Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ling.kung] | ليڠکوڠ

Definisi : 1. lilit, keliling, pusing keliling; 2. gulung, gelung; selingkung 1. sekeliling, selilit (sesuatu kawasan dll); 2. seluruh kawasan di dlm suatu lingkaran, semua orang (dlm suatu perbadanan dll); melingkung memagari (menandai dll) ber­keliling; melingkungi 1. mengelilingi, melingkari: balai itu dilingkungi pagar dawai berduri; 2. melingkupi, meliputi, memasukkan dlm pengaruh (kawasan dll); terlingkung 1. telah dilingkungi (dikelilingi), terkurung dlm; 2. termasuk dlm sesuatu pengaruh (kawasan dll): orang yg hidup ~ dlm suatu masyarakat; lingkungan 1. sempadan (garisan dll) yg mengelilingi sesuatu, bulatan, lingkaran; 2. semua yg terlingkung dlm suatu kawasan (kuasa dll): usianya belum berapa lanjut, barangkali dlm ~ empat puluhan; pantai timur semenanjung termasuk dlm ~ daerah pedalaman Singapura. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ling.kung] | ليڠکوڠ

Definisi : ; melingkung memberi bertanda (berbatas dsb) di keliling sesuatu. melingkungi 1 berada (terdapat, dipasang dsb) di keliling sesuatu; berlingkar di keliling sesuatu: Di sebelah luar kota itu terdapat sebuah parit yg dalam ~nya. 2 memasukkan ke dlm sesuatu daerah (pengaruh, kuasa dsb); melingkupi: Badan tsb ~ sebahagian besar persatuan belia di negara ini. terlingkung termasuk dlm sesuatu daerah (pengaruh, kuasa dsb). lingkungan 1 bulatan (sempadan dsb) di keliling sesuatu; lingkar. 2 segala yg terlingkung dlm sesuatu daerah (pengaruh, kuasa dsb): Tugas tsb tidak termasuk dlm ~ tugasnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lingkung
Kata Terbitan : melingkungi, terlingkung, lingkungan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fashionableadj 1. following the fashion, a. (of person, clothes) mengikut fesyen: a ~ woman, wanita yg mengikut fesyen; her clothes are always ~, pakaiannya sentiasa mengikut fesyen; b. (of habit, custom, pursuit) menjadi fesyen, popular: a ~ sport, sukan yg popular; it was ~ among the rich to have a farm in the country, memiliki kebun di desa menjadi fesyen di kalangan orang-orang kaya; 2. patronized by the rich or people who decide upon fashion, dilanggani oleh orang-orang kaya yg mempengaruhi fesyen; ~ society, masyarakat golongan atasan; ~ circle, lingkung masyarakat atasan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas