Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ning.gal.kan] | منيڠݢلکن

Definisi : 1. membiarkan (mendiam­kan) sahaja pd tempatnya (keadaannya dll), tidak membawa pergi: mereka terpaksa ~ anak isteri di kampung utk pergi ke bandar men­cari pekerjaan; 2. pergi dr, berundur dr, menjauhkan diri dr: ia mula ~ tempat itu; kereta api bergerak semula ~ stesen Seremban menuju Kuala Lumpur; 3. membiarkan ber-baki, menyisakan: tidak dihabiskan makan­­an itu, ditinggalkan sedikit utk anaknya; 4. memberi (kpd), mewariskan, mem­beri (bekas-bekas, kesan, dll), meng­akibatkan: ~ pesanan; ~ harta; sindiran itu begitu tajam sehingga ~ kesan yg dalam di hatinya; 5. membiarkan sahaja (tidak meng­ambil, mempergunakan, dll), melepaskan (peluang, kesempatan, dll): sekarang aku berasa kesal kerana ~ peluang baik itu dahulu; 6. sudah melebihi (melampaui, melewati, mendahului, mengatasi): dlm banyak lapangan, bangsa lain telah ~ bangsa Melayu; dlm menguruskan perkara perkahwinan saudara-mara tidak baik ditinggalkan; 7. tidak memasukkan ke dlm per-timbangan (perkiraan dll), mengetepikan, mengesampingkan: kerana kesuntukan masa, beberapa acara dlm perayaan itu terpaksa ditinggalkan sahaja; ia hanya menyebut masalah-masalah besar dan ~ yg kurang penting; 8. membuang (adat dll), tidak memakai atau menjalankan lagi (peraturan, faham, cara, dll), meletakkan (mengosong­kan) jawatan dll: penyajak ini sudah ~ bentuk syair sama sekali; pernah kedapatan gadis bangsa asing ~ agama mereka kerana mengikut laki-laki bangsa kita; 9. tidak mempedulikan atau mengendahkan (kewajib­an dll), mencuaikan (mengalpakan, melalai­kan): ~ kewajiban; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ning.gal.kan] | منيڠݢلکن

Definisi : 1 membiarkan tinggal; tidak membawa bersama: Ia ~ anaknya di rumah. 2 berlepas dr; pergi dr; menjauhkan diri dr: Ia ~ Kota Kina­­balu pd hari Ahad. 3 membiarkan berbaki; melebihkan: Faridah ~ dua keping roti utk adiknya. 4 mendahului atau mengatasi; melebihi: Dlm bidang kejuruteraan, orang-orang Jerman sudah ~ orang-orang Inggeris. 5 mengetepikan sesuatu perkara; tidak memasukkan dlm pertimbangan dll; tidak mem­pedulikan. 6 tidak memakainya atau tidak menggunakannya lagi (ttg adat, kebiasaan dll): Ia sudah lama ~ adat Perpatih. 7 melalaikan atau mencuaikan sesuatu kewajipan dll: Bapanya yg sudah tua itu tidak pernah ~ puasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meninggalkan

Puisi
 

Ati-ati tumbuh di paya,
     Air tenang di kaki bukit;
Sampai hati meninggalkan saya,
     Tidak mengenang barang sedikit.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Harimau mati meninggalkan belang,
     gajah mati meninggalkan daging,
manusia mati meninggalkan nama.

Bermaksud :

Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
desert 2 vt 1. forsake, abandon, meninggalkan: to ~ o’s family, meninggalkan keluarga sso; to ~ a village, meninggalkan kampung; to ~ o’s post, meninggalkan tugas sso; 2. fail, hilang: all his courage ~ed him, keberaniannya hilang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
abandonvt 1. leave behind, forsake, meninggalkan: to ~ a sinking ship, meninggalkan kapal yg sedang tenggelam; to ~ o’s wife and children, meninggalkan anak isteri; she ~ed her baby, dia meninggalkan bayinya; 2. discontinue, menghentikan: after three days the search for survivors was ~d, selepas tiga hari usaha mencari orang-orang yg mungkin terselamat itu pun dihentikan; to ~ a research project, menghentikan sst projek penyelidikan; to ~ a habit, menghentikan sst tabiat; 3. give up, relinquish, membatalkan, menggugurkan: the government was forced to ~ its plan to build a new port, kerajaan terpaksa membatalkan rancangannya utk membina sebuah pelabuhan baru; to ~ a claim, menggugurkan tuntutan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
send 2. cause to be made known (to) a. (message), /meninggalkan, mengirim/ [pesan], /meninggalkan, mengirim/ [pesan] utk [sso]: he sent you a message, dia mengirim pesan utk saudara;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lure~ so. away (from), /menggoda, menarik/ sso utk meninggalkan [sso, sst]; (pass.), sso /tergoda, tertarik/ utk meninggalkan [sso, sst]: the expectation of better opportunities in the city ~s many young people away from the rural areas, harapan utk mendapat peluang yg lebih cerah di kota telah menggoda ramai anak muda utk meninggalkan desa; he couldn’t be ~d away from his present job even though he’d had better offers, dia tdk tergoda utk meninggalkan pekerjaannya sekarang walaupun telah mendapat tawaran yg lebih baik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
abandonmentn 1. leaving behind, forsaking (perbuatan, tindakan) meninggalkan; (of baby, child) pembuangan, (perbuatan) membuang: the ~ of a ship, tindakan meninggalkan kapal; the ~ of o’s family, perbuatan meninggalkan anak isteri; 2. discontinuance (of activity etc), penghentian, (tindakan) menghentikan; 3. giving up, relinquishment (of a plan, claim, etc), pengguguran, (tindakan) menggugurkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
leave 1 2. cease to, a. (live at a certain place) meninggalkan: he’s left home and now lives in a flat, dia telah meninggalkan rumah dan sekarang tinggal di rumah pangsa; b. (work, attend school) berhenti: he left school last year, dia berhenti sekolah pd tahun lalu; he has left his job, dia telah berhenti kerja; 3. abandon, desert, meninggalkan: he left his wife for another woman, dia meninggalkan isterinya utk bersama-sama dgn perempuan lain; he left a temporary job for a permanent one, dia meninggalkan kerja sementara utk menjawat kerja tetap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
leave 1 2. cease to, a. (live at a certain place) meninggalkan: he’s left home and now lives in a flat, dia telah meninggalkan rumah dan sekarang tinggal di rumah pangsa; b. (work, attend school) berhenti: he left school last year, dia berhenti sekolah pd tahun lalu; he has left his job, dia telah berhenti kerja; 3. abandon, desert, meninggalkan: he left his wife for another woman, dia meninggalkan isterinya utk bersama-sama dgn perempuan lain; he left a temporary job for a permanent one, dia meninggalkan kerja sementara utk menjawat kerja tetap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jiltvt meninggalkan, membuang: to ~ o’s lover, meninggalkan kekasih sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scar 1 3. effect resulting from emotional experience, [n] yg meninggalkan parut: the ~s of grief slowly faded, kesedihan yg meninggalkan parut itu beransur-ansur hilang; her unhappy childhood has left ~s, kehidupan zaman kanak-kanaknya yg tdk gembira telah meninggalkan parut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
leave 1 4. not bring, (on purpose) meninggalkan; (by accident) tertinggal: I told her I would ~ the keys in the drawer, saya memberitahunya yg saya akan meninggalkan kunci di dlm laci itu; where have I left my umbrella?, di mana saya tertinggal payung?; 5. deposit, meninggalkan: the delivery boy left the parcels at the front door, budak serahan meninggalkan bungkusan di pintu hadapan; please ~ your phone number with my secretary, sila tinggalkan nombor telefon tuan pd setiausaha saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas