Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.ga] | ناݢ

Definisi : 1. sl makhluk rekaan berupa spt buaya atau ular tetapi bersayap dan berkuku cekam, boleh menghembuskan api dr mulutnya; 2. Jw ular besar penunggu mata angin; ~ antaboga a) sj binatang laut yg besar; b) ikan paus; ~ balun naga yg tinggal di gunung-gunung (dan membunuh mangsa dgn ekor­nya); ~ berapi naga yg menyemburkan api; ~ bura naga yg menyemburkan bisa; ~ gentala naga yg menyedut mangsanya (tidak dapat bergerak-gerak); ~ hari naga penunggu mata angin yg tiap-tiap hari berpindah; ~ jadi-jadian orang atau hantu yg menjelma menjadi naga; ~ seknik lukisan naga yg diberi berkepak (pd kain batik); ~ tahun naga penunggu mata angin yg berpindah tiap-tiap tahun; ~ umban sj naga besar yg diam di laut; naga-naga 1. naga tiruan (spt yg diperbuat drpd kertas dll); 2. ukiran kepala naga (biasa­nya dipasang di haluan perahu); 3. tempat yg tinggi (di balai penghadapan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.ga] | ناݢ

Definisi : ; ~ buana sj tumbuhan (pokok renek), Phyilanthus pulcher; ~ setu sj tumbuhan (rumpai), akar wangi, narwastu, rumput wangi, Vetiveria zizanioides; rumput sisik ~ sj tum­buh­­an (herba), Desmodium heterophyllum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.ga] | ناݢ

Definisi : ; ~ berjuang sj ukiran yg merupakan dua garisan yg hampir bercantum; ~ berseru = ~ taru sj ukiran yg merupakan dua garisan yg bertemu dan kemudian berkelok ke kiri dan ke kanan; ~ bertangkap sj ukiran yg merupakan dua garisan yg bersilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.ga] | ناݢ

Definisi : binatang yg dipercayai berupa spt ular besar atau buaya serta bercula dan berkaki: ~ berapi; ~ gentala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata naga

Puisi
 

Kalau begini naga-naganya,
     Kayulah hidup dimakan api;
Kalau begini rasa-rasanya,
     Dari hidup baiklah mati.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Seekor cacing menelan naga.

Bermaksud :

Orang yang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah. (Bandingkan dengan: Cacing menelan naga).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
dragonn 1. (mythical monster) naga; 2. (colloq) fierce person (esp woman) singa betina; the (old) ~, Iblis; chase the ~, (colloq) menghisap /candu, heroin/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exhalevt menghembuskan: he lit his cigar and ~d clouds of smoke, dia menyalakan cerutnya dan menghembuskan kepulan asap; dragons are said to ~ fire, naga dikatakan menghembuskan api.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
breathevt 1. inhale, menyedut, menghirup; ( involuntarily) tersedut: we ~ air, kita menyedut udara; the fireman became ill from breathing smoke, ahli bomba itu jatuh sakit akibat tersedut asap; 2. exhale, menghembuskan: dragons ~ fire, naga menghembuskan api; 3. allow to rest, membiarkan [sst] berehat sejenak: they ~d their horses after the hard ride, mereka membiarkan kuda-kuda mereka berehat sejenak selepas teruk ditunggang; 4. whisper, utter (softly) membisikkan: don’t ~ a word of it to anyone, jangan bisikkan sepatah kata pun ttg hal itu kpd sesiapa juga;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas