Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[om.ba/] | اومبق

Definisi : ombak 1. gerakan air yg turun naik atau ber­gulung-gulung, gelombang kecil: hanyut dibawa ~ ke tepi pantai; orang ~ ark orang yg gerak-gerinya sangat gelisah; mabuk ~ mabuk laut; 2. ki gerak fikiran atau rasa hati yg tidak tetap (kacau): ia tak dapat lagi me­nahan ~ di dadanya; ~ fikiran; ~nya kedengaran, pasirnya tiada kelihatan prb telah kedengaran beritanya dia orang kaya tetapi belum ada buktinya lagi; ~ yg kecil ja­ngan diabaikan prb jangan dipermudah-mudahkan perkara-perkara kecil yg boleh men­­datangkan bahaya; bagai ~ Purus prb a) deru yg amat menghibakan; b) riuh suara orang ramai; menguap(-nguap) bagai orang ~ prb perihal orang yg ketagihan candu dll; payah-payah dilamun ~, tercapai juga ta­nah tepi prb setelah beberapa lama me­nanggung susah akhirnya tercapai juga cita-citanya (terlepas juga drpd sengsara); spt ~ membanting diri prb perihal seseorang yg dlm keluh-kesah oleh sesuatu kesusahan; silih berganti bagai ~ di tepi pantai prb keadaan hidup yg tiada tetap (sekali susah, sekali senang); yg ~ itu ~ jua, yg air itu air jua prb serupa benar; berombak, berombak-ombak 1. mempu­nyai ombak, bergelombang kecil-kecil: angin bertiup dan laut pun ~; 2. berkeluk-keluk turun naik (spt gelombang kecil): tirai ~ sbg latar belakang tambah mencantikkan reka­annya; rambutnya ~ rambutnya ikal; 3. sesak (spt orang yg bernafas dgn kencang), sebak (kerana tekanan perasaan): dadanya semakin ~; suara bisikan halus itu membuat jiwanya ~ dgn seribu kemarahan; mengombak 1. membuat ombak; 2. spt om­bak; rambut pendek yg diombak-ombak ram­but yg dikeritingkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[om.ba/] | اومبق

Definisi : gerakan air (di laut dsb) yg naik turun atau yg bergulung-gulung; ge­lombang kecil: ~ memecah di pantai. berombak bergerak turun naik atau bergulung-gulung (bkn air laut dsb); ber­gelombang kecil-kecil. berombak-ombak 1 bergulung-gulung (bkn air laut dsb). 2 kelihatan spt ombak (bkn rambut dll); berketak-ketak: Rambut gadis itu panjang dan ~. mengombak (bergerak) spt ombak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ombak (kata nama)
Bersinonim dengan gelombang, olak, alun, riak;,
Kata Terbitan : berombak, berombak-ombak,

Puisi
 

Pasang ombak di laut tinggi,
     Gelombang macam di Tanjung Puri;
Jika abang berjiwa tinggi,
     Jika sungguh menyerah diri.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Ombak yang kecil jangan diabaikan (= ditidakkan).

Bermaksud :

Perkara kecil yang dapat mendatangkan bahaya, jangan dianggap mudah atau jangan disia-siakan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
corrugatevi bend into ridges, menjadi /berombak(-ombak), beralun-alun/: the road surface has ~d with use, permukaan jalan itu menjadi berombak-ombak krn kerap digunakan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
corrugatedadj ridged, berombak(-ombak), beralun-alun: ~ surface, permukaan beralun-alun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
breakwatern /pemecah, tembok penahan/ ombak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
breakern (wave), /gelombang, ombak/ besar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dashthe ~ of waves against the cliff, deburan ombak memukul tebing tinggi; b. (of rain) desar, derauan: the ~ of rain on the roof, desar hujan di atas bumbung; 5. panache, style, penuh gaya: he rode with ~, dia menunggang kuda dgn penuh gaya; 6. (punctuation mark), (tanda) sengkang; 7. quick stroke of pen, brush, coretan; 8. (in Morse Code) sengkang; 9. short race, lumba lari (jarak dekat): a 100 metre ~, lumba lari jarak dekat 100 meter; 10. (US), (colloq) see DASHBOARD;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crestvi memuncak: the waves ~ed, ombak memuncak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bore3n (wave) ombak muara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
corrugatevt form ridges in, mengombakkan, menjadikan [sst] /berombak(-ombak), beralun-alun/: earth movements ~d the flat land, pergerakan bumi mengombakkan tanah rata itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cold waven 1. (meteorol), /ombak, gelombang/ sejuk; 2. (hairdressing) keriting sejuk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
billown 1. large sea wave, gelombang (besar), ombak besar: the huge ~ dashed against the rock, gelombang besar menghempas ke batu; 2. swelling mass, kepulan, gumpalan: ~s of smoke, kepulan-kepulan asap; 3. (poet.) sea, samudera: afloat on the ~s, terapung-apung di samudera;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas