Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.ta.ngi] | منداتڠي

Definisi : 1. datang ke, mengunjungi, melawati, menziarahi: sejak pukul sebelas sampailah petang tidak putus-putus rumah Bidin didatangi kawan-kawannya; rakyat negeri ini dibenarkan ~ negara-negara asing; 2. datang utk menyerang (memeriksa, menangkap, dll): Sultan Zainal Abidin sudah didatangi oleh orang Pasai pula; polis telah ~ rumah beliau malam tadi; 3. menimpa (bkn bala, penyakit, dsb); didatangi penyakit ditimpa (kena) penyakit; 4. Id ark menjadikan kata terbitan (dgn memberi awalan atau akhiran); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.ta.ngi] | منداتڠي

Definisi : 1 menziarahi: Sejak ia pulang dr Mekah, banyak sungguh orang yg ~ rumahnya. 2 datang utk memeriksa (menyerang, menangkap dsb): Petang semalam, polis telah ~ rumahnya. 3 menimpa (bkn bala, sakit dll); terkena: Ayahnya didatangi penyakit jantung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendatangi


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
accostvt 1. approach and address, /menghampiri, mendatangi, mendekati/ dan menegur: a customs officer ~ed them as they were hailing a taxi, seorang pegawai kastam menghampiri dan menegur mereka sewaktu mereka sedang memanggil teksi; 2. (of prostitute) solicit, mendekati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
confrontvt 1. face bravely or threateningly, (of person) mendatangi; (of problem, task, etc) dihadapi: I was ~ed by two strangers as I left the house, saya didatangi dua lelaki yg tdk saya kenali sewaktu saya keluar dr rumah; the problems ~ing them were by no means small, masalah yg dihadapi oleh mereka bukanlah kecil; 2. face, menghadapi: to ~ the future with determination, menghadapi masa depan dgn keazaman; 3. bring face to face, a. (persons) menyemukakan, mempersuakan; b. (person with thing) menyuakan: when he was ~ed with the evidence, he confessed, apabila dia disuakan dgn keterangan itu dia pun mengaku; 4. be in front of, berhadapan: every time I am ~ed by a microphone I become extremely nervous, setiap kali saya berhadapan dgn mikrofon saya menjadi sangat gugup.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas