Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gi.la] | مڠݢيلا

Definisi : 1. menjadi-jadi, bergila-gila: batuknya ~; peperangan sudah ~; 2. berkelakuan spt orang gila, bergila-gila: di dlm hatinya berharapkan semoga musuhnya akan ~ terus kepadanya; 3. berasa sangat asyik (suka, gemar, dll): pemuda yg ~ kepadanya; 4. menyebabkan gila (sangat kasih, suka sekali, dll); 5. berjalan (belayar dll) dgn laju sekali, tiada teratur dll (bkn kereta, kapal, dll): di jalan raya, motokar makin ~; korvet-korvet ini kian ~ di atas air spt ular kena palu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gi.la] | مڠݢيلا

Definisi : semakin sangat, menjadi-jadi, berlebih-lebihan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gi.la] | مڠݢيلا

Definisi : berkelakuan (berperangai dll) spt orang gila (tidak menggunakan fikiran, mengikut perasaan sahaja); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gi.la] | مڠݢيلا

Definisi : 1 bertambah-tambah (banyak, laju dll); menjadi-jadi: pergaduhan yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggila


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
berserkadj menggila: to attack the enemy with ~ fury, menyerang musuh dgn kemarahan yg menggila; /be, go/ ~, naik gila; send so. ~, menjadikan sso naik gila.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
insaneadj 1. mentally deranged, mad, gila, tdk siuman: he was certified ~ and spent the rest of his days in a mental institution, dia disahkan gila dan menghabiskan usianya di rumah pesakit otak; the ~, orang /tdk siuman, gila/; 2. suggestive of madness, gila; (of ambition, desire, jealousy, etc) menggila; (of stare, laughter, etc) spt orang /gila, tdk siuman/: it was an ~ thing to do!, itu suatu perbuatan yg gila!; what an ~ suggestion!, itu cadangan gila!; his ~ ambition drove him on, cita-citanya yg menggila itulah yg mendorongnya; an ~ desire for power, keinginan yg menggila utk berkuasa; 3. extremely foolish, gila: you must be ~ to want to marry him, kamu tentu gila hendak berkahwin dgn dia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
feverishadj 1. having symptoms of fever, [sso] demam, [badan sso] panas: Billy is ~, you’d better send him to bed, Billy demam or badan Billy panas, baiklah suruh dia tidur; have ~ dreams, meracau waktu bermimpi; 2. frenzied, a. (ref to emotion) menggila: there was a look of ~ excitement in his eyes, tergambar keghairahan yg menggila di matanya; b. (ref to activity) bagai hendak gila: it was a ~ race against time for us to get the manuscript submitted before the deadline, utk menyerahkan manuskrip itu sebelum tarikh akhir, bagai hendak gila kami terpaksa mengejar waktu; with ~ haste, dgn tergopoh-gapah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
furiousadj 1. extremely angry, meradang, berang; give so. a ~ look, memandang sso dgn berang; /be, get/ ~ (with, at), naik /radang, berang/; make so. ~, /menjadikan, membuat/ [sso] naik /radang, berang/, /meradangkan, memberangkan /sso; 2. violent, a. (of attack, quarrel) hebat; b. (of blow, knocking) kuat; c. (of storm, sea) mengganas; d. (of temper) menggila; 3. unrestrained in vigour, speed, ligat, kencang: running at a ~ pace, berlari ligat; fast and ~, gegak-gempita: the fun was fast and ~, gegak-gempita seronoknya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas