Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. belum masak (buah-buahan dll), masih muda; 2. tidak masak betul (barang yg dimasak): nasi yg dimasaknya ~; 3. belum dimasak atau direbus (barang makanan), tidak dimasak: rojak biasanya dibuat drpd sayur-sayuran ~; 4. belum sempurna atau mendapat keputusan (mesyuarat, perundingan, dll); 5. belum diolah atau dikerjakan (bahan galian dll), belum diproses (utk dijadikan barang yg lebih sempurna dsb): ekonomi negeri kita ber-gantung pd pengeluaran dan bahan ~, getah dan bijih timah; eksport petroleum ~ juga meningkat 1%; 6. belum sempurna (akal, fikiran, dll), masih belum dewasa atau matang: anak-anak muda yg masih ~ ini akan ter-korban oleh adat masyarakat; mentah-mentah 1. tidak dimasak atau di­rebus (barang-barang makanan dll): keba-nyakan makanan kita tidak dimakan ~, tetapi dimasak terlebih dahulu; 2. tidak dgn berhasrat apa-apa, dgn begitu sahaja, bulat­bulat: Tijah menolak ~ lamaran seorang anak muda yg berkedudukan baik; kementahan perihal mentah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 belum dimasak atau belum direbus (bkn barang makanan): daging ~; sayur ~. 2 tidak masak betul (bkn barang yg dimasak): Nasi ini ~. 3 masih muda (bkn buah-buahan); belum masak. 4 belum sempurna akal; belum dewasa: Budak itu masih ~ lagi. 5 belum dikerjakan; belum diolah lagi: Bahan-bahan ~, spt getah dan bijih timah dieksport ke luar negara. 6 belum mendapat keputusan (bkn mesyuarat, rundingan dll); belum selesai. mentah-mentah 1 tidak dimasak atau tidak direbus sama sekali (bkn barang makanan): Daun salad biasanya dimakan ~. 2 tidak dgn apa-apa syarat; begitu saja: Cadangannya ditolak ~ oleh jawatankuasa itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mentah (adjektif)
1. Bersinonim dengan belum masak: basah, segar, baru liat, keras,
Berantonim dengan masak

2. Bersinonim dengan belum diproses: belum diolah, belum ditapis, semula jadi,

3. Bersinonim dengan belum dewasa: belum matang, masih muda, masih remaja, belum sempurna akal, hijau,
Berantonim dengan matang

Kata Terbitan : mentah-mentah,

Puisi
 

Bismillah mengepal nasi,
     Nasi mentah dikepal jangan;
Bismillah memulakan nyanyi,
     Nyanyi salah dikeji jangan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Gulai sedap nasi mentah,
     nasi sedap gulai mentah.

Bermaksud :

Perbuatan yang tidak sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
flatlyadv 1. monotonously, secara mendatar: “I see,” he said ~, “Ya?” katanya secara mendatar; 2. firmly, bulat-bulat, mentah-mentah: she ~ refused to accept my cheque, dia menolak cek saya bulat-bulat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crucifycrude adj 1. in the raw state, mentah; (of salt) kasar: ~ opium, candu mentah; ~ rubber, getah mentah; 2. roughly made, a. (of furniture, bomb, etc) kasar buatannya: a ~, lopsided table, meja yg kasar buatannya dan tinggi sebelah; b. (of drawing, draft, etc) kasar: ~ sketches, lakaran kasar; ~ estimate, anggaran kasar; 3. simple and rough, kasar: his ~ manners, caranya yg kasar; ~ method of punishment, cara menghukum yg kasar; 4. vulgar, tdk sopan: ~ jokes, gurauan yg tdk sopan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
callowadj inexperienced, (masih) mentah: a ~ youth, pemuda yg masih mentah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flat1adj 1. level and horizontal, datar: the floor is not ~, lantai itu tdk datar; the house has a ~ roof, rumah itu berbumbung datar; 2. even, rata: every morning the butler smoothed the newspaper ~ with a warm iron, setiap pagi butler itu menyeterika rata surat khabar dgn seterika yg suam; 3. having little depth, thickness, leper: a ~ plate, pinggan leper; ~ cakes, kek leper; a ~ cap, topi leper; ~ shoes, kasut leper; 4. with broad, level surface, a. (of face) leper, pipih; b. (of nose) pesek, penyek, pipih; 5. (of tyre) deflated, kempis; 6. definite, bulat-bulat, mentah-mentah: he gave a ~ refusal to their request, dia menolak bulat-bulat permintaan mereka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bornhe spoke with a confidence ~ of knowledge, dia bercakap dgn keyakinan yg berpunca drpd ilmu pengetahuan; I was not ~ yesterday, saya bukan budak mentah: you don’t fool me. I wasn’t ~ yesterday, saya tdk mudah diakali. Saya bukan budak mentah: in all o’s ~ days, (colloq) seumur, hidup sso, sepanjang /hayat, umur, hidup/ sso: I’ve never heard such a thing in all my ~ days, saya tak pernah dengar perkara spt itu sepanjang umur saya; wish one had never been ~, menyesal sso dilahirkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eatingn 1. act of eating, makan: to be fond of ~ and drinking, suka makan dan minum; 2. not for cooking, utk dimakan mentah: ~ apples, epal utk dimakan mentah; 3. rel to eating, makan: ~ habits, tabiat makan; make /good, excellent/ ~, sedap dimakan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jejuneadj (fml) 1. dull, uninteresting, dry, membosankan, menjemukan: ~ lectures, kuliah yg membosankan; 2. naive, childish, masih mentah, belum matang: her ~ remarks on the current political trend, komennya yg masih mentah ttg aliran politik masa kini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crudenesscrude oil n minyak mentah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
availabilityn adanya, terdapatnya: the ~ of raw materials, adanya bahan mentah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jejunenessn 1. dullness, dryness, membosankan, menjemukan; 2. naivety, childishness, masih mentah, belum matang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas