Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.bu/] | مابوق

Definisi : 1. pening kepala (hilang ingatan, tidak sedarkan diri, dsb) kerana meminum minuman keras atau makan gadung dsb: Ali dimarahi isterinya kerana pulang ke rumah dlm ke-adaan ~; 2. ki sangat suka (gemar) akan sesuatu ... terlalu sangat asyik (berahi): maka Tuanku Malim Dewana pun asyik dan ~lah melihat permainan ayahnya itu; ~ agak-agak (kira-kira) suka duduk berangan­angan sahaja (satu kerja pun tidak dibuatnya); ~ andan tergila-gila kerana hendak kahwin; ~ asmara (berahi, cendawan, cinta) hilang akal atau spt gila (kerana jatuh cinta dll); ~ bunga raya mabuk dgn muka berwarna merah; ~ bunga selasih terlalu mabuk (hingga tidak dapat berdiri dgn tegak); ~ darah a) pening kepala kerana melihat darah; b) peng­san kerana banyak kehilangan (keluar) darah; c) mengamuk setelah melihat darah; d) suka menumpahkan darah orang; ~ gunung berasa pening kerana udara agak tipis (di tempat­tempat yg tinggi, pergunungan, dll); ~ hamil rasa loya-loya, pening dsb, biasanya pd se­belah pagi, yg dialami pd peringkat awal ke­hamilan; ~ kecubung a) pening kepala kerana memakan biji kecubung; b) ki sangat berahi sehingga lupa akan hal-hal lain; ~ kepayang (kesmaran) fikiran terganggu (seakan-akan gila) sebab jatuh cinta dll; ~ laut (ombak) pening dan muntah-muntah dlm pelayaran (dgn kapal atau perahu); ~ tahi telinga menjadi bingung kerana mendengar bermacam-macam percakapan orang; ~ udara pening kerana naik kapal terbang; ~ di enggang lalu prb tertarik hati kpd orang yg tidak dikenali; spt orang ~ gadung prb sangat pucat; dimabuk diganggu atau terganggu oleh se­suatu (fikiran dll): kerana telah banyak sangat ~ asmara, pekerjaan Mansor mulai kelihatan mundur; ~ angan-angan gelisah hati (kerana sangat memikirkan sesuatu dll); ~ bayang-bayang mengalami cinta yg tidak berbalas; ~ nasib berasa sangat sedih kerana memikirkan nasib­nya; dimabuki diganggu oleh: selama tujuh ta-hun darwis itu ~ sakit cinta; memabukkan menjadikan (menyebabkan) mabuk: minuman yg ~; kemabukan sedang mabuk, dlm keadaan mabuk: dia sudah spt orang yg benar-benar ~, tidak peduli apa di hadapannya; pemabukan proses menjadi mabuk: bahaya ~ akibat arak atau dadah; pemabuk (orang yg) selalu mabuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.bu/] | مابوق

Definisi : 1. berasa pening kepala atau hilang ingatan kerana meminum minuman keras dsb: Tiap-tiap hari dia pulang ke rumah dlm keadaan ~. 2 ki terlalu sangat asyik atau gemar akan sesuatu: Maka ~lah ia melihat permainan ayahnya. ~ agak-agak (kira-kira) leka dgn berangan-angan saja. ~ asmara (cendawan, cinta) hilang ingatan atau spt gila kerana jatuh cinta. ~ darah a. berasa pening kerana melihat darah. b. pengsan kerana banyak keluar darah. ~ laut (ombak) berasa pening dan muntah-muntah dlm pelayaran. ~ udara berasa pening atau muntah-muntah ketika dlm penerbangan. memabukkan menyebabkan menjadi mabuk. pemabuk orang yg selalu mabuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mabuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan pening: pusing kepala, berat kepala, sakit kepala, hilang ingatan, hilang fikiran, hilang akal, khayal,

2. Bersinonim dengan gian: asyik, berahi, tenggelam,

Kata Terbitan : memabukkan, pemabuk,

Puisi
 

Sayang berdua berjalan malam ,
     Menyidai kain di bawah rumah;
Mabuk arak dari semalam,
     Mabuk bermain apa yang sudah?


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Mabuk di enggang lalu.

Bermaksud :

Sangat tertarik hatinya kepada orang yang belum dikenal.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
dead~ asleep, tidur /mati, nyenyak, lenyak, lena, lelap/; ~ drunk, terlalu mabuk, mabuk /bunga selasih, benar, betul/; be ~ against, be directly opposed to, tdk bersetuju langsung: she was ~ against the plan, dia tdk bersetuju langsung dgn rancangan itu; be ~ set on, /berazam, bertekad/ utk; (thing rel to st of less serious nature) beria-ia, ingin benar: to be ~ set on becoming a doctor, berazam utk menjadi doktor; the child was ~ set on going home, kanak-kanak itu beria-ia hendak pulang; stop ~, a. (of person, animal) berhenti (dgn) serta-merta; b. (of engine etc) mati: my car stopped ~ in the middle of the bridge, kereta saya mati di tengah-tengah jambatan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
groggyadj (colloq) weak, unsteady, (rasa) spt /terhuyung-hayang, mabuk-mabuk, pening-pening/: I felt ~ when I woke up from that fitful sleep, saya rasa spt terhuyung-hayang apabila saya bangun drpd tidur yg tdk nyenyak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
boozyadj (colloq) 1. (of person) a. inclined to heavy drinking, kuat tunggang: ~ companions, teman-teman yg kuat tunggang; b. intoxicated, agak mabuk; 2. involving heavy drinking, mabuk-mabuk: a ~ party, majlis mabuk-mabuk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drunkenadj 1. drunk, mabuk: the ~ sailor, kelasi yg mabuk; 2. caused by alcoholic intoxication, akibat mabuk: ~ stupor, keadaan hampir tdk sedar akibat mabuk; 3. characterized by drunkenness, (spt) orang mabuk: ~ manner, gaya orang mabuk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
besottedadj 1. intoxicated, mabuk: a man ~ with drink, lelaki yg mabuk akibat minuman keras; 2. infatuated, obsessed, mabuk /asmara, cinta, berahi/: a ~ lover, kekasih yg mabuk asmara; ~ with the beauty of the famous model, mabuk asmara oleh kejelitaan peragawati yg terkenal itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drunkadj 1. inebriated, (dlm keadaan) mabuk: he came home ~, dia balik ke rumah dlm keadaan mabuk; 2. in a state of great excitement, mabuk: a tyrant who was ~ with power, pemerintah zalim yg mabuk kuasa; she was ~ with her new-found freedom, dia mabuk dgn kebebasan yg baru diperolehnya; to be ~ with success etc, mabuk dgn kejayaan; ~ with /joy, happiness/, sangat gembira;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intoxicatedadj mabuk: he was so ~ that he could barely walk, dia terlalu mabuk hingga hampir tdk dapat berjalan; to be ~d with praise, mabuk dgn puji-pujian; he became quite ~ with ideas of male superiority, dia menjadi mabuk dgn tanggapan kaum lelaki lebih tinggi martabatnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intoxicationn 1. drunkenness, kemabukan, (keadaan) mabuk; 2. exhilaration, mabuk: the ~ of victory, mabuk dgn kemenangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fewa good ~, quite a ~, agak banyak, banyak juga; have had a ~ too many, (colloq) mabuk sedikit, agak mabuk; not a ~, bukan sedikit; the ~, minority, golongan kecil: privileges for the ~, hak-hak istimewa utk golongan kecil; very ~, hanya /segelintir, sebilangan kecil/ saja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
goneadj 1. (in poor health) teruk; (suffering the effects of drug) khayal; (suffering the effects of alcohol) mabuk: he’s too far ~ to understand what we are saying, dia terlalu mabuk utk memahami apa yg kita katakan; 2. pregnant for a specified time, mengandung: she’s eight months ~, dia mengandung lapan bulan; 3. (colloq) be infatuated, gila: my son is really ~ on the Smith girl, anak lelaki saya betul-betul gila pd anak perempuan Smith; 4. a. departed, pergi: he hopped onto his motorcycle and was ~, dia melompat ke atas motosikalnya dan pergi; b. (of excitement, enthusiasm, etc) no longer there, hilang, tdk ada lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas