[meng.ha.rum.kan] | مڠهارومکن
Definisi : 1. menyebabkan berbau harum, mewangikan: minyak wangi dipakai utk ~ badan; 2. menyebabkan mendapat nama baik (masyhur dsb): dgn kemenangan-kemenangannya itu Jega telah ~ nama Malaysia dlm bidang sukan antarabangsa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[meng.ha.rum.kan] | مڠهارومکن
Definisi : 1 menjadikan (berbau) harum; mewangikan: Minyak wangi itu dipakai utk ~ badan. 2 ki menyebabkan mendapat nama baik (masyhur, terkenal dll): Hang Tuah ialah salah seorang pahlawan Melayu yg telah ~ nama bangsa kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)