Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. beras yg telah ditanak atau dikukus: telah lazim baginya setiap pagi memakan ~; mencari ~ mencari rezeki; 2. isi jerawat yg berwarna putih; ~ adap-adap = ~ adap-adapan = ~ damai nasi (biasanya nasi kunyit berserta lauknya) yg disajikan kpd pengantin ketika bersanding; ~ angkatan nasi utk menjamu orang besar-besar; ~ ayam nasi yg dimasak dgn air rebusan ayam (biasanya berwarna kekuning-kuning­an) yg dimakan bersama-sama dgn daging ayam, yg biasanya dihidangkan dgn kicap, sup dan sambal cili; ~ berdetus nasi setengah ma­sak; ~ beriani nasi yg dimasak bersama-sama dgn daging atau ayam dan rempah; ~ besar nasi utk sesuatu upacara; ~ bungkus nasi yg dicampur dgn lauk-pauknya dan dijual dlm bungkus; ~ campur nasi yg lauknya dibubuh sekali dlm pinggan yg sama; ~ dagang nasi yg ditanak drpd beras lembut; ~ damai-damai a) nasi yg dimakan oleh pengantin laki-laki dan perempuan sbg tanda hidup mesra sesudah bersatu; b) nasi adap-adap; ~ datang = ~ lepat = ~ ketupat nasi yg dimasak dlm anyaman daun kelapa; ~ goreng nasi yg digoreng ber­sama perencahnya (spt udang, daging, sayur-sayuran, dsb); ~ hangit nasi yg hangit (kerana ter­­lalu besar apinya); ~ himpit = ~ kapit nasi yg ditanak dgn air yg berlebihan dan kemudian di­himpit (dimakan dgn kuah sate dll); ~ kabuli nasi yg bercampur lauk-pauk dan rempah-rem­­pah; ~ kerabu = ~ ulam nasi yg digaulkan dgn daun-daunan yg dihiris halus-halus; ~ kukus = ~ dandang nasi yg dikukus dlm dandang; ~ kunyit = ~ kuning pulut yg di­kuningkan dgn kunyit; ~ lecek nasi yg dilecek-lecek (utk makanan bayi); ~ lemak nasi yg ditanak dgn santan; ~ lembik nasi yg ditanak dgn ber­lebihan airnya; ~ lengat = ~ tim Id nasi yg di­kukus lembik; ~ mentah nasi yg tidak cukup masaknya; ~ minyak nasi yg dimasak dlm lemak atau minyak; ~ ramas Id nasi yg leng­kap dgn lauk-pauknya; ~ ransum = ~ kawah nasi yg dimasak dlm kawah utk orang ramai; ~ rawan nasi yg bercampur dgn sayur dan lauk-pauknya; ~ sorok Kd nasi yg dimakan dahulu sebelum memakan nasi minyak (pd kenduri); ~ suap-suap nasi kunyit yg di­suapkan oleh pengantin laki-laki kpd pengan­tin perempuan dan sebaliknya (ketika bersan­ding); ~ tambah a) nasi utk tambahan; b) ki tambahan kpd pendapatan yg tetap; ~ tangas = ~ kangkang nasi panas yg di­kangkangi isteri diiringi dgn jampi serapah, dan diberi makan kpd suami dgn tujuan utk memperbodoh suami; ~ tomato nasi yg dimasak dgn tomato puri dan dicampur dgn susu cair, biasanya dihi­dang­kan bersama-sama dgn ayam atau daging; ~ tumpang Kl nasi yg bercampur dgn lauk-pauknya dan dibungkus; ~ wajar nasi biasa sahaja (tidak dgn santan dll); ~ habis, budi bersama prb sahabat yg ke­tahuan buruk lakunya; ~ sama ditanak, kerak dimakan seorang prb perihal orang yg ber­sekutu tetapi keuntungan diambil seorang diri; ~ sudah menjadi bubur prb perbuatan yg sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi); ~ tak dingin pinggan tak retak prb orang yg cermat membuat pekerjaannya, walaupun banyak kerja tetapi jarang yg rosak; apa boleh buat, ~ sedap menjadi tawar prb sese­orang itu apabila rosak hatinya akan ber­ubahlah perangainya; biar ~ terbuang asal jangan periuk pecah prb biar anak mati asal ibunya selamat (ketika bersalin); buat ~ tam­bah prb penambah penghasilan yg telah ada; membuangkan ~nya yg tersaji di lutut prb seseorang yg meninggalkan kerja yg senang lalu mencari pekerjaan yg lebih susah; me­nantikan ~ (disajikan) di mulut prb perihal orang yg pemalas menantikan pemberian orang atau takdir Tuhan sahaja; bernasi ada (dimasak) nasi: hari ini tidak ~;~ di balik kerak prb belum habis semuanya tentang sesuatu perkara (masih ada lagi hal yg belum diperiksa); tidak ~ di balik kerak prb orang yg sombong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nasi I

Puisi
 

Apa guna nasi daun,
     Nasi setalam rasa nak basi;
Apa guna tinggal setahun,
     Tinggal semalam rasa nak mati.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Kuah tertunggang ke nasi,
     nasi akan dimakan juga.

Bermaksud :

Perkahwinan antara kaum keluarga sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bread~ and water, roti dgn air; daily ~, periuk nasi; earn o’s daily ~, mencari /nafkah, rezeki/; know on which side o’s ~ is buttered, tahu menjaga kepentingan sso; take the ~ out of so’s mouth, merosakkan periuk nasi sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eat<i>vti> (me)makan; (<i>unintentionallyi>) termakan: <i>to ~ a bowl of rice,i> memakan semangkuk nasi; <i>she doesn’t ~ mutton,i> dia tdk makan daging kambing; <i>the moths have ~en holes in his coat,i> kotnya berlubang-lubang dimakan rama-rama;<i> ugh! I’ve ~en a maggot!,i> yek! Saya termakan ulat!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heap~ with, <i>place in heaps on,i> /melonggokkan, menimbunkan/[sst] ke dlm: <i>the host ~ed my plate with rice,i> tuan rumah menimbunkan nasi ke dlm pinggan saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cooker<i>ni> 1. <i>stove,i> dapur: <i>gas ~,i> dapur gas; 2. <i>pot,i> periuk: <i>rice ~,i> periuk nasi; <i>pressure ~,i> periuk tekanan; 3. (<i>of applei>), (epal) utk dimasak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
institutional<i>adj of, rel to, institution, i> keinstitusian: <i>~ care,i> jagaan keinstitusian; <i>~ control,i> kawalan keinstitusian; <i>~ life,i> cara hidup keinstitusian; ~ meal, makan nasi kawah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
helping<i>n amount of food in a single serving,i> [<i>various translationsi>]: <i>I’ve had a large ~ of rice,i> saya sudah makan sepinggan besar nasi; <i>he wants a second ~, dia hendak tambah lagi; a large ~ of pudding,i> semangkuk besar puding.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cook<i>vti> 1. <i>preparei> (<i>foodi>) memasak: <i>she is ~ing me dinner,i> dia sedang memasak makanan malam utk saya; <i>the rice was badly ~ed,i> nasi itu tdk dimasak dgn elok; 2. <i>falsify,i> memalsukan: <i>someone has been ~ing the accounts,i> ada orang yg telah memalsukan kira-kira itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grain<i>ni> 1. <i>single seed of plant, esp cereal planti>, biji, butir: <i>he picked up the few ~s of rice that were left on the tablei>, dia mengutip butir-butir nasi yg terdapat di atas meja itu; 2. <i>seed, fruit of cereal plantsi>, biji-bijian; (<i>techi>) bijian: <i>they scattered some ~s for the birdsi>, mereka menabur biji-bijian utk burung-burung itu; 3. <i>cereal plants such as rice, barley, which has been harvestedi>, biji-bijian: <i>the ship carried a cargo of ~i>, kapal itu membawa muatan biji-bijian;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hot<i>advi> 1. <i>at a high temperature,i> panas: <i>glowing ~ coal,i> arang yg panas membara; 2. <i>while hot,i> panas-panas, hangat-hangat: <i>to serve the rice ~,i> menghidangkan nasi itu panas-panas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
damage<i>n harm, injury,i> kerosakan, rosak: <i>the ~ to the crops was considerable after the floods,i> selepas banjir didapati banyak tanaman yg rosak; do ~ to, (<i>lit. & fig.i>) merosakkan: <i>his article had done ~ to the company’s reputation,i> rencananya telah merosakkan nama baik syarikat itu; what’s the ~, (<i>colloqi>) berapa bayarannya; the ~ is done, nasi sudah menjadi bubur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas