Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ri.ngan.kan] | مريڠنکن

Definisi : 1. menjadikan ringan, meng­en­­teng­kan, memudahkan: ~ bebanan; dlm usaha ~ hikayat ini, diusahakan supaya ke­asli­­an penulisannya dikekalkan; 2. = me­ringan-ringankan menganggap ringan (mudah dll): ia sangat ~ agamanya; ia se­ngaja ~ hukum; pe­nyakit yg berjangkit tidak boleh diringan-ringan­kan; sembahyang tidak sekali-kali boleh diringan-ringankan; 3. ki mengurang­kan (hukuman): merayu supaya hukuman mati itu diringankan kpd penjara seumur hidup sahaja; ~ kaki sudi datang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ri.ngan.kan] | مريڠنکن

Definisi : 1 menjadikan ringan; memudahkan; menyenangkan: Mesin-mesin moden sesungguhnya telah dpt ~ kerja para petani di kampung. 2 memandang tidak mustahak atau tidak penting; menganggap ringan (mudah): Dia tidak suka ~ agamanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ringan (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah: senang, ringkas, enteng, gampang,
Berantonim dengan sukar

2. Bersinonim dengan kecil: remeh, enteng, tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

Kata Terbitan : meringankan, memperingan,

Peribahasa

Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut,
     takkan dapat menghilangkan masinnya.

Bermaksud :

Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
commutevt 1. (leg.) meringankan: to ~ the death sentence to life imprisonment, meringankan hukuman mati kpd penjara seumur hidup; 2. (electr) menukartertibkan; 3. change, menukarkan: he ~d his pension into a lump sum, dia menukarkan pencennya kpd bayaran sekaligus.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
extenuatevt (leg.) meringankan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
extenuationn (leg.) peringanan; in ~ of, utk meringankan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
alleviatevt lessen, relieve, a. (sorrow, grief, etc) mengurangkan; b. (sensation) melegakan, mengurangkan: to ~ pain, melegakan rasa sakit; c. (troublesome situation, problem, etc) meringankan, mengurangkan: to ~ the critical shortage of food in Ethiopia, meringankan masalah kekurangan makanan yg genting di Ethiopia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
distressn 1. suffering, penderitaan: to relieve the ~ among the poor, utk meringankan penderitaan di kalangan orang-orang miskin; in a state of ~, menderita: she was in a state of ~ over her husband’s desertion, dia menderita krn ditinggalkan suami; 2. state of extreme unhappiness, kesedihan; 3. anxiety, worry, kebimbangan: the book caused a great deal of ~ among clergymen, buku itu menimbulkan kebimbangan di kalangan paderi; 4. state of being in great pain, kesakitan: signs of ~, tanda-tanda kesakitan; 5. danger, kecemasan: a ship in ~, kapal dlm kecemasan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
easevt 1. lessen, a. (pain, anxiety, etc) mengurangkan: medicine that will ~ the pain, ubat yg akan mengurangkan kesakitan; b. (tension, pressure, etc) meredakan, mengendurkan; c. (burden) meringankan: to ~ so. of his burden, meringankan beban sso; 2. loosen, melonggarkan: to ~ a skirt at the waist, melonggarkan skirt pd bahagian pinggang; 3. move etc carefully, dgn perlahan-lahan + approp v: they ~d the wardrobe through the doorway, dgn perlahan-lahan mereka mengesotkan almari itu melalui pintu; he ~d the van out of the parking space, dia mengeluarkan van itu dr ruang letak kereta dgn perlahan-lahan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas