Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.re.kah] | مرکه

Definisi : 1. meretak memanjang dan terbuka (kulit buah-buahan, bibir, tanah, dll): apabila air tidak ada, tanah sawah menjadi kaku dan ~; 2. mulai mekar (kuntum bunga), mulai berkembang; 3. mulai terbit (fajar); fajar ~ mulai terbit fajar; spt delima ~ prb perihal mulut serta gigi yg bagus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.re.kah] | مرکه

Definisi : rekah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.re.kah] | مرکه

Definisi : 1 menjadi retak memanjang dan terbuka (pd kulit, tanah dll): Dlm musim kemarau, tanah bendang menjadi kering dan ~. 2 mula mekar (bkn kuntum bunga); mula kembang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rekah
Kata Terbitan : rekahan, merekah, merekahkan, kerekahan,

Puisi
 

Buah kerba masak merekah,
     Orang ramai hujung pulut;
Apa khabar orang nak nikah,
     Lepas purnama bulan Maulud.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Seperti delima merekah.

Bermaksud :

Mulut dan gigi yang bagus.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
crackvi 1. split into fissures, merekah: the dry ground ~ed during the long summer, tanah yg kontang merekah pd musim panas yg panjang; 2. split into thin lines, meretak: the glass ~ed when she poured hot water into it, gelas itu meretak apabila air panas dituang ke dalamnya; 3. (of skin, lips) pecah-pecah; 4. make sudden, sharp noise, [various translations]: rifles ~ed simultaneously, senapang meletup serentak; the children shouted when the fireworks ~ed, kanak-kanak bersorak apabila bunga api meletup-letup; when whips ~, apabila cemeti melecut; 5. (of voice), (menjadi) serak; (approaching puberty, adolescence) pecah: his voice ~ed with grief, suaranya serak krn sedih; at adolescence, a boy’s voice ~s, suara budak lelaki pecah sewaktu mulai meningkat remaja; 6. break down, menyerah: he ~ed under the continual questioning, dia menyerah setelah disoal bertalu-talu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dawnvi menjelang pagi, fajar /menyinsing, merekah/; (of morning) menjelang: day is ~ing, fajar sedang menyinsing; morning ~ed at length, akhirnya pagi pun menjelang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crackedadj 1. split into fissures, merekah; 2. split into thin lines, retak: the ~ walls of the old castle, dinding istana lama yg retak; 3. (of skin, lips) pecah-pecah; 4. (colloq) crazy, gila, sewel, miring.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fracturevi (of bone) patah; (of pipe) merekah; (of rock) meretak: old people’s bones ~ easily, tulang orang tua mudah patah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gapingadj opened wide, a. (of curtain ) terselak, tersingkap; b. (of wound) ternganga; c. (of garment, seam) terbuka, ternganga; d. (of chasm etc) merekah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gapevi 1. stare open-mouthed, ternganga, terlopong: the children ~d as they watched the fire-eater, kanak-kanak ternganga melihat pemakan api itu; 2. be open wide, stand open, a. (of curtain) terselak, tersingkap; b. (of garment, seam) terbuka, ternganga: the coat ~s between every button, kot itu terbuka di antara tiap-tiap butang; c. (of wound) ternganga: the wound was gaping, luka itu ternganga; d. (of chasm etc) merekah: holes ~d in the earth during the earthquake, lubang-lubang merekah di bumi semasa gempa bumi itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dayany ~ (of the week), (colloq) a. (indic preference to do st) lebih suka: if you ask me, I’d live in Malaysia any ~, kalau kamu tanya saya, saya lebih suka tinggal di Malaysia; b. whenever one wants, bila-bila masa saja: if he wants he can buy ten any ~ of the week, jika dia mahu, dia boleh membeli sepuluh, bila-bila masa saja; c. (indic absolute certainty of the truth of o’s opinion) lagi: I am a better cook than she is any ~ of the week, saya lagi pandai memasak drpd dia; at break of ~, (pd) waktu /subuh, fajar menyingsing, fajar merekah, matahari terbit/; at the end of the ~, (pd) /akhirnya, kesudahannya/; before ~, sebelum /siang (hari), waktu siang/; by ~, pd /waktu siang, siang hari/; by the ~, /berdasarkan, mengikut/ hari bekerja: he is paid by the ~, dia dibayar berdasarkan hari bekerja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas