Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lon.ja/] | لونجق

Definisi : perbuatan melompat ke atas (dgn kedua-dua belah kaki); ~ bagai labu dibenam prb angkuh, sombong; spt ~ alu penumbuk emping (padi) prb perihal berjalan dgn kacak (sombong); berlonjak-lonjak melompat-lompat ke­riangan: budak-budak itu ~ di kerusi bela­kang; berlonjakan berlonjak-lonjak: budak-budak itu ~ menyambut kepulangan ibu mereka; melonjak 1. melompat ke atas (dgn kedua­dua belah kaki) utk mencapai sesuatu: ia ~ hendak memetik buah itu; 2. melambung (bola dll): raksa dlm buli-buli itu akan mengembang dan ~ keluar ke dlm batang jangka suhu; 3. ki bercakap sombong, menyombong; cakap ~ cakap besar (meninggi); 4. ki bertambah (tinggi dll): pd masa ke­kasihnya tiba itu perasaan gembiranya ~; melompat naik, meningkat naik dgn tiba-­tiba (harga dll): harga getah ~ naik kerana bekalan getah sangat kurang; dr kerani dia ~ jadi pegawai daerah; harap hendak ~, kopiah pesuk prb kerana hendak hidup mewah habis terjual harta benda; melonjak-lonjak 1. melonjak beberapa kali (kerana kesukaan dll): budak-budak itu ~ apabila mendapat hadiah masing-masing; 2. ki meluap, menjadi-jadi (kegembiraan, keinginan, dll): keinginannya hendak pergi ke sana sudah ~ sekarang; melonjakkan menjadikan (menyebabkan) melonjak; terlonjak 1. melonjak dgn tiba-tiba (kerana kesukaan dll): melihat kemewahan kawannya itu, ~ suatu perasaan baru di dadanya; ~ rasa semangat terlampau (terlalu) gembira; hati ~ terlalu suka (girang) hati; 2. menjadi sombong (oleh kedudukannya, pangkatnya,dll); terlonjak-lonjak melonjak-lonjak, terkinja­kinja, terloncat-loncat; lonjakan 1. perbuatan melonjak; 2. ki (bkn perasaan) dorongan atau desakan yg kuat utk mencapai (mendapatkan sesuatu): ~ rasa utk mencapai gading di menara menjadikan dia berusaha sehingga berjaya ke universiti; pelonjakan perihal (proses atau perbuatan) melonjak atau melonjakkan: mungkinkah itu merupakan suatu proses ~ dlm pucuk pimpinan politik?; pengukuhan ringgit akan diberi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lon.ja/] | لونجق

Definisi : gerakan ke atas dgn melompat (spt gerakan orang hendak mencapai sesuatu). melonjak 1 melompat ke atas dgn kedua-dua belah kaki (utk mencapai sesuatu): Ia ~ hendak mencapai bungkusan yg di atas para itu. 2 melambung (bkn bola): Bola getah itu ~ apabila dicampakkan ke tanah. 3 meningkat naik atau melompat naik dgn tiba-tiba (bkn harga): Harga gula ~ dr 20 sen hingga 40 sen sekati. melonjak-lonjak 1 melompat atau melonjak beberapa kali kerana girang dll: Anaknya ~ melihat ibunya pulang dr pasar. 2 ki menjadi-jadi (bkn perasaan dsb); meluap-luap: Kegembiraan ~ dlm dada Mak Tijah kerana kepulangan anak lelakinya dr perantauan. terlonjak melonjak dgn tiba-tiba (kerana kesukaan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lonjak
Kata Terbitan : berlonjakan, berlonjak-lonjak, melonjak, terlonjak-lonjak, lonjakan,

Peribahasa

Seperti lonjak alu penumbuk padi.

Bermaksud :

Berjalan dengan langkah yang gagah kerana suka atau sombong.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
gambolvi melonjak-lonjak, meloncat-loncat, melompat-lompat: lambs ~ling in the meadow, anak biri-biri melonjak-lonjak di padang rumput.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bound2vi 1. move by leaps, melonjak-lonjak, melompat-lompat, meloncat-loncat: the children came ~ing into the playground, kanak-kanak itu melonjak-lonjak masuk ke taman permainan; 2. bounce, melantun, memantul, mengambul: the ball ~ed against the wall, bola itu melantun ke dinding.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gamboln melonjak-lonjak, meloncat-loncat, melompat-lompat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
galumphvi (colloq) terlonjak-lonjak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dancevi 1. move in rhythmical steps, menari; (ballroom style) berdansa, menari: they ~d till midnight, mereka menari sehingga larut malam; 2. move in lively way, a. (of person) melonjak-lonjak, meloncat-loncat: to ~ with joy, melonjak-lonjak kegirangan; b. (of shadow, leaf, boat, etc) menari-nari: leaves dancing in the wind, daun-daun yg menari-nari ditiup angin;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bound2n 1. a jump upwards or forwards, membingkas: he was out of the door in one ~, dia membingkas keluar dr pintu itu; 2. bounce, lantunan, pantulan, ambulan; 3. sudden pronounced sense of excitement, perasaan yg melonjak-lonjak; give a ~, melonjak(-lonjak): his heart gave a sudden ~ when he saw her, hatinya melonjak dgn tiba-tiba apabila dia melihatnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas