Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[min.ta] | مينتا

Definisi : 1. = meminta menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (utk mendapat sesuatu), pinta: semalam Aini ada ~ ubat drpd Pak Ludin; mamak itu tersenyum sedikit apabila laki-laki cengkung itu ~ dia buatkan dua piring mi goreng; 2. = meminta mengucap­kan (doa dll), melafazkan; 3. = meminta melamar anak gadis supaya menjadi isteri, meminang; 4. = diminta diharap (supaya), haraplah, sudilah: ~ diam sebentar tuan-tuan; ~ aman = ~ nyawa mohon supaya tidak dibunuh; ~ ampun = ~ maaf mohon supaya diberi ampun (maaf); ~ berhenti memberitahu hendak berhenti (drpd pekerjaan); ~ diri mohon supaya diizinkan pulang (pergi); ~ doa a) berdoa, mendoa; b) kenduri utk me­minta selamat, selamatan; ~ jalan minta supaya diberi jalan (utk lalu); ~ janji meminta supaya menunaikan janji (menepati janji); ~ sedekah mengemis; ~ selamat minta supaya selamat; ~ tabik a) memberi hormat (salam); b) minta maaf (kerana hendak bertanya dll); ~ tangan minta diajar (dipukuli); ~ terima kasih mengucapkan terima kasih; ~ tolong mohon pertolongan (drpd orang lain); minta-minta 1. = berminta-minta, me-minta-minta minta sedekah, mengemis; orang ~ pengemis; 2. bp mudah-mudahan, moga-moga: ~ luluslah aku dlm peperiksaan tahun ini; berminta diminta (lwn dibeli); licin kerana minyak ~ prb sindiran utk merendahkan orang yg angkuh kerana barang yg dipinjam; meminta 1. minta; 2. menentukan (nasib, hidup mati); memintai memohonkan sesuatu berkali­kali, banyak yg diminta, memohon, memo­hon kpd; memintakan meminta sesuatu utk (orang lain dll); permintaan 1. perihal (perbuatan) meminta: ~nya supaya menceraikannya itu sungguh berat dirasa oleh suaminya; 2. sesuatu yg diminta, permohonan: ~ orang tampan itu diterimanya dgn segala senang hati; 3. Mn peminta (nasib yg ditakdirkan Tuhan): sudah-lah nasib ~ badan, kita di bawah kehendak Allah; 4. (Eko) pernyataan kehendak atau kemahuan pembeli (utk barang atau perkhid­matan) dgn kesediaan membayar harga yg tertentu; peminta 1. orang yg meminta; ~ sedekah pengemis; 2. = sl permintaan permohonan, apa yg diminta; 3. Mn nasib (yg ditakdirkan Tuhan); buruk ~ nasib buruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[min.ta] | مينتا

Definisi : ; berminta berharap supaya diberi sesuatu. meminta 1 menyatakan mahu akan sesuatu; memohon: Ia ~ secawan kopi drpd isterinya. 2 melamar (anak gadis ) utk dijadikan isteri; meminang. 3 mengucapkan atau melafazkan (doa dll). 4 mengharapkan; memohon: Para hadirin diminta berdiri sebentar. ~ ampun (maaf) memohon supaya diberi ampun atau maaf. ~ berhenti memberitahu hendak berhenti drpd pekerjaan. ~ diri memohon supaya dibenarkan pergi atau pulang. ~ jalan memohon supaya diberi jalan utk dilalui. ~ nyawa memohon supaya tidak dibunuh. ~ sedekah mengemis. ~ tolong memohon pertolongan. meminta-minta 1 selalu benar meminta. 2 meminta sedekah; mengemis. permintaan 1 perbuatan atau hal meminta; permohonan: ~nya sia-sia saja. 2 sesuatu yg diminta; permohonan: ~nya utk mendapatkan tanah itu tidak dilayan. peminta orang yg meminta: ~ sedekah pengemis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minta
Kata Terbitan : meminta, minta-minta, meminta-minta, permintaan, peminta,

Puisi
 

Rumput tinggi tepi hutan,
     Bintang timur tinggi melambung;
Minta rezeki besar lautan,
     Minta umur tinggi gunung.


Lihat selanjutnya...(85)
Peribahasa

Minta pucuk pada alu.

Bermaksud :

Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung).

 

Lihat selanjutnya...(24)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
cadgevi & vt meminta-minta, mengecek: he lived by cadging from his friends, dia hidup dgn meminta-minta drpd kawan-kawannya; to ~ some money for cigarettes, mengecek wang utk membeli rokok.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cadgern pengecek, (orang yg) /suka, selalu/ /meminta-minta, mengecek/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
divorcen perceraian: to start ~ proceedings, memulakan prosiding perceraian; ask for a ~, minta cerai; /get, obtain/ a ~, mendapat cerai; sue for ~, menuntut /cerai, perceraian/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
begvi 1. ask for alms, charity, meminta sedekah, mengemis: he ~s at street corners, dia meminta sedekah di sudut-sudut jalan; 2. ask earnestly, meminta-minta, meminta /sangat-sangat, sungguh-sungguh/: the children ~ged to be allowed to go, kanak-kanak itu meminta-minta supaya dibenarkan ikut sama; 3. plead humbly, merayu: the man was on his knees, ~ging to be released, orang itu bertelut sambil merayu agar dibebaskan; 4. (in certain formal expressions) mohon (izin): I ~ to announce that..., saya mohon izin utk mengumumkan bahawa... or saya mohon mengumumkan bahawa...; I ~ to differ, saya mohon berlainan pendapat or saya mohon utk mengatakan bahawa saya tdk bersetuju; I ~ to inform you that..., saya mohon utk memaklumkan bahawa...;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bill1n 1. statement of charges, bil: ask the waiter to bring the ~, minta pelayan itu bawa bil; electricity ~, bil elektrik; 2. see BILL OF EXCHANGE; 3. (US) banknote, wang kertas: a ten-dollar ~, wang kertas sepuluh dolar; 4. printed public notice or advertisement, pelekat: stick no ~s, dilarang menampalkan pelekat; 5. draft of proposed law, rang undang-undang: to /propose, pass/ a ~, /mengusulkan, meluluskan/ rang undang-undang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
burnvi 1. undergo combustion, be or be set on fire, terbakar: the house was ~ing and there were cries for help, rumah itu terbakar dan kedengaran jeritan minta tolong; some wood ~s easily, setengah-setengah kayu mudah terbakar; that material won’t ~, bahan itu tdk boleh terbakar; 2. emit light, menyala, bernyala: the lights in the house ~ed all night, lampu-lampu dlm rumah itu menyala sepanjang malam; the fire ~ed brightly, api itu bernyala dgn maraknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
awfullyadv (colloq) extremely, betul: how ~ nice of her, dia itu baik betul; the weather is ~ hot, cuaca panas betul; I’m ~ sorry, saya minta maaf banyak-banyak; thanks ~, terima kasih banyak-banyak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
extremelyadv sangat, amat, sungguh: the incident had made her ~ unhappy, peristiwa itu telah membuatnya sangat sedih; he was ~ careful not to upset their arrangements, dia sangat hati-hati agar tdk mengganggu rancangan yg telah diatur oleh mereka; ~ sorry, (when making an apology) minta maaf banyak-banyak: I’m ~ sorry for the mix-up, saya minta maaf banyak-banyak atas kekeliruan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
digressionn deviation (from main subject), /penyimpangan, pelencongan/ (drpd tajuk), /menyimpang, melencong/ (drpd tajuk): ~s are to be avoided in essays, penyimpangan drpd tajuk hendaklah dielakkan dlm karangan; I beg your pardon for this ~, saya minta maaf krn menyimpang drpd tajuk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
conferencen 1. convention, persidangan: an international ~ on lexicography, persidangan antarabangsa ttg leksikografi; 2. meeting, mesyuarat; in ~, sedang bermesyuarat: I’m afraid you’ll have to call back, sir. The manager’s in ~ now, minta maaf, tuan terpaksa menelefon kembali. Pengurus kami sedang bermesyuarat sekarang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas