Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[long.go/] | لوڠݢوق

Definisi : himpunan (buah, padi, sampah, dll), onggok, timbun, tompok: buah itu sepuluh sen se~; berlonggok, berlonggok-longgok berhimpun, beronggok(-onggok), bertimbun-timbun, ber­tompok-tompok: kain baju yg belum bercuci berlonggok-longgok; beberapa orang pekerja duduk berlonggok-longgok di situ; melonggokkan menghimpunkan, menim­bunkan, menompokkan: nasi dilonggokkan di dlm daun itu; longgokan himpunan, timbunan, tompokan: lalat banyak hinggap di ~ sampah itu; pelonggokan perihal (proses atau perbuatan) melonggokkan, penimbunan: ~ sampah sarap di tepi jalan tentunya menjelikkan peman­dangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[long.go/] | لوڠݢوق

Definisi : himpunan yg bertindih-tindih dan tidak teratur (bkn barang jualan dll); tompok: jual ~ jualan yg dibuat secara selonggok-selonggok (bukan satu-satu). berlonggok berhimpun secara longgok (bkn barang jualan dll). berlonggok-longgok bertimbun-timbun; bertompok-tompok. melonggokkan menghimpunkan supaya berlonggok; menimbunkan: Mereka ~ buah kelapa yg telah digugurkan itu di satu tempat. longgokan sesuatu yg dihimpunkan berlonggok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
longgok
Kata Terbitan : berlonggok, berlonggok-longgok, melonggokkan, longgokan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
dollopn (colloq) shapeless lump (of soft food) longgok: a ~ of mashed potato, selonggok kentang lecek.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heapn 1. pile, timbunan, longgokan: a ~ of dirty clothes, longgokan pakaian kotor; lie in a ~, bertimbun(-timbun), berlonggok(-longgok); 2. usu ~s of, (colloq) large number, plenty, bertimbun-timbun, banyak; (of people, time) banyak: I have ~s of work to do, saya ada kerja yg bertimbun-timbun utk dibuat; he knows ~s of people, dia kenal banyak orang; to have ~s of time, ada banyak masa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas