Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lon.cat] | لونچت

Definisi : lompat dgn kedua-dua atau keempat­-empat kaki bersama-sama (burung, katak, dll), lompat dgn ekor (ikan); ~ galah lompat galah; ~ jauh lompat jauh; ~ tinggi lompat tinggi; berloncat melompat-lompat: unggas ber­terbangan dan tupai ~ di atas pokok di dlm dusun itu; berloncatan, berloncat-loncatan melompat beramai-ramai, melompat ke sana sini: kanak­-kanak ~ di padang permainan itu; meloncat 1. melompat dgn kedua-dua atau keempat-empat kaki serentak: setelah ia berundur beberapa langkah ke belakang, Datuk Ujang pun ~ naik; katak ~; 2. melompat ke atas dgn pantas, melenting: ikan itu ~ keluar dr baldi; 3. ki beralih (berpindah) kedudukan dsb: banyak antara mereka yg ~ ke pihak musuh; 4. ki meningkat tinggi: harga getah ~ naik dlm tahun 1950 apabila pecah perang Korea; meloncat-loncat meloncat berulang kali; meloncati meloncat melampaui, meloncat ke atas, melompati; meloncatkan menyebabkan (membawa) meloncat, melompatkan; terloncat terlompat, tidak sengaja atau tiba-­tiba meloncat: ia ~ mendengar letupan itu; terloncat-loncat meloncat-loncat; ~ bagai ulat pinang prb sangat gelisah (resah); loncatan 1. perbuatan meloncat: mereka memperlihatkan ~ dgn kuda; 2. jaraknya (tingginya) meloncat: ia telah mencapai ~ setinggi dua meter; 3. = batu ~ tempat meloncat: ia menganggap kejayaan itu sbg batu ~ utk mencapai kejayaan yg lebih besar; peloncat orang yg meloncat (dlm sukan), pelompat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lon.cat] | لونچت

Definisi : Mn katak, kodok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lon.cat] | لونچت

Definisi : ; meloncat 1 bergerak dgn mengangkat kedua-dua atau kesemua kaki serentak; melompat: katak ~. 2 beralih kedudukan; meningkat tinggi: Harga gula telah ~ naik. meloncati meloncat melampaui sesuatu; melompati. terloncat tidak sengaja meloncat; tiba-tiba meloncat. loncatan 1 gerakan meloncat; hasil perbuatan meloncat; lompatan. 2 jarak atau tinggi meloncat. 3 tempat meloncat; tumpuan meloncat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
loncat
Rujuk :lompat

Puisi
 

Anak ndong anak ketitir,
     Anak merbah terloncat-loncat;
Untung dikendong habis tercicir,
     Untung dikejar haram tak dapat.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Panjang langkah koyak pesak seluar,
     tinggi loncat tembuk ubun-ubun.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan yang melebihi kesanggupan sendiri akhirnya akan mendatangkan kebinasaan. pesak = secarik kain yang bentuknya sebagai baji yang ditambahkan pada selangkangan celana atau depan celana atau di bawah ketiak baju.

 

Lihat selanjutnya...(2)

Lihat selanjutnya...(1)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
capervi also ~ about, meloncat-loncat: the lambs ~ed about, anak biri-biri itu meloncat-loncat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bouncevi 1. rebound, melantun, memantul, mengambul: the ball ~d off the wall, bola itu melantun dr dinding; 2. jump, spring, meloncat-loncat: the children were bouncing around the garden, budak-budak itu meloncat-loncat sekeliling taman; kangaroos bouncing across the field, kanggaru-kanggaru yg meloncat-loncat merentasi padang; 3. jog, terlambung-lambung, terhinggut-hinggut: the car ~d along the bumpy road, kereta itu terlambung-lambung di jalan yg lekak-lekuk; 4. move in a lively manner, meloncat-loncat: she ~d into the room, dia meloncat-loncat masuk ke dlm bilik; 5. rush, spring, membingkas (bangun): she ~d out of the chair, dia membingkas dr kerusinya; to ~ out of bed, membingkas bangun dr katil; 6. (sl), (of cheque) melambung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
skip 1 vi 1. spring, leap lightly and quickly, meloncat-loncat, melompat-lompat: the children ran and ~ped about on the lawn, kanak-kanak berlari-lari dan melompat-lompat di halaman; lambs were ~ping in the fields, anak-anak kambing meloncat-loncat di padang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jump~ about, melompat-lompat, meloncat-loncat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gambolvi melonjak-lonjak, meloncat-loncat, melompat-lompat: lambs ~ling in the meadow, anak biri-biri melonjak-lonjak di padang rumput.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gamboln melonjak-lonjak, meloncat-loncat, melompat-lompat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
friskvi terlompat-lompat, terloncat-loncat, terkinja-kinja: the lambs ~ing in the fields, anak biri-biri yg terlompat-lompat di padang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
friskinessn (keadaan) /terlompat-lompat, terloncat-loncat, terkinja-kinja/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cavortvi (sl) meloncat-loncat, melompat-lompat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
capern; cut /a ~, ~s/, a. jump about, meloncat-loncat; b. act mischievously, menakal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas