Hendak diunjuk emaknya ada.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Telinga yang lembut,
     itulah yang kerap dipulas.

Bermaksud :

Orang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
gentleadj 1. kind and tender, a. (of person, manner, character), (lemah) lembut: my mother was warm and ~, ibu saya mesra dan lemah lembut orangnya; her words were pleasant, her manner ~, kata-katanya menyenangkan, tingkah lakunya lembut; please be ~ with the boy, tolong bersikap lemah lembut dgn budak itu; b. (of face, facial expression, eyes) lembut: puppies usually have ~ eyes, anak anjing biasanya mempunyai mata yg lembut; c. (of words, persuasion, etc) lembut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
featheryadj 1. see FEATHERED; 2. soft and light , lembut dan ringan: ~ snow, salji yg lembut dan ringan; 3. soft, delicate, lembut: ~ strokes of his brush, palitan berusnya yg lembut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
coovi 1. (of dove, pigeon) berkukur, mendekut, memeram; 2. murmur softly, bercakap lembut; (of lovers etc) berbisik-bisik lembut: she ~ed to the baby, dia bercakap lembut kpd bayi itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kid -gloveadj tactful, lemah lembut: ~ approach, kaedah lemah lembut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
delicate8. (of smell) lembut: a ~ aroma, bau yg lembut; 9. extremely accurate, precise, sensitive, peka: ~ instruments, alat-alat yg peka; 10. requiring skilful or careful treatment, handling, etc, a. (of surgery, test, etc) rumit (pengendaliannya): a ~ eye operation, pembedahan mata yg rumit pengendaliannya; ~ tests, ujian-ujian yg rumit pengendaliannya; b. (of situation, subject, relationship, etc) perlu dikendalikan dgn bijaksana: a ~ affair, perkara yg perlu dikendalikan dgn bijaksana; the ~ balance of power, imbangan kuasa yg perlu dikendalikan dgn bijaksana; ~ diplomatic relationships, hubungan diplomatik yg perlu dikendalikan dgn bijaksana;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blandadj 1. gentle, lembut: ~ manners, tingkah laku yg lembut; 2. mediocre, dull, tdk menarik: a ~ young man, seorang pemuda yg tdk menarik; 3. not stimulating, mild, hambar: a ~ diet, sajian makanan yg hambar; 4. mild and soothing, nyaman: the ~ climate of the island, iklim nyaman di pulau itu; 5. unemotional, bersahaja: the criminal made a ~ confession, penjenayah itu membuat pengakuan bersahaja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
coovt berkata dgn lembut: “Everything’s going fine”, he ~ed, “Semuanya berjalan dgn baik”, dia berkata dgn lembut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gentlyadv 1. kindly and tenderly, dgn (lemah) lembut: she spoke ~ to the children, dia bercakap dgn lembut kpd budak-budak itu; 2. not violently, dgn perlahan: he ~ removed the bandage, dia menanggalkan pembalut itu dgn perlahan; she braked ~, dia membrek dgn perlahan; 3. lightly, a. (of wind, breeze) sepoi-sepoi (bahasa); b. (of rain) renyai-renyai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gracefulnessn quality of being graceful, a. (of person) gaya lemah lembut; b. (of movement, manner) lemah lembut; c. (of animal) gerakan [sst] yg cantik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
benignadj 1. kind and gentle, genial, baik dan lembut sifatnya; (of smile) mesra: a ~ teacher, guru yg baik dan lembut sifatnya; 2. favourable, beneficial, baik: a ~ influence, pengaruh baik; 3. (of climate) nyaman; 4. (med) tdk berbahaya: a ~ tumour, tumor yg tdk berbahaya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas