Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.buang] | ممبواڠ

Definisi : 1. mencampakkan, melemparkan: dlm permainan bola keranjang, bola dibuang, tidak boleh disepak; dicegah ~ sampah di sini; 2. menghapuskan, menghilangkan: akhiran “kan” pd akhir perkataan ini harus dibuang; 3. = membuang-buang memboroskan, membazirkan, mensia-siakan: tidak perlu ~ wang serupa itu; ~ tenaga; 4. menghukum dgn jalan mengasingkan ke tempat yg jauh (terasing): raja itu hendak ~ puteranya yg derhaka ke tempat yg jauh; 5. menghentikan (sesuatu tabiat dll): tabiat merokok tidak dapat dibuangnya langsung; ~ adat tidak mengendahkan adat; ~ agama keluar drpd agama; ~ aksi Id membuat-buat supaya elok kelihatan; ~ arang (di muka) menghilangkan malu (aib); ~ baka mencemarkan nama baik keluarga; ~ belakang a) lari (melarikan diri); b) tidak mahu tahu (mengenai sesuatu); ~ bicara (membebaskan seseorang drpd dakwaan (mahkamah dll); ~ bini menceraikan bini; ~ buruk luruh buahnya yg tidak elok (pokok); ~ cangerai membuang sial; ~ dadu melemparkan dadu (dlm permainan); ~ darah membekam (mengeluarkan darah); ~ diri a) menjauhkan diri ke tempat lain; b) menarik (mengasingkan) diri; c) membunuh diri; ~ hamil menggugurkan anak (yg dlm kandungan); ~ hidup menghukum buang; ~ hingus mengeluarkan hingus dr dlm hidung; ~ langkah a) berjalan, berlari; b) melangkah ke belakang (dlm permainan pencak); ~ malu a) menghilangkan aib; b) membalas dendam (menebus malu); c) menyunati (anak dll); ~ masa (tempoh, waktu) mensia-siakan masa; ~ mata (pandang) melayangkan pandang, memandang-mandang; ~ muka a) berpaling (kerana tidak hendak melihat); b) tidak mempedulikan; ~ mulut mengatakan sesuatu dgn samar-samar (tidak terus terang); ~ nahas menolak bala (dgn mandi safar); ~ nyawa a) mati; b) menebus dgn nyawa, mengorbankan nyawa; ~ pelawa mengajak, mempelawa; ~ sauh menjatuhkan sauh; ~ sepanjang adat mengeluarkan drpd adat; ~ sial berbuat sesuatu supaya hilang sial; ~ sifat (Palembang) melukai orang sehingga cacat; ~ sikap (tingkah) berjalan dll dgn dibuat-buat; ~ tabiat berkelakuan lain drpd biasa; ~ tangan mengayun tangan utk memukul dll (dlm pencak); ~ tunang Sr memutuskan pertunangan; ~ ubat (tembakan) menembak dgn tidak tentu sasaran; ~ undi menentukan sesuatu dgn undi; laut tidak ~ sungai, rimba tidak ~ latah prb orang besar (baik) tidak menolak jika diminta pertolongan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.buang] | ممبواڠ

Definisi : 1 menyebabkan sesuatu bergerak di udara kerana dilepaskan dr tangan; melemparkan; mencampakkan: Dlm permainan bola keranjang, kita dibenarkan ~ bola dan tidak boleh menyepaknya. 2 mencampakkan sesuatu kerana tidak berguna: Kita tidak dibenarkan ~ sampah di merata-rata tempat. 3 menjadikan tidak ada lagi; menghilangkan; menghapuskan: Pihak penyunting telah ~ ayat penting dlm karangan saya. 4 menggunakan sesuatu dgn berlebih-lebihan; membazirkan; mensia-siakan: Projek yg dicadangkannya itu hanya ~ wang dan tenaga saja. 5 menghukum dgn cara mengasingkan seseorang ke tempat yg jauh atau terasing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membuang

Puisi
 

Anak laksamana bermain pedang,
     Anak Belanda mencukur janggut;
Membuang tuba di tengah padang,
     Anak mati di tengah laut.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Gemuk membuang lemak,
     cerdik membuang kawan.

Bermaksud :

Sesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
jettisonvt 1. membuang: the captain ordered the cargo to be ~ed, kapten mengarahkan supaya muatan kapal itu dibuang; 2. (fig.) membuang; (old practices, outmoded methods, etc) membuang, meninggalkan: to ~ antiquated ideas, membuang buah fikiran yg kolot.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
discardvt membuang: she ~ed the box as it was no longer useful, dia membuang kotak itu krn tdk berguna lagi; to ~ old customs, membuang adat lama.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
goof~ /off, around/, membuang-buang /masa, waktu/: they spent half the day ~ing around, mereka menghabiskan separuh hari itu membuang-buang masa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drop5. cease to associate with, membuang: she has ~ped all her old friends, dia telah membuang semua kawan lamanya; 6. also ~ off, set down from vehicle, menurunkan: he ~ped me at the corner of the street, dia menurunkan saya di selekoh jalan itu; 7. fell, merebahkan, menjatuhkan: he ~ped his opponent with a hard punch, dia merebahkan lawannya dgn satu tumbukan yg kuat; 8. (voice) merendahkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
creamvt 1. remove cream from, membuang krim drpd: to ~ the milk, membuang krim drpd susu; 2. blend by stirring or beating, memutar; ~ the butter and sugar, putar mentega dan gula; 3. mash (potato etc) and mix with milk, butter, etc, memutar; 4. (US), (sl) defeat, lipat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gutvt 1. remove insides of, clean, membuang (isi) perut: to ~ a chicken, membuang isi perut ayam; 2. destroy the inside of, (act.) memusnahkan bahagian dalam; (pass.) bahagian dalam musnah: the warehouse was completely ~ted by fire, bahagian dalam gudang itu musnah dijilat api.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disposed. (by throwing away) membuang: she persuaded her husband to ~ of the rubbish which had accumulated in the store room, dia memujuk suaminya supaya membuang sampah yg terkumpul di bilik stor; e. (by killing) membunuh; f. (in sport, competition) menewaskan, mengalahkan; g. (argument) mematahkan: as the arguments put forward were untenable, they were easily ~d of, oleh sebab hujah-hujah yg dikemukakan tdk dapat dipertahankan, hujah-hujah itu dapat dipatahkan dgn mudah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dismiss6. (leg.) reject, (case) membuang; (charge) menggugurkan; (appeal) menolak: the judge ~ed the case, hakim membuang kes itu; the charge against him has been ~ed, tuduhan terhadapnya telah digugurkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
abortionn 1. premature expulsion of embryo or foetus, a. (by artificial means) pengguguran /kandungan, anak/ (sso), membuang kandungan: she died after an ~, dia meninggal dunia selepas pengguguran anaknya; b. (by natural process) keguguran: her pregnancy terminated in an ~, kehamilannya berakhir dgn keguguran; have an ~, a. (by artificial means) membuang kandungan, membuang hamil, menggugurkan /anak, kandungan/; b. (by spontaneous expulsion) keguguran; 2. failure, kegagalan, kebantutan, terbantutnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dawdle~ away; ~ away o’s life, menyia-nyiakan hidup sso; ~ away o’s time, membuang(-buang) masa; ~ (the whole afternoon etc) away, membuang masa (sepanjang petang dsb);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas