Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.ma] | نام

Definisi : 1 panggilan atau sebutan bagi orang, barang, tempat dll: ~ kakak saya Salmah. Apa ~ benda yg kaupegang itu? 2 maruah; kemasyhuran: ~nya telah rosak telah hilang maruahnya. ~ baik kehormatan; maruah. ~ batang tubuh nama diri yg sebenarnya (bukan nama samaran dll). ~ cembung (timangan) nama yg digunakan bagi diri seseorang utk menyatakan kekariban (sayang atau manja). ~ log masuk ist nama unik yg diberikan bagi setiap akaun komputer utk mengenali seseorang pengguna komputer semasa memulakan penggu­na­an sistem atau rangkaian komputer. ~ pena nama yg bukan nama sebenarnya yg digunakan oleh penulis (penyajak dsb) pd karyanya. ~ samaran nama utk menyembunyikan nama sebenar. bernama 1 mempunyai atau memakai nama: Akulah yg ~ Taming Sari. 2 mendapat nama; terkenal; masyhur: Baginda telah memanggil seluruh tabib yg ~ utk mengubati puterinya. menamai memberikan nama kpd; membubuh nama pd; menggelar seseorang: Dia ~ anaknya Adli. menamakan 1 mem­berikan sesuatu gelaran sbg nama; menjadikan sesuatu sbg nama: Dia ~ Adli kpd anaknya. Orang Melayu telah ~ tir bagi buah catur yg berbentuk spt kota. 2 mencalonkan seseorang (utk bertanding dlm pilihan raya dll); mencadangkan atau memberikan nama seseorang sbg wakil (calon dsb): Mereka ~ beberapa orang calon dlm pemilihan itu. ternama dikenali ramai; termasyhur; terkenal: Picasso ialah pelukis yg ~. kenamaan 1 dihormati dan disegani (kerana kepintaran, kepandaian dsb): ahli bahasa yg ~. 2 berpangkat ting­gi; besar (bkn orang, pegawai dll): Mereka itu anak orang-orang besar dan ~. penamaan perbuatan (hal dsb) menamai atau menamakan. penama 1 orang yg membubuh nama atau yg mencalonkan; pencadang. 2 orang yg dinamakan sbg waris (pemegang kuasa dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nama (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,

2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,

Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama,

Puisi
 

Pokok melati sedang naik,
     Daunnya hilang subur dan sihat;
Biar mati nama yang baik,
     Jangan mati nama yang jahat.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Gajah mati meninggalkan tulang,
     harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan nama.

Bermaksud :

Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
biblicaladj 1. of, concerning the Bible, kitab Bible: ~ scholar, sarjana kitab Bible; ~ studies, kajian-kajian ttg kitab Bible; 2. contained in the Bible, dlm kitab Bible: ~ names, nama-nama dlm kitab Bible; ~ teachings, ajaran-ajaran dlm kitab Bible; 3. resembling the language of the Bible, bahasa kitab Bible: ~ styles in writing, penulisan dgn gaya bahasa kitab Bible.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
discreditbe a ~ to, mencemarkan nama baik: the eldest son is a ~ to the family, anak yg tua itu mencemarkan nama baik keluarga; bring ~ to, (by so.) mencemarkan nama baik; (by st) mencemari nama baik; to so’s ~, menyebabkan nama baik sso tercemar: the captain, to his ~, was the first to jump into the sea, kapten itu, krn dia yg mula-mula terjun ke laut, menyebabkan nama baiknya tercemar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
anonymousadj 1. of unknown name, tanpa nama, namanya tdk diketahui: an ~ writer, penulis yg namanya tdk diketahui; an ~ caller, pemanggil yg namanya tdk diketahui; /wish, request, etc/ to /be, remain/ ~, /mahu, meminta supaya/ namanya dirahsiakan; 2. of unknown authorship, origin, source, etc, nama + approp n tdk diketahui, tanpa nama: an ~ pamphlet, risalah yg nama penulisnya tdk diketahui; an ~ donation, derma yg nama pendermanya tdk diketahui; an ~ parcel, bungkusan yg nama pengirimnya tdk diketahui; ~ letter, surat /layang, terbang/; 3. without clearly marked individuality, identity, a. (of person) tak bernama, tanpa nama: he looked down on a sea of ~ faces, dia memandang ke bawah pd wajah-wajah tak bernama; b. (of thing) tdk bersifat tersendiri: a row of ~ houses, deretan rumah yg tdk bersifat tersendiri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
anonymouslyadv 1. without giving name, tanpa menyatakan nama sso; 2. without known authorship, origin, source, etc, tanpa nama + approp n: the poem was published ~, sajak itu diterbitkan tanpa nama penyairnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disreputen; bring /so., st/ into ~, menyebabkan /sso, sst/ mendapat nama buruk: his scandalous behaviour has brought the family into ~, kelakuannya yg mengejutkan itu menyebabkan keluarganya mendapat nama buruk; fall into ~, mendapat nama buruk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
distinguishto ~ os., sso mendapat nama: he ~ed himself as a portrait painter, dia mendapat nama sbg seorang pelukis potret;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
denominationn 1. name, nama: to be known under several ~s, dikenali dgn beberapa nama; 2. religious sect, mazhab; 3. class of unit, a. (of weight and measure) unit: metric ~, unit metrik; the smallest ~ is the inch, unit yg paling kecil ialah inci; b. (of number) unit: to reduce fractions to the same ~, mengubah pecahan kpd unit yg sama; c. (of money) jenis mata wang, peringkat nilai: dollar notes in small ~s, wang kertas dlm jenis mata wang yg kecil.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bornc. having stated name from birth, /lahir, dilahirkan/ dgn nama: she was ~ Norma Jean, dia dilahirkan dgn nama Norma Jean; d. be destined from birth, ditakdirkan: ~ to be king, ditakdirkan menjadi raja; e. come into existence, lahir: the underground movement was ~ in the early years of the war, gerakan bawah tanah itu lahir pd tahun-tahun awal peperangan; ~ and bred, dilahirkan dan dibesarkan: he was ~ and bred a Muslim, dia dilahirkan dan dibesarkan sbg orang Islam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
epithetn descriptive words added to a person’s name, (nama) julukan: “Lackland” was the ~ applied to King John, “Lackland” ialah nama julukan yg diberikan kpd King John.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inscribevt 1. mark (/i>st on st) a. (by writing) menulis: he ~d a short poem on the title page, dia menulis sebuah sajak pendek pd halaman judul penuh itu; b. (by carving, engraving) mengukir: both their initials were ~d on the inside of the ring, parap mereka diukir pd bahagian dlm cincin itu; c. (by chiselling) memahat: the names of the fallen were ~d on the tombstones, nama-nama mereka yg gugur dipahat pd batu nisan; d. (by printing) menera; 2. sign o’s name, write short dedication in (book etc) menandatangani: she ~d the book in Mandarin, dia menandatangani buku itu dlm tulisan Mandarin;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas