Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.kar] | ممباکر

Definisi : 1. menyalakan (memasang, menghanguskan) sesuatu dgn api: ~ kayu; ~ sampah; 2. memanaskan sesuatu (spt ikan, daging, pisang, dsb) di atas api supaya masak, memanggang: ~ pisang; 3. memasak sesuatu (spt kuih, ikan, daging, dll) dgn jalan memanaskannya dlm ketuhar: ~ kuih; ~ kapur; 4. ki membuatkan seseorang marah atau meradang: “Kalau engkau menjadi pemimpin, aku mesti kebuluran,” ia ~ hati isterinya; 5. ki menyemarakkan sesuatu perasaan (spt semangat, cinta, dsb): gadis itu menjeling dan melemparkan senyuman yg ~ jiwa orang muda itu; ~ semangat; 6. menyebabkan terasa sangat panas seolah-olah terbakar: panas yg kian terik dan ~ kulit kepala; dibakar tiada hangus prb tidak dapat dipengapakan (kerana degil, berkuasa, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.kar] | ممباکر

Definisi : 1 memasang api pd sesuatu supaya hangus atau menyala; menyalakan sesuatu dgn api: Petang semalam, saya menolong ibu saya ~ sampah sarap di belakang rumah. 2 memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak: Kerana hujan, kami terpaksa ~ lemang di bawah rumah. 3 ki membangkitkan (perasaan marah, semangat dsb): mengorbankan: ~ hati; ~ semangat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membakar

Puisi
 

Asap api membakar embun,
     Rendang lada disimpul pulih;
Kalau kaca tangkainya embun,
     Pandang ada ambil tak boleh.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bagai lobak di pemerunan,
     bagai kacang tengah dua bulan.

Bermaksud :

Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi. pemerunan = tempat membakar sampah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
burnvt 1. also ~ (st) up, destroy by fire, membakar: he ~ed all the files so as to leave no evidence, dia membakar semua fail supaya tdk meninggalkan bukti; we have ~t all the rubbish, kami telah membakar segala sampah-sarap; 2. put to death by fire, membakar hidup-hidup: Joan of Arc was ~t at the stake, Joan of Arc dibakar hidup-hidup di pancang; 3. subject to heat, membakar: they ~ clay to make bricks, mereka membakar tanah liat utk membuat bata;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bakevt 1. be cooked in an oven, membakar: to ~ bread, membakar roti; 2. harden by exposing to heat, a. (in kiln etc) membakar; b. (of sun) mengeraskan; (the ground) menyebabkan (men)jadi keras: formerly, bricks were ~ed in the sun, pd masa dahulu batu bata dikeraskan di bawah cahaya matahari; the sun ~ed the ground hard, matahari menyebabkan tanah menjadi keras;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crematevt membakar: to ~ the dead, membakar mayat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
burn~ away, terus membakar: the fire ~ed away for days, api itu terus membakar berhari-hari; ~ st away, (act.) menyebabkan sst habis terbakar; (pass.) sst habis terbakar: the fire burnt the undergrowth away, api itu menyebabkan semak habis terbakar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
firevt 1. set fire to, membakar: someone has deliberately ~d the haystack, ada orang yg sengaja membakar timbunan rumput kering itu; 2. discharge, a. (firearm) menembakkan: during the war I never ~d my gun, semasa perang, saya tdk pernah menembakkan pistol saya; b. (salute, volley, etc) melepaskan: the troops ~d a salute, tentera itu melepaskan tembakan hormat; the police ~d a volley into the air, polis melepaskan tembakan bertalu-talu ke udara; c. (missile from firearm) menembakkan: he ~d his last bullet, dia menembakkan pelurunya yg terakhir;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blindbake ~, membakar kosong;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
firevi 1. a. (of explosive etc) meledak: damp gunpowder will not ~, serbuk bedil yg lembap tdk akan meledak; b. (of engine) membakar: the cylinders are not firing properly, silinder-silinder itu tdk membakar dgn baik; 2. shoot, menembak: don’t ~ until they have crossed the stream, jangan tembak sebelum mereka menyeberangi sungai itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
arsonn perbuatan membakar dgn sengaja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
arsonistn orang yg membakar dgn sengaja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
incinerationn burning up, pembakaran, membakar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas