Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.du] | ڤادو

Definisi : 1. mampat, padat, pejal, tumpat: ~ spt batu dan besi; roti mudah dihancurkan di dlm tubuh kerana ia tidak ~; 2. telah bergaul (bercampur, bergabung) dan menjadi satu benar, sebati: anak sekolah, guru, buruh dan saudagar ~ dlm satu perarakan; bersatu ~ bersatu benar-benar; 3. ki kukuh (teguh, utuh) dan kuat: kesatuan yg ~; sepadu sebati, terserap, berjalin: ada lebih kurang 800 kata Sanskrit yg kekal ~ dgn kata-kata Melayu sekarang; pembangunan material dan spiritual hendaklah ~; bersepadu berkaitan erat (tidak terpisah-­pisah) berjalin, bertahan erat (antara pelbagai unsurnya dsb): pembangunan secara ~ ini diharap dapat mewujudkan kesatuan sosial; mempunyai asas sumber asli yg ~ dgn struktur perindustrian; menyepadukan menjadikan sepadu atau ber­sepadu: kesemuanya telah dicampuradukkan dan disepadukan sehingga wujud satu keseimbangan atau tahap persamaan yg utuh dan berfungsi; tersepadu telah bersepadu: ini bermakna kaum bumiputera akan ~ dlm perkembangan ekonomi negara menjelang tahun 2020; kesepaduan keadaan bersepadu, perihal ber­sepadu menjadi kesatuan yg utuh: malahan ~ komuniti itu diasaskan pd pertalian kekeluargaan; persepaduan perihal bersepadu (bangsa, masyarakat, dsb); penyepaduan proses menyepadukan, penyebatian; penyepadu orang, unsur, pihak dsb yg menyepadukan: syarikat itu merupakan syarikat ~ sistem yg terkemuka di negara ini; berpadu 1. bercampur menjadi satu, menjadi sebati: ketiga-tiga buah kesatuan itu telah ~ menjadi satu; zat besi mudah ~ dgn oksigen; 2. bercampur, bergaul: senyum dan tangis ~ menyambut kepulangannya; 3. menjadi beku dan keras (darah dll); 4. teguh (kukuh, utuh) dan kuat kerana sudah bersatu; ~ padan a) bergaul (bergabung, bercampur) dan menjadi satu benar; b) bermuafakat, ber­mesyuarat, berunding, memadankan (menye­suaikan) fikiran; ~ suara a) berduet; b) ki menjadi satu, berbaur: angin laut dan desir ombak ~ suara; memadu 1. melebur (emas); 2. melebur dan mencampurkan supaya bersatu (berbagai-bagai jenis logam); 3. mengikat (janji dll), menguatkan, mengukuhkan: ~ janji; kata sudah dipadu; negara-negara yg tidak memihak ~ tenaga utk memperkuat pengaruh mereka; 4. membanding­kan, menyesuaikan, mencocokkan, memadan­kan; ~ pendapat mencocokkan pendapat; ~ hati menyatukan hati (kasih dll); ~ satu = menyatu­padukan menjadikan bersatu padu, menyatukan sungguh-sungguh; memadukan menjadikan padu, menggabungkan supaya menjadi satu, mencampur­kan, menyatukan: ~ fahaman semua manusia; memperpadukan menjadikan berpaduan: manusia berjaya ~ bahan-bahan asas ini menjadi satu bahan baru; terpadu sudah dipadu (digabungkan, disatukan, dll), tergabung; paduan 1. yg telah dipadu, sesuatu yg telah disatukan (digabungkan dll): ~ suara; 2. per­sesuaian, kecocokan; kepaduan kesatuan (pendapat, cita-cita, dll), kemuafakatan; perpaduan 1. penggabungan, peleburan; 2. persesuaian, kecocokan; 3. perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll), persatuan: bahasa dan sastera adalah alat utk ~ kebangsaan; bahasa Melayu sbg bahasa yg boleh menjadi penggerak ke arah mencapai ~ nasional; pemaduan 1. perbuatan memadu(kan), penggabungan (peleburan dll) menjadi satu: air boleh dibuat melalui ~ hidrogen dan oksigen; 2. persesuaian, kecocokan; pemadu sesuatu yg memadukan: kuasa ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.du] | ڤادو

Definisi : 1 tidak hancur atau tidak berongga; pejal lagi tumpat keadaannya: Gelangnya dibuat drpd emas ~. 2 telah benar-benar menjadi satu (bkn benda-benda yg dicampurkan); telah benar-benar sebati. 3 teguh dan kuat; kukuh: pasukan yg ~. berpadu 1 bercampur menjadi satu; menjadi sebati benar: Zat besi mudah ~ dgn oksigen. 2 bergabung dlm satu pasukan atau kesatuan: Seluruh rakyat Malaysia ~ menentang penjajahan. 3 bercampur dgn; bergaul: Suka dan duka ~ mengharukan hati. memadu 1 mengaduk atau mengadun sesuatu supaya benar-benar bercampur: Ibu sedang ~ telur dgn tepung utk membuat kuih. 2 meleburkan dan mencampurkan supaya menjadi satu (bkn logam): ~ perak dgn tembaga. 3 menggabungkan supaya menjadi satu; menyatukan: Kita perlu ~ tenaga utk mempertahankan negara kita drpd serangan musuh. 4 membuat perjanjian dll dgn sungguh-sungguh; menguatkan janji dll: ~ janji. 5 mencari-cari utk mengetahui cocok tidaknya; menyesuaikan; memadankan: ~ pakaian; ~ pendapat. paduan sesuatu yg sudah dipadu; apa-apa yg sudah disatukan. kepaduan hal atau keadaan padu; kesatuan. perpaduan keadaan atau hal berpadu; persatuan: Dia tidak mahu menjadi orang yg memecahbelahkan ~ umat Islam. pemaduan perbuatan atau hal memadu: Air terjadi drpd ~ oksigen dan hidrogen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa.du] | ڤادو

Definisi : bkn atau mempunyai bentuk kiub: sukatan ~ sistem satuan utk menyukat isi padu yg berdasarkan meter padu, kaki padu dsb: satu desimeter ~ isi padu sesuatu kiub yg mempunyai sempadan satu desimeter. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padu (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padat, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan kukuh: teguh, utuh, kuat,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : bersepadu, berpadu, memadu, memadukan, terpadu, paduan, pemaduan, kepaduan, perpaduan,

Peribahasa

Kita membawa jarum,
     dia menyambut dengan gunting.

Bermaksud :

Kita menunjuk jalan supaya bersatu padu, dia berikhtiar supaya berpecah belah.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
band1vi often ~ together, unite, bersatu (padu): they ~ed together to resist the terrorists, mereka bersatu padu utk menentang pengganas-pengganas itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cubicadj 1. in the shape of a cube, (berbentuk) /kubus, kiub/: ~ blocks, blok-blok kiub; 2. (in units of volume) padu: ~ metre, meter padu; 1,300 ~ centimetre capacity, keupayaan 1,300 sentimeter padu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cohesiveadj 1. characterized by, causing cohesion, jeleketan: ~ force, daya jelekitan; 2. tending to cohere, padu: a ~ group, kumpulan yg padu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cubic measuren sukatan padu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
critical volumen isi padu genting.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
atomic volumen isi padu atom.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
incompressibleadj tak termampatkan: ~ volume, isi padu tak termampatkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
knit-knit comb. form dikait dgn benang bulu: a chunky ~ cardigan, baju panas yg dikait dgn benang bulu yang kasar; closely ~, (of family) hubungan antara ahli keluarga rapat; (of argument) padu: theirs is a closelyKamus Inggeris-Melayu Dewan
absolute4. outright, unmitigated, a. (of lie, nonsense, etc) sama sekali, semata-mata: an ~ lie, dusta semata-mata; b. (of person) benar-benar, betul-betul: an ~ idiot, benar-benar tolol; 5. perfect in quality or nature, sempurna, tdk bercela: ~ beauty, kecantikan yg sempurna; 6. (tech) mutlak: ~ pressure, tekanan mutlak; ~ density, ketumpatan mutlak; ~ cost, kos mutlak; ~ volume, isi padu mutlak; in ~ terms, secara mutlak: prices remained the same in ~ terms but increased by 5% relatively, harga-harga tetap sama secara mutlak, tetapi naik dgn 5% secara relatif.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas