Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.le.sai.kan] | مڽلسايکن

Definisi : 1. menyudahkan, menyiap­kan (kerja, tugas, dll): sekarang aku sibuk ~ satu kerja; 2. mengusahakan supaya berakhir (tamat dsb), menamatkan, mengakhiri (per­sengketaan dll): pintu masih terbuka utk ~ pertikaian antara dua buah negeri itu secara damai; 3. menjelaskan (membayar) hutang: jika ia enggan ~ hutangnya, segala harta bendanya terpaksalah dirampas; 4. me­mecahkan sesuatu masalah (kira-kira dll), mencari jalan mengatasi (masalah dll), menghuraikan: beri nama hukum yg kamu gunakan utk ~ masalah ini; 5. mengatur baik-baik (rambut dll), mengemasi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.le.sai.kan] | مڽلسايکن

Definisi : 1 melakukan sesuatu supaya selesai; menyudahkan atau menghabiskan sesuatu pekerjaan dll; menyiapkan: Tiada sesiapa pun yg dpt ~ penyusunan sebuah kamus yg baik dlm masa tiga bulan. 2 membayar hutang sehingga habis; menjelaskan: Dia telah dituntut supaya ~ segala hutang arwah ayahnya. 3 mencari jawab utk sesuatu masalah (hitungan dsb) dlm ilmu matematik; menghuraikan. 4 mencari persetujuan atau kesimpulan terhadap sesuatu masalah dll; memutuskan se­suatu perkara: Kerajaan terpaksa campur tangan utk ~ masalah pemogokan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selesai (adjektif)
1. Bersinonim dengan siap: lengkap, sempurna, tamam, jadi, kelar, kamil, telah dikerjakan, sedia, kamal, kafi, akmal, jap,
Berantonim dengan terbengkalai

2. Bersinonim dengan berakhir: tamat, habis, sudah, khatam, gem, cutel, berhenti, gentas, putus, mustaid,
Berantonim dengan berterusan

3. Bersinonim dengan habis: jelas, langsai, tidak berbaki, lenyap, lesap, bersih, cuci, jilah, lindang, kempot, safan-safa, monyel, dedeh, habis licin, habis langsung, licin-licau, tohor, timpas, melawas, licin tandas, melindap, kosong, pokai, licin moner, licin dalik,
Berantonim dengan banyak

4. Dalam konteks tutur kata
bersinonim dengan terang, jelas, izhar, tandas, peta, terang jali, jaleh, tedas, pasti, nyata, maujud, kasatmata, bayan, curai, tidak syak lagi, ketara, tidak kabur, terbukti, sah, tegas,
Berantonim dengan kabur

Kata Terbitan : berselesai, menyelesaikan, keselesaian, penyelesaian,

Peribahasa

Tegang dinanti kendur,
     keras dinanti lunak.

Bermaksud :

Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
finalizevt menyelesaikan; (fml) memuktamadkan: we must ~ preparations for the wedding, kita mesti menyelesaikan persediaan utk perkahwinan itu; the details of the royal visit have yet to be ~d, butir-butir ttg lawatan diraja itu belum lagi dimuktamadkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
accommodate4. settle, menyelesaikan: they could not ~ their differences, mereka tdk dapat menyelesaikan perselisihan mereka; 5. oblige, menolong: they only did it to ~ an old client, mereka berbuat demikian hanya utk menolong pelanggan lama; 6. supply, memberi: the bank ~d him with a loan, bank itu memberinya pinjaman;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
compose4. (fml) settle, menyelesaikan: both parties were eager to ~ their differences, kedua-dua pihak ingin sekali menyelesaikan perselisihan mereka dgn segera; 5. calm, control, menenangkan, menenteramkan; (o’s features) memperlihatkan [air muka] yg tenang: in spite of her nervousness, she managed to ~ herself, walaupun gugup dia masih dapat menenangkan dirinya; to ~ o’s thoughts, menenangkan fikiran sso; 6. (printing) mengatur huruf;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
arrange4. arrive at an agreement, settle, menyelesaikan; (regarding time, place) menentukan, menetapkan: let us ~ our differences, marilah kita menyelesaikan perselisihan kita; have you ~d a date for the party yet?, sudahkah kamu menetapkan tarikh bagi majlis itu?; we must ~ a place for the next meeting, kita hendaklah menentukan tempat utk mesyuarat yg akan datang; 5. (mus) menyusun: to ~ an orchestral score for the piano, menyusun skor orkestra utk piano; 6. adapt (play etc) for broadcasting, menyesuaikan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
finishvt 1. complete, /menyiapkan, menyudahkan, menyelesaikan, menghabiskan/ [n], /selesai, habis, siap/ [v]: the builders have to ~ the swimming pool before the end of next week, tukang-tukang itu mesti menyiapkan kolam renang or mesti menghabiskan kerja membina kolam renang sebelum hujung minggu depan; when will you ~ that dress?, bilakah kamu akan menyudahkan baju itu?; why is it taking you so long to ~ your homework?, kenapakah kamu mengambil masa yg begitu panjang utk menyelesaikan kerja rumah?; Elizabeth ~ed the novel in one evening, Elizabeth menghabiskan novel itu dlm masa satu petang saja; she hasn’t ~ed praying yet, dia belum selesai bersembahyang lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Gordian knotn; cut the ~, menyelesaikan masalah dgn cara yg drastik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
getI’ve got through a lot of cleaning today, saya dapat menyelesaikan banyak kerja mencuci hari ini; d. finish reading st, (habis, selesai) membaca sst: she can’t possibly ~ through all these files in a week, tdk mungkin dia dapat membaca kandungan semua fail ini dlm masa seminggu; I still haven’t got through the book you lent me last week, saya masih belum habis membaca buku yg kamu pinjamkan minggu lalu; e. move or pass through st, lalu di celah-celah sst: he couldn’t ~ through the crowd, dia tdk dapat lalu di celah-celah orang ramai itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
completionn 1. act of finishing, penyiapan, menyiapkan, menyelesaikan, siap, selesai: the ~ of the essay is his first consideration, pertimbangannya yg pertama adalah utk menyiapkan esei itu; on ~, apabila [n] /siap, selesai/: payment will be made on ~ of contract, bayaran akan dibuat apabila kontrak itu selesai; 2. state of being finished, siap, selesai: the highway is near ~, lebuh raya itu hampir siap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
greatdia tukang masak yg cukup handal; he is ~ at crossword puzzles, dia cukup cekap menyelesaikan teka silang kata; 9. (colloq) enjoyable, seronok betul: we had a ~ holiday, cuti kami seronok betul; 10. (colloq) splendid, baik, bagus: “How are you?” “G~!”, “Apa khabar?” “Baik!”; 11. (colloq), (to express contempt, bitterness) baguslah tu, eloklah tu: you’ve used up all our savings? That’s ~, kamu dah gunakan semua simpanan kita? Eloklah tu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jobn 1. piece of work, kerja: to finish a ~ on schedule, menyelesaikan kerja mengikut jadual; 2. (colloq) example of certain type, [not translated]: his new Lincoln Continental is a lovely ~, kereta Lincoln Continentalnya yg baru itu cantik betul; 3. duty, tugas, kerja: his ~ is to tidy the room, tugasnya adalah membersihkan bilik itu; 4. employment, pekerjaan: to apply for a ~, memohon pekerjaan; lose o’s ~, dibuang kerja; 5. criminal act, (perbuatan) jenayah: he spent four years behind bars for a ~ he did in Hong Kong, dia dipenjarakan selama empat tahun krn jenayah yg dilakukannya di Hong Kong; 6. (colloq) st difficult to do, susah (betul): it’s quite a ~ to get to the house, susah betul hendak sampai ke rumah itu; 7. (colloq) plastic surgery operation, mencantikkan: she’s had a nose ~, hidungnya telah dicantikkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas