Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.lia] | موليا

Definisi : 1. tinggi (kedudukan, pangkat, martabat, dsb), luhur, terhormat, tertinggi; yg maha ~ panggilan utk sultan dan raja yg memerintah; yg teramat ~ panggilan utk raja muda (bakal raja); yg amat ~ panggilan utk anak-anak raja (keluarga diraja yg dekat-dekat); yg ~ panggilan utk orang baik-baik; ~ raya yg besar lagi dihormati; 2. tinggi mutunya, berharga (barang, logam, dll); logam ~ emas dan perak; memuliakan 1. menjadikan mulia: firman Tuhan lagi, “Dan sesungguhnya Kami telah ~ bani Adam”; 2. menjunjung tinggi, meng­hormati; ~ janji menepati janji; mempermulia 1. menjadikan lebih mulia; 2. sl (sangat) menghormati: hatta Raja Rekan pun datang mengadap ke Melaka, sangat dipermulia oleh Sultan Muhammad; kemuliaan perihal mulia, kebesaran, kehor­matan, keluhuran: kehidupan raja, ~ dan kebesarannya sering dikaitkan dgn peristiwa sejarah bangsa Melayu; pemuliaan perihal (perbuatan) memuliakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.lia] | موليا

Definisi : 1 tinggi kedudukan, pangkat dll; terhormat: Yang Maha ~. 2 tinggi mutunya; berharga: logam ~ emas dan perak. memuliakan 1 menjadikan mulia. 2 menjunjung tinggi; sangat menghormati: ~ suruhan Tuhan menjunjung tinggi perintah Tuhan. ~ janji menepati janji. mempermulia menjadikan lebih mulia. kemuliaan keadaan mulia; kebesaran; kehormatan. pemuliaan perihal atau perbuatan memuliakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mulia (adjektif)
Bersinonim dengan luhur, tertinggi, terhormat, murni, suci, kudus, bersih, agung, utama, syahdu, sani;,
Kata Terbitan : memuliakan, kemuliaan, pemuliaan,

Puisi
 

Hormat dulu diri sendiri,
     Itulah tanda orang yang mulia;
Jangan dikejar gunung yang berlari,
     Hilang kabus nampaklah dia.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Hitam-hitam gajah,
     putih-putih udang kepai.

Bermaksud :

Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
HighnessHis (Royal) H~, title used of a. (of princes in general) Yang Amat Mulia; b. (of crown princes) Duli Yang Teramat Mulia: (of Pahang) Kebawah Duli Yang Teramat Mulia; (of Johore) Duli Yang Amat Mulia; (of Kelantan, Perlis) Yang Teramat Mulia; His Royal ~ the Prince of Wales, Duli Yang Teramat Mulia Putera Wales; His ~ the Raja Muda of Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah; c. (of royal rulers of states) Duli Yang Maha Mulia; (of Kedah, Pahang, Kelantan) Kebawah Duli Yang Maha Mulia; (of Perak) Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri; (of Johore) Duli Yang Maha Mulia Sultan Yang di-Pertuan; Your ~, Tuanku.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
honourableadj worthy of honour, mulia; (of a course of action) terhormat: I’m sure his motives were competely ~, saya pasti niatnya benar-benar mulia; an ~ man, lelaki yg mulia; housekeeping is an ~ task, mengurus rumah tangga ialah pekerjaan yg mulia; the only ~ course to take would be to resign, satu-satunya jalan terhormat yg boleh diambil adalah meletakkan jawatan; ~ mention, sebutan khas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Highnessn; Her (Royal) ~, title used a. (of princesses in general) Yang Amat Mulia: Her ~ Princess Alexandra, Yang Amat Mulia Puteri Alexandra; b. (of consorts of crown princes) Duli Yang Teramat Mulia; (of Selangor, Kelantan, Perlis) Yang Teramat Mulia; (of Pahang) Kebawah Duli Yang Teramat Mulia; c. (of consorts of rulers) Duli Yang Maha Mulia;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
honourablyadv mulia: he acted ~ towards his enemies, dia bertindak mulia thdp musuh-musuhnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
honourn 1. nobleness, mulia: prophets are men of ~, para rasul ialah orang yg mulia; 2. great respect, penghormatan: it was the ~ of winning that was important to him, not the prize, yg penting baginya ialah penghormatan krn menang, bukan hadiahnya; 3. good name, nama baik, kehormatan, maruah: to fight for a country’s ~, berjuang utk mempertahankan maruah negara; he felt that his ~ had been tarnished, dia merasakan nama baiknya telah tercemar; a woman’s ~, kehormatan sso wanita; 4. privilege, distinction, penghormatan: he was given the ~ of carrying the Olympic torch, dia diberi penghormatan membawa obor sukan Olimpik; 5. thing given to honour so., anugerah, kurnia(an): birthday ~s, kurniaan sempena hari keputeraan; 6. so. or st that brings credit, kebanggaan: he is an ~ to his profession, dia menjadi kebanggaan profesionnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ennoblevt 1. make (person) a noble, mengangkat [sso] menjadi bangsawan; 2. elevate, make (so.) more dignified, (act.) menjadikan mulia; (pass.) menjadi mulia: truth ~s man, kebenaran menjadikan manusia mulia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
augustadj 1. majestic, agung: an ~ assembly, perhimpunan yg agung; 2. venerable, mulia: ~ ancestry, leluhur mulia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
great-heartedadj berhati mulia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Eminencen; /His, Your/ E~, Yang Mulia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
high6. great, unrestrained, besar; (of hope, expectation) tinggi: chances are ~ that he will win, peluangnya utk menang adalah besar; 7. noble, exalted, tinggi, mulia: ~ principles, prinsip yg tinggi; ~ ideals, cita-cita tinggi; 8. favourable, tinggi: they have a ~ opinion of him, mereka mempunyai tanggapan yg tinggi terhadapnya; 9. serious, besar: ~ treason, derhaka besar; 10. luxurious, mewah: ~ living, cara hidup yg mewah; 11. (colloq) intoxicated, a. (by hard drinks) mabuk; b. (by drugs) khayal; 12. (of season) puncak: in ~ summer, pd puncak musim panas; 13. (of sound, voice) tinggi: ~ key, nada tinggi; 14. (ling) tinggi: ~ vowel, vokal tinggi; 15. (of meat, game) well-hung or not fresh, (sudah) berbau;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas