Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak sempit, lapang (pakaian, lubang, dll): seluar baru itu ~ sedikit; 2. tidak ketat, mudah tercabut, mudah terlepas (paku, skru, jahitan, ikatan, dll): jahitannya ~ dan kasar; tangannya memeluk ~ anak bongsu­nya di dada; 3. ki tidak teguh, tidak erat (tali persaudaraan, persahabatan, dsb): semenjak kejadian itu, persahabatan mereka mulai ~; 4. ki tidak mengikat kuat (aturan, syarat, undang-undang, dsb), tidak sangat terbatas, tidak ketat, kendur: hutang lapuk disebabkan oleh cara pemberian, cara kawalan dan cara pentadbiran wang kerajaan dan syarikat yg ~ dan tidak teratur; ~ sendat, lapang bertukul prb berpura-pura menerima sesuatu kebenaran tetapi sebenar­nya menolak kebenaran itu; sempit lalu, ~ ditokok prb di negeri yg miskin penduduknya rajin-rajin dan di negeri yg makmur pen­duduknya malas; melonggari menolak atau menambah supaya longgar (pakaian dll): kalau tidak dilonggari, seluar itu tidak dapat dipakai lagi; utk menambah ahli, syarat-syarat utk masuk pertubuhan itu mesti dilonggari; melonggarkan 1. menjadikan longgar atau tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku, dll): ia ~ skru itu; menggali atau membajak akan ~ tanah; 2. mempermudah (syarat-syarat, cara pembayaran, dsb), meringankan (aturan, undang-undang, dsb): larangan membakar mercun dilonggarkan pd malam itu; 3. meluangkan (waktu dsb); memperlonggar menjadikan lebih longgar; kelonggaran 1. perihal longgar: utk men­cegah ~, skru itu harus diketatkan; pertolong­annya itu bererti memberi ~ juga kpd isteri­nya; 2. menjadi longgar: semua pakaiannya ~ kerana badannya yg semakin susut itu; pelonggaran perihal melonggarkan (pakaian, skru, dll, meluangkan waktu dsb, mempermudah syarat-syarat dsb, meringankan aturan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak sempit; lega (bkn pakaian dll). 2 tidak ketat; mudah tercabut (bkn paku, skru dll). 3 tidak erat (bkn persahabatan, tali persaudaraan); tidak kuat berpegang pd adat (syarat, undang-undang dll). melonggarkan 1 menjadikan longgar atau menjadikan tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku dll): Dia ~ ikat pinggangnya kerana terlalu kenyang. 2 memudahkan syarat atau cara pembayaran; meringankan peraturan, undang-undang dll: Pihak majikan telah ~ syarat-syarat kenaikan pangkat. kelonggaran keadaan longgar: Oleh sebab ~ undang-undanglah maka banyak berlaku kecurian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
longgar (adjektif)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan lapang, besar, luas, selesa, lega, gedoboh, berjabir-jabir, terharak-harak, loloh, kedodoran,
Berantonim dengan ketat

2. Dalam konteks skru, paku,
bersinonim dengan cupul, galir, dol, perlus, perlup, loncer, mudah tercabut,
Berantonim dengan ketat

3. Dalam konteks persahabatan
bersinonim dengan tidak erat, tidak karib, tidak teguh, tidak rapat, renggang, berjauhan,
Berantonim dengan erat

Kata Terbitan : melonggarkan, kelonggaran,

Peribahasa

Sempit lalu,
     longgar ditokok.

Bermaksud :

Di negeri yang sukar pencarian, penduduknya rajin-rajin; di negeri yang makmur, penduduknya malas.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
laxadj 1. negligent, not strict, a. (of rules etc) tdk /ketat, longgar/: ~ security, kawalan tdk ketat; the regulations were ~ and supervision minimal, peraturan tdk ketat dan pengawasannya sangat sedikit; b. of a person’s, i. (performance) tdk tegas: lately, the teacher has been ~ and standards have slipped, kebelakangan ini, guru itu tdk tegas dan mutu pelajaran telah menurun; ii. (attitude towards looks) cuai menjaga: she has become ~ about her appearance, dia cuai menjaga rupanya; iii. morals, rendah; 2. (of bowels) lawas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fit1n padan: the dress is a beautiful ~, baju itu padan sekali; be a /tight, loose/ ~, ketat, longgar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
elasticn (pita, tali) elastik; (colloq) getah: my socks keep slipping because the ~ has worn out, stoking saya sentiasa melorot krn getahnya sudah longgar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fullc. (of information, evidence, etc) lengkap: we need ~er information, kita memerlukan maklumat yg lebih lengkap; d. (of board, committee, etc) lengkap: a meeting of the ~ committee, mesyuarat jawatankuasa lengkap; 5. rounded, plump, (of figure) montok; (of face, breasts) montok, penuh; (of lips) penuh; 6. (of clothes) a. of ample cut, kembang: a ~ skirt, skirt kembang; the ~ sleeves are gathered into cuffs, lengan kembang itu dikedutkan menjadi manset; b. loose, longgar; 7. (of sails etc) distended by wind, terkembang: under ~ sail, dgn layar terkembang; 8. (of voice, sound) deep, dalam; 9. (of moon) purnama, penuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas