Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[liar] | ليار

Definisi : 1. tidak dipelihara (binatang), tidak jinak, buas, tidak dijaga (tumbuh-tumbuhan), terbiar: binatang-binatang ~ di dlm hutannya termasuk gajah, harimau, beruk, mawas, dll; 2. tidak tetap, gelisah (pandangan dll), buas, ganas (perangai manusia): dgn ~ ia meman­dang ke sekelilingnya; ~ mata selalu mengalih­alih pandangan; 3. tidak sopan-santun (perbualan, permainan, dll), tidak beradab: ia masih tertawa ~; peguam itu menyifatkan tuduhan tersebut sbg tuduhan yg ~; matanya merayap-rayap di atas ruangan siri cerita wanita ~ yg biasa menjadi siaran akhbar itu; orang ~ orang biadab; 4. tidak teratur, tidak mempunyai aturan; pasukan ~ Id pasukan yg tidak teratur (bukan tentera rasmi); rumah ~ Id rumah haram; sekolah ~ Id sekolah persendirian (tidak menurut syarat­-syarat yg ditentukan oleh kerajaan); berliar-liar selalu berlaku liar: Daim budak peliharaannya itu sudah pun pandai ~; meliar menjadi liar (kelakuan, tumbuh­-tumbuhan dll): misai dan janggutnya itu terbiar begitu tebal dan ~ sekali tumbuhnya; matanya ~ ke kiri dan ke kanan jalan; meliarkan menjadikan liar: falsafah pendidikan Barat yg semakin menjauhkan dan ~ generasi Islam drpd roh dan keperi­badiannya sendiri; keliaran perihal (sifat, keadaan, dsb) liar: dia tidak pernah berfikir tentang ~ anak-­anak kota dgn hidup yg tidak menentu; Alias Ali hanya memaparkan soal ~ hidup dan pendedahan seks anak-anak muda; berkeliaran berjalan (terbang dll) ke merata tempat, merayau; ®keliar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liar] | ليار

Definisi : 1 tidak dipelihara (bkn binatang); tidak dijaga (bkn tumbuh-tumbuhan); terbiar: anjing ~. 2 tidak teratur; tidak beradab: Perangai budak lelaki itu masih ~. 3 tidak tetap (pandangan dll): Matanya ~ memperhatikan gadis-gadis itu. meliar menjadi liar (bkn kelakuan, tumbuh-tumbuhan dll). keliaran keadaan atau sifat liar: ~ anak muda hari ini disebabkan oleh kurangnya didikan agama. berkeliaran bergerak (berjalan dsb) dgn tidak bertujuan atau menuju ke serata tempat: Murid-murid yg didapati ~ di pusat membeli-belah dsb pd waktu sekolah hendaklah dikenakan tindakan disiplin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
liar (adjektif)
1. Bersinonim dengan terbiar: buas, ganas, terbiar, hutan, culas,
Berantonim dengan jinak

2. Bersinonim dengan tidak sopan: tidak santun, tidak beradab, biadab, balik adab, kasar, kurang ajar, tidak senonoh, tambung, songong,
Berantonim dengan sopan

Kata Terbitan : meliar, meliarkan, keliaran, berkeliaran,

Puisi
 

Ikan haruan ikan liar,
     Paya mana tuan tetakkan;
Jikalau abang pergi belayar,
     Di mana saya hendak diletakkan?


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Padi sekepuk hampa,
     emas seperti loyang,
kerbau sekandang jalang.

Bermaksud :

Kelihatan kaya (pandai) sebenarnya miskin (bodoh); bernasib malang. kepuk = lumbung padi; jalang = liar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
confirmedadj firmly established in a habit or condition, (of drunkard, liar, etc) kaki; (of bachelor) terlajak: a ~ liar, kaki bohong; a ~ bachelor, bujang terlajak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
conservationn preservation, protection, pemuliharaan: ~ of wildlife, pemuliharaan hidupan liar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
indiscriminateadj not discriminating, (secara) sembarangan: the ~ killing of wild life, pembunuhan sembarangan binatang liar; ~ bombing, pengeboman sembarangan; be ~ in (st, doing st) bersikap sembarangan dlm: he is ~ in his choice of friends, dia bersikap sembarangan dlm memilih kawan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
encagevt confine in case, mengurung: it is cruel to ~ a wild animal, mengurung binatang liar adalah kejam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
barefacedadj 1. (of person) tdk (tahu) malu, bermuka /tebal, tembok/: a ~ liar, pembohong yg tdk tahu malu; 2. (of action, word) secara /terang-terang, tdk berselindung(-selindung) lagi/: a ~ lie, bohong secara terang-terang; a ~ fraud, penipuan secara tdk berselindung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
duck1n 1. common aquatic bird, itik: wild ~, itik liar; 2. female of this bird, itik betina; 3. flesh of duck, (daging) itik: roast ~, itik panggang; 4. also ducks (UK), (colloq), (as form of address) dear, sayang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bolt3vi 1. run away, cabut lari: the thief ~ed when he saw the policeman, pencuri itu cabut lari apabila dia nampak polis; 2. (of horses ) lari dgn liar: the frightened horse suddenly ~ed, kuda yg ketakutan itu tiba-tiba lari dgn liar; 3. dash, meluru lari: she panicked and ~ed into the room, dia panik lalu meluru lari ke dlm bilik itu; 4. move or spring suddenly, membingkas: he ~ed from the chair on hearing the scream, dia membingkas dr kerusinya apabila mendengar jeritan; 5. (of plants) tumbuh terlalu cepat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blanketvt 1. cover with thick layer or mass of st, meliputi, melitupi: wild flowers ~ing the hillsides, bunga-bunga liar yg meliputi lereng-lereng bukit; the valley was ~ed with mist, lembah itu diliputi kabus; 2. usu ~ out, cause to be obscure, mengelamkan, mengaburkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grubvi menyelongkar (+ approp n) utk mencari: these stray dogs make a mess when they ~ for food in the dust-bins, anjing-anjing liar ini mengotorkan tempat itu sewaktu menyelongkar tong sampah utk mencari makanan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beastn 1. any animal esp large, dangerous quadruped, haiwan, binatang: to behave like a ~, berperangai spt binatang; wild ~, binatang liar; ~ of burden, binatang beban; ~ of prey, /haiwan, binatang/ pemangsa; 2. brutal, despicable person, binatang: don’t touch me, you ~!, jangan sentuh aku, binatang!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas