Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bang.kit.kan] | ممبڠکيتکن

Definisi : 1. membangunkan (orang tidur), menghidupkan kembali (orang mati): di padang mahsyar manusia dibangkitkan Allah drpd mati; 2. mengangkat ke atas: ~ pedang ke udara; 3. menimbulkan: ~ semangat orang-orang muda; ~ selera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bang.kit.kan] | ممبڠکيتکن

Definisi : 1 menggerakkan orang tidur supaya bangun; membangunkan: Waktu asar sudah masuk, pergilah engkau bangkitkan ayah yg sedang tidur. 2 menyebabkan datang sesuatu perasaan; menimbulkan sesuatu perasaan: Cerita yg mengharukan dan ~ semangat kita ialah kisah perjuangan seorang perajurit muda yg bernama Leftenan Muda Adnan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membangkitkan


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
evocativeadj /membangkitkan, menimbulkan/ + approp n: the music was ~ of happier days, lagu itu membangkitkan kenangan hari-hari bahagia; ~ words, kata-kata yg membangkitkan perasaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wake 12. stir, membangkitkan: their plight woke his sympathy, kesusahan mereka membangkitkan rasa simpatinya; the happy occasion woke old memories, majlis yg menggembirakan itu membangkitkan kenangan lama;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
evokevt (fml) membangkitkan, menimbulkan: the song ~s many happy memories, lagu itu membangkitkan banyak kenangan bahagia; the small tear-stained face ~d our sympathy, muka yg kecil dan dibasahi air mata itu membangkitkan rasa simpati kami.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
awakevt 1. arouse from sleep, membangunkan, membangkitkan, mengejutkan; 2. cause to become active, membangkitkan: the song awoke many old memories, lagu itu membangkitkan banyak kenangan lama;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stir 1 ~ the /blood, pulse/ (of), membangkitkan semangat: martial music that ~s the pulse, lagu perang yg membangkitkan semangat; the kind of oratory that can ~ the blood of all patriots, jenis ucapan yg boleh membangkitkan semangat semua yg bersemangat kebangsaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inspire2. arouse, fill, membangkitkan, menimbulkan; (hope, confidence or with hope, confidence) memberikan: her gentleness ~d him with love, sifat lemah lembutnya membangkitkan rasa cinta lelaki itu; to ~ so. with enthusiasm, membangkitkan semangat sso; his driving did little to ~ confidence in his passengers, cara dia memandu tdk memberikan keyakinan kpd penumpang-penumpangnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rousevt 1. waken from sleep, menjagakan, membangunkan, membangkitkan, mengejutkan: the noise ~d him from a deep sleep, bunyi bising itu menjagakannya dr lenanya; 2. excite, membangkitkan: the insult ~d his anger, hinaan itu membangkitkan kemarahannya; 3. stir, merangsangkan: the government was ~d to action, kerajaan telah dirangsangkan utk bertindak; his speech ~d the audience, ucapannya merangsangkan para pendengar; 4. provoke, (act.) membangkitkan; (pass.) bangkit: he’s terrible when ~d to anger, dahsyat jadinya apabila bangkit kemarahannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
arousevt 1. excite, stir up, a. (gen), (act.) membangkitkan, menimbulkan; (pass.) berbangkit, timbul: his wife’s behaviour ~d his jealousy, tingkah laku isterinya membangkitkan perasaan cemburunya; to ~ doubts, menimbulkan perasaan was-was; a man who becomes violent when his anger is ~d, seorang lelaki yg menjadi ganas apabila kemarahannya timbul; b. (sexually), (act.) /membangkitkan, menimbulkan/ /nafsu, berahi, syahwat/; (pass.) naik /berahi, syahwat/: to be easily ~d, mudah naik berahi; c. (spirit, sentiment, etc), (act.) membangkitkan, menimbulkan, membangunkan; (pass.) berbangkit: a speech designed to ~ the passions of the mob, ucapan yg bertujuan utk membangkitkan semangat perusuh; 2. awaken, mengejutkan, menggerakkan, membangkitkan, membangunkan, menjagakan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stirring adj penuh semangat, membangkitkan semangat: the ~ songs of the revolution, lagu-lagu revolusi yg membangkitkan semangat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
call~ forth, membangkitkan, menimbulkan: the difficult task ~ed forth their courage and spirit, tugas yg sukar itu membangkitkan ketabahan dan semangat mereka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas