Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.run] | منورون

Definisi : 1. meniru (tulisan dll) drpd yg lain, menulis semula, menyalin; 2. meniru perbuatan orang lain, mencontohi orang lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.run] | منورون

Definisi : 1. agak miring (tanah, pantai, dll), landai ke bawah: gunung itu ~ dgn curamnya arah ke timur; 2. pergi dr atas ke bawah (bukit dll), pergi melalui lereng bukit dll ke bawah: ia bergegas melangkah ~ bukit yg curam menjunam itu; 3. menjadi kurang drpd biasa, beransur-ansur turun, menjadi reda (kemarah­an dll), berkurang, surut, susut: debar darahku ~ dan dadaku terasa lapang; mereka ditangkap kerana dituduh men-jalankan sabotaj yg menyebabkan peng-hasilan kilang itu ~; 4. berpindah kpd (drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu, dll), turun kpd: ia benar-benar ~ kelakuan bapanya; 5. kemasukan roh halus ke dlm tubuh (pawang, bomoh, dll), berada dlm keadaan tidak sedar dan seterusnya dapat menghubungi makhluk-makhluk halus (bkn bomoh, pawang, dll), bersawai: cara mengubat penyakit kadang-kadang dilaku­kan dgn cara ~; saya dapat menyaksikan bagaimana gayanya orang berpawang dan pawang ~ hantu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.run] | منورون

Definisi : 1 meniru tulisan dll dr yg lain. 2 mencontoh perbuatan orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nu.run] | منورون

Definisi : 1 landai ke bawah; lw mendaki: Jalan ke sawah itu agak ~. 2 pergi dr atas bukit ke bawah; pergi melalui lereng bukit dsb ke bawah. 3 beransur-ansur turun; menjadi kurang drpd biasa; menjadi reda (ttg kemarahan dll). 4 berpindah drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu dan seterusnya. 5 kemasukan roh halus ke dlm tubuh badan sese­orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,

Peribahasa

Tertukik jejak mendaki,
     tersendorong jejak menurun.

Bermaksud :

Kaum kerabat yang telah jauh tidaklah berapa kuat pada tuntutan hak waris. tertukik = tertakik; tersendorong = tergelincir ke muka.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
descendingadj menurun: in ~ order, mengikut tertib menurun; ~ powers, kuasa menurun; ~ colon, kolon menurun; ~ letter, huruf tiangan bawah; ~ wind, angin turun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fall3. drop in pitch, menurun: her voice rose and fell, suaranya menaik dan menurun; 4. abate, subside, reda: the wind fell, angin telah reda; the flames rose and fell, api itu menjulang dan reda; 5. become lowered, memandang ke bawah: his eyes fell, matanya memandang ke bawah; 6. collapse esp in fragments, runtuh, roboh; 7. hang down, a. (of skirt etc) tergantung: his cloak ~s from the shoulder, jubahnya tergantung dr bahunya; b. (of hair) terjurai, mengurai: her hair ~s loosely, rambutnya terjurai lepas; 8. be killed, gugur, terkorban: those who fell in the war, mereka yg gugur di medan perang; 9. slope downwards, melandai: the land ~s towards the sea, tanah itu melandai ke arah laut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dipvi 1. slope down, menurun: the land ~s to the south, tanah itu menurun ke arah selatan; 2. descend sharply, menjunam: the eagle ~ped and swooped on its prey, burung helang itu menjunam dan menyambar mangsanya; 3. decline, jatuh, turun: prices ~ped because of reduced taxes, harga turun disebabkan pengurangan cukai; 4. sink, terbenam: the sun ~s below the horizon, matahari terbenam di ufuk barat; 5. (geol) condong: sedimentary rocks ~ping eastwards, batu mendak yg condong ke arah timur; 6. plunge (into st) to take st out, menyeluk: he ~ped into his pocket for the key, dia menyeluk sakunya utk mengambil kunci;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
declinevi 1. slope downward, menurun, melandai: the track ~d to the beach, jalan kecil itu menurun ke pantai; 2. deteriorate, diminish, merosot: his power slowly ~d, kuasanya beransur-ansur merosot; the birth rate has been declining for some years, kadar kelahiran telah merosot selama beberapa tahun; the value of the property is declining steadily, nilai harta itu beransur-ansur merosot; 3. refuse, menolak; (to do st) enggan: every time he is invited he ~s, setiap kali dijemput, dia menolak; he ~d to discuss his future plans, dia enggan membincangkan rancangan masa depannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inclinedadj 1. slanted, condong; (of road) menurun: an ~ plane, satah condong; a steeply ~ road, jalan yg menurun dgn curamnya; 2. have preference for, cenderung: mathematically ~, cenderung dlm matematik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inclinevi 1. lean, condong: the post ~d to the left, tiang itu condong ke kiri; 2. slope, menurun: the road ~s towards the sea, jalan itu menurun hala ke laut; 3. bend, membongkok: he ~d forward to whisper in her ear, dia membongkok utk berbisik di telinga gadis itu; 4. a. be disposed (to do st or to particular belief etc) cenderung: some extremist socialists ~ towards Communism, sesetengah sosialis pelampau cenderung ke arah fahaman omunis; b. be disposed (towards particular state) mudah: he ~s to get tired easily, dia mudah letih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
downwardadj 1. from higher to lower place, position, ke bawah: a ~ glance, memandang ke bawah; 2. (of trend) menurun: to halt the ~ trend of rubber prices, memberhentikan arah aliran harga getah yg menurun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
downturnn kemerosotan; (of inflation, price) menurun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
descendvi 1. move, go down, turun; (of sun) turun, tergelincir, jatuh: the balloon ~ed slowly, belon itu turun dgn perlahan-lahan; 2. slope, menurun: the path ~ed steeply down the mountainside, laluan itu menurun dgn curamnya di lereng gunung; 3. be inherited, diwariskan: all property will ~ to the eldest son, semua harta akan diwariskan kpd anak lelaki sulung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lapsevi 1. fall short, a. (of high standards) berkurang, menurun: standards in performance have ~d in recent years, mutu persembahan berkurang sejak tahun-tahun kebelakangan ini; b. (in o’s moral life) menyeleweng: don’t adopt such a holier-than-thou attitude for occassionally you too can ~ from it, jangan ambil sikap yg kamu lebih suci drpd orang lain krn kadang kala kamu boleh menyeleweng juga;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas