Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nak.sir] | منکسير

Definisi : 1. mengira atau meng­­hitung banyaknya sesuatu (harga dll): ditaksir-taksir Solihin perongkosan yg harus dikeluarkan­nya; 2. menyangka, menelah, mengagak, mengi­ra: penduduk Vietnam Utara ditaksir sebanyak tiga belas juta; 3. memberi peng­hargaan (dgn sewajarnya), menghargai, me­nilai: dgn jalan itu, penyelidik seni sastera dapat mengenal sesuatu ciptaan dgn lebih baik lagi dan akhirnya dapat ~ nilai ciptaan seni itu; 4. mengkaji, meneliti: kita hendaklah ~ semula kedudukan kita yg tertakluk sangat-sangat pd getah asli; 5. = naksir ingin me­miliki (mempunyai) sesuatu, menghen­daki, berkeinginan utk, ada keinginan hendak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nak.sir] | منکسير

Definisi : 1 mengira atau menghitung jumlah, harga dll (ttg sesuatu); menentukan harga dll dgn kira-kira: Dia ~ kerugian yg dialami, yg berjumlah sebanyak RM15,000/-. 2 menyangka atau mengagak dgn me­lihat-lihat keadaan; menilai secara agak-agak; mengagak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menaksir


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
assessvt 1. estimate, calculate value or amount of, menaksir: to ~ the deceased’s estate, menaksir harta si mati; after ~ing a taxpayer’s income for the year..., setelah menaksir pendapatan pembayar cukai bagi sst tahun...; to ~ damages, menaksir kerugian; to ~ a fine, menaksir denda; 2. impose tax, fine, etc on, mengenakan + approp n: each of them was ~ed M$100, setiap orang drpd mereka dikenakan denda sebanyak M$100; 3. (fig.) evaluate, menilai: to ~ the influence of Joyce on contemporary writers, menilai pengaruh Joyce thdp penulis-penulis masa kini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
assess~ st at, menaksir sst bernilai; (of tax, fine) menaksir sst /berjumlah, sebanyak/: the house was ~ed at half a million dollars, rumah itu ditaksir bernilai setengah juta dolar; his income tax was ~ed at M$2,000,cukai pendapatannya ditaksir sebanyak M$2,000.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
appraisevt 1. estimate price, cost of, menilai, menaksir: to ~ the estate of the deceased, menilai harta si mati; 2. evaluate the quality, significance, etc of, menilai: to ~ Tagore’s contribution to literature, menilai sumbangan Tagore thdp sastera;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas