Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mes.ra] | مسرا

Definisi : 1. bercampur benar-benar, menyerap benar-benar, berpadu, bersebati: gaul serbuk besi dgn belerang sampai ~ di dlm satu lesung; kanji drpd beras ini mudah ~ ke dlm daging kain; 2. erat atau karib benar (ber­sahabat, berkasih-kasihan, dll): laki-laki dan perempuan itu kelihatan berbual-bual dgn amat ~nya; perhubungan yg ~; 3. muluk­-muluk (janji dll), indah-indah, sedap (bunyi dll), nyaman: janji-janji ~ semasa bercinta; suaranya kedengaran lebih ramah dan ~ lagi; ~ alam tidak memudaratkan atau menjejas­kan kualiti alam sekitar: kenderaan ~ alam; ~ pengguna mudah digunakan (difahami, dikendalikan dsb), terutamanya oleh orang yg tidak mahir: komputer ~ pengguna; bermesra, bermesra-mesra 1. bersahabat (bergaul, bercampur) dgn mesra, berbaik-baik, beramah-ramah: sekalian kawan lelaki dan perempuan berkumpul beramai-ramai, ~ bertegur sapa; 2. bercengkerama, bercumbu­cumbu, berasmara: janganlah selalu sangat mencuri naik ke rumah Pak Khamis utk ~ dgn anak gadisnya itu; bermesraan 1. bergaul atau bersahabat dgn ramah mesra antara satu sama lain; Allah mencipta manusia utk berkenalan dan ~ antara satu sama lain, bukannya utk ber-musuh-musuhan dan benci-membenci; 2. melakukan hubungan mesra (memujuk, merayu) ketika memadu kasih asmara, ber­cumbu-cumbuan, bercengkerama; bermesra-mesraan 1. saling menunjukkan sikap mesra antara satu sama lain, bermesra­an: lalu wujudlah perasaan suka bekerja-sama, berkasih sayang dan ~ sehingga berjaya pula mewujudkan sebuah organisasi yg lebih mantap; 2. saling memujuk dan merayu ketika memadu kasih asmara, ber­cumbu-cumbuan: taman bunga merupakan salah satu tempat yg disukai muda-mudi utk ~; memesrai mendatangkan rasa mesra pd: dia sendiri membalas senyum yg diharapkannya benar-benar dapat ~ hati pemuda itu pula; memesrakan 1. memadukan (mencampur­kan) sungguh-sungguh; 2. menyenangkan, menyamankan: Nahidah mulai merasakan sesuatu yg ~ pula; 3. menjadikan (persaha­batan, diri, dsb) lebih rapat dgn pihak lain: dia tidak lagi memberi ruang dlm hatinya utk ~ dirinya dgn Tuhan; termesra sudah berpadu benar; kemesraan perihal mesra: anaknya itu masih kecil, masih haus kpd kemanjaan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mes.ra] | مسرا

Definisi : 1 menyerap atau bercampur benar-benar; berpadu; sebati: Gaul serbuk besi dgn belerang itu sampai ~. 2 sangat rapat atau karib benar (bkn persahabatan dll): Persahabatan mereka ~ sekali. kasih ~ cinta kasih yg erat. ~ alam tidak memudaratkan atau tidak menjejaskan kualiti alam sekitar (bkn penggunaan sesuatu atau sesuatu kegiatan). ~ pengguna mudah digunakan (difahami, dikendalikan dsb) terutamanya oleh orang yg kurang mahir (bkn sesuatu). bermesra 1 bergaul atau bersahabat dgn mesra. 2 bercumbu-cumbuan; berasmara. bermesraan bermesra antara satu dgn yg lain: Pasangan itu dilarang ~ di tempat awam kerana perbuatan itu boleh menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan orang lain. bermesra-mesraan saling menunjukkan sikap mesra; saling memujuk dan merayu (ketika bermesraan). memesrakan 1 menjadikan benar-benar sebati; memadukan. 2 menjadikan mesra; mengeratkan. kemesraan rasa mesra; keadaan mesra: Mereka berasa selesa dgn ~ yg ditunjukkan oleh tuan rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mesra (adjektif)
1. Bersinonim dengan sebati: berbaur, bersatu, bercampur baur,

2. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, ikrab, intim, rapat, dekat,
Berantonim dengan renggang

3. Dalam konteks janji
bersinonim dengan muluk-muluk, indah-indah, gah, sedap, enak, nyaman,

Kata Terbitan : bermesra, memesrakan, kemesraan,

Puisi
 

Rendang sungguh pohon ara,
     Tumbuh subur tepi telaga;
Tidak salah berkenal mesra,
     Tatasusila perlu dijaga.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tepung kena ragi.

Bermaksud :

Pertemuan yang sangat mesra; pekerjaan yang lancar.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
cordialadj 1. warm, friendly, mesra: a ~ welcome, sambutan yg mesra; her manner was ~ towards me, sikapnya mesra thdp saya; 2. (fml) strong, amat, sangat: she had a ~ hatred for him, dia sangat benci akan lelaki itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intimate 1 adj 1. close, familiar, rapat, mesra: he is ~ with the author, dia rapat dgn penulis itu; this ~ relationship lasted a lifetime, hubungan mesra ini berkekalan hingga ke akhir hayat; we were never ~ with our neighbours, kami tdk pernah rapat dgn jiran; ~ friend, kawan /karib, rapat/, sahabat rapat; be on ~ terms, sangat mesra: the two are on ~ terms, mereka berdua sangat mesra;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
genialadj 1. cheerfully amiable, ramah, mudah mesra; (of smile) mesra: publicans are often depicted as very ~ people, tuan punya pub selalunya digambarkan sbg orang yg ramah; our host’s ~ manner made us feel at ease, sifat ramah tuan rumah membuat kami berasa selesa; 2. (ref to climate) mild, nyaman.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
affectionateadj 1. possessing, showing affection, pengasih, penyayang: she is naturally ~, dia memang penyayang; 2. expressive of affection, mesra: an ~ greeting, sapaan mesra; an ~ smile, senyuman mesra.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heartyadj 1. cordial, mesra: he was given a ~ welcome, dia diberi sambutan yg mesra; 2. enthusiastic, unrestrained, kuat: ~ laughter, ketawa yg kuat; a ~ push, menolak dgn kuat; ~ support, sokongan kuat; 3. (of feelings) amat sangat: ~ dislike, kebencian yg amat sangat; ~ appetite, berselera sekali.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
genialityn amiability, keramahan, sifat /ramah, mudah mesra/: they sensed that his ~ was rather artificial, mereka merasakan bahawa sifat ramahnya itu dibuat-buat; smile with ~, tersenyum mesra.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cordiallyadv 1. in a warm, friendly manner, dgn mesra: he shook my hand ~, dia menjabat tangan saya dgn mesra; 2. very strongly, amat, sangat: he ~ dislikes the new manager, dia sangat benci akan pengurus baru itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
affableadj 1. easy to approach, peramah, ramah: we found him a most ~ man, kami mendapatinya seorang yg sangat peramah; 2. ild, kindly, mesra: an ~ smile, senyuman mesra; an ~ reply, jawapan yg mesra.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
assimilatevi 1. become absorbed incorporated, a. berasimilasi, mesra: simple sugar ~s easily, gula ringkas berasimilasi dgn mudah or gula ringkas mudah mesra; b. (fig.) berasimilasi: Newman stated that he could not ~ with the Church of England, Newman mengatakan bahawa dia tdk dapat berasimilasi dgn Gereja England; 2. usu ~ into, ~ with, become part of (group) berasimilasi: some immigrants ~ readily into our way of life, setengah-setengah pendatang mudah berasimilasi dgn cara hidup kita; 3. (phon) berasimilasi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intimacyn 1. close familiarity, hubungan /rapat, mesra/, kemesraan: he envied her ~ with these well-known artists, dia berasa iri hati thdp hubungan rapat gadis itu dgn pelukis-pelukis terkenal; the ~ between father and son, hubungan mesra antara ayah dan anak; 2. (euphem) hubungan; 3. intimate remarks, actions, hal-hal peribadi: the little intimacies that are a part of married life, hal-hal peribadi yg merupakan sebahagian drpd hidup berumah tangga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas