Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.gar] | ڤاݢر

Definisi : 1. sesuatu yg dibuat utk membatasi (menyekat, mendinding) kawasan rumah (ke­bun dll): ~ besi; ~ buluh; ~ dawai (kawat); turus ~ tiang pagar; 2. sesuatu yg serupa pagar; ~ bulan lingkungan di sekeliling bulan, kandang bulan; ~ desa orang yg membantu penjaga keamanan desa di Jawa Barat; ~ duri pagar drpd dawai ber­duri; ~ hidup pagar drpd pokok-pokok kecil; ~ musang (sasak, tenggalung) pagar pd bu­ritan perahu; ~ sua pagar yg menyekat dua ekor kerbau yg akan diadu; ~ makan padi (tanaman) prb orang yg di­percayai utk menjaga sesuatu, dia pula yg mengkhianati kita; bagai melompati ~ tiga hasta, akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi prb keadaan atau pertolongan yg tidak kurang tetapi tidak pula mencukupi (serba tanggung); berpagar mempunyai sesuatu sbg pagar: kebun yg tidak ~; berpagarkan mempunyai sesuatu sbg pagar: jalan itu ~ pohon ru; memagar 1. membuat pagar, memasang pagar: pohon-pohon mempelam dlm kebun itu dipagar berkeliling dgn besi; 2. menye­rupai pagar; ~ diri menjaga diri; ~ diri bagai aur prb Mn menjaga dan memikirkan dirinya anak-ber­anak sahaja (tidak mempedulikan orang lain); memagari 1. membuat atau mendirikan pagar pd (di sekeliling): kebun itu dipagari dgn kawat berduri; 2. berada (terletak, ber­diri, dsb) di sekeliling atau melingkari sesuatu, mengelilingi, melingkungi: tasik-tasiknya dipagari oleh pohon-pohon rendang serta rumpun-rumpun bunga yg berwarna-warni; penonton yg sedang ~ medan permainan itu; 3. ki menghalangi (drpd kejahatan, bahaya, dll), melindungi, mendindingi; memagarkan 1. menggunakan sesuatu sbg pagar; 2. membuatkan pagar (pd), mendirikan (memasangkan) pagar pd; pemagaran proses (perbuatan, tindakan dsb) mendirikan (membuat atau memasang) pagar pd atau di sesuatu tempat (sempadan, kawasan dsb): kerja ~ dusun buah-buahannya itu baru sahaja selesai; pagaran pagar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.gar] | ڤاݢر

Definisi : ; ~ anak betina (hitam, merah) sj tumbuhan (pokok kecil), bunga meragung, jenjagung, Ixonanthes icosandra. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.gar] | ڤاݢر

Definisi : 1 sesuatu yg dibuat drpd dawai berduri, kayu dll dan dipasang di keliling sesuatu kawasan; apa-apa yg digunakan utk menyekat serta membatasi sesuatu kawasan. 2 apa-apa yg menyerupai pagar 1. ~ besi pagar yg dibuat drpd besi. ~ bulan lingkaran yg kelihatan mengelilingi bulan. ~ buluh pagar yg dibuat drpd buluh. ~ dawai (kawat) pagar yg dibuat drpd dawai. ~ duri pagar yg dibuat drpd dawai berduri. ~ hidup pagar drpd pokok-pokok kecil. berpagar ada pagarnya: Rumahnya tidak ~. berpagarkan ada atau mempunyai sesuatu sbg pagar: Kebun sayurnya ~ buluh. memagar membuat pagar di; mendirikan pagar di: Dia ~ kawasan rumahnya. ~ diri menjaga diri. memagari 1 menjadi (spt) pagar pd; mengelilingi sesuatu spt pagar: Pokok-pokok puding ~ kawasan rumahnya. 2 ki melindungi supaya tidak terkena bahaya dll. memagarkan menjadikan sesuatu sbg pagar; memasang sesuatu sbg pagar: Pak Abu ~ buluh di keliling kebunnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pagar (kata nama)
Bersinonim dengan pagar pokok, pagar hidup, pagar renek, pagar kawat, pagar pancang, pagar sua;,
Kata Terbitan : berpagar, berpagarkan, memagar, memagari,

Puisi
 

Pagar buluh anggitnya jarang,
     Akan pemagar sapi jerasa;
Dalam sepuluh jarang seorang,
     Hanya yang tahu menimbang rasa.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Bagai melompati pagar tiga hasta: akan dilompati rendah,
     akan dilangkahi tinggi.

Bermaksud :

Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Mandi dalam cupak).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
hedgen 1. row of bushes, pagar /pokok renek, hidup/; (when the type is specified) pagar: a high ~ separated the two houses, pagar pokok renek yg tinggi memisahkan dua buah rumah itu; hibiscus ~, pagar pokok bunga raya; 2. (finance) lindung nilai: a wise investment can be a ~ against inflation, pelaburan yg bijak boleh menjadi lindung nilai utk mencegah inflasi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fencen 1. wall-like structure, pagar: wire ~, pagar dawai; come down on one side of the ~, menyokong sebelah pihak; come down on the right side of the ~, berpihak kpd yg menang; mend o’s ~s, berdamai, berbaik-baik semula; /sit, be / on the ~, berkecuali, tdk /berpihak, memihak/ ke mana-mana; 2. (sl) receiver of stolen goods, tukang tadah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hurdlen1. frame for jumping over or for temporary fencing, pagar (lompat): the first runner is over the last ~, pelari pertama telah melepasi pagar lompat yg terakhir; 2. (in pl), (sport) acara lompat pagar: he hopes to win the ~s, dia berharap akan memenangi acara lompat pagar; 3. (fig.) obstacle, halangan, rintangan: the interview on Monday is the final ~ that he must take, temu duga pd hari Isnin ini merupakan rintangan yg terakhir yg harus dihadapinya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gaten 1. doorlike structure in fence, wall, etc, a. (gen) pintu pagar: my backyard has a ~, kawasan belakang rumah saya berpintu pagar; b. (of railway) pagar (kereta api); c. (of walled city) pintu kota; d. (of palace, temple) pintu gerbang, gapura; e. (of canal, dam) pintu air; 2. numbered exit leading to aircraft, pintu: to board the aircraft from ~ 8, menaiki kapal terbang melalui pintu nombor 8; 3. mountain pass, genting; 4. total attendance at sporting events, jumlah penonton; 5. see GATE MONEY.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fencingn 1. sword-play, (seni) bermain pedang; 2. a. material for construction of fences, bahan pagar; b. fences, pagar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jumpvt 1. leap over, melompati, meloncati: to ~ a hurdle, melompati pagar lompat; 2. cause to leap, melompatkan, meloncatkan: he ~ed the horse over the fence, dia melompatkan kuda itu melampaui pagar; 3. skip over, melangkaui: to ~ a chapter, melangkaui satu bab; 4. (colloq) pounce on, attack suddenly, menyerang: the thug ~ed him in the subway, penjahat itu menyerangnya di jalan bawah; 5. pass (red traffic-light) mendahului: he was fined for ~ing the red light, dia didenda krn mendahului lampu merah; 6. (of train) leave (track) tergelincir dr: a goods train ~ed the rails about ten kilometres from Gemas, kereta api barang tergelincir dr landasan lebih kurang sepuluh kilometer dr Gemas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hedgerown pagar /pokok renek, hidup/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hurdlern pelari lompat pagar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gatepostn tiang pintu pagar; between you and me and the ~, (colloq) sesama kita, antara kita berdua.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bamboon buluh, bambu: ~ fence, pagar buluh; ~ shoot, (pucuk) rebung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas