Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. lihat (sambil memerhatikan); beradu ~ bertemu mata, berhadapan muka; membuang ~ a) memalingkan muka, melihat ke tempat lain; b) = melayangkan ~ melihat jauh-jauh; seimbas (selayang) ~ melihat dgn sekali imbas (sepintas lalu); 2. bp memandang; ~ ringan menganggap sepi atau tidak penting; alat ~ dengar alat utk mengajar melalui pelihatan dan pendengaran (mis pita rakam­an, televisyen, dll); ~ tilik pendapat (fikiran); ~ tinggi menganggap mulia (berharga dll); ~ anak, ~ menantu prb memilih menantu biar sepadan dgn anak; ~ jauh dilayangkan, ~ dekat ditukikkan prb Mn memeriksa sesuatu dgn cermat (teliti); berpandangan, berpandang-pandangan saling melihat, berlihat-lihatan, berhadapan muka: maka ~lah segala rakyat bala tentera; mereka semua berpandang-pandangan sejurus; ~ dgn berhadapan dgn; ~ mata bertemu mata; ~ muka berhadapan atau bertemu muka; memandang 1. menggunakan mata utk me­ngetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempeduli­kan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan per­hatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) mengang­gap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, me­mikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai; pandang-memandang 1. berpandang-pan­dangan, saling memandang: masing-masing ~; mereka ~ ; 2. saling menghormati (meng­hargai dll), hormat-menghormati, segan­-menyegani, dll: hidup berjiran begini, kita harus ~; memandangi memandang dgn teliti, meli­hati, mengamati: isterinya tegak juga di situ ~nya bekerja; terpandang 1. dapat dipandang, terlihat, ke­lihatan: ~lah si anak itu telah terjeringing; tidak ~ a) tidak terlihat (kelihatan); b) tidak dapat dipandang sahaja begitu, tidak dapat dibiarkan begitu; 2. tidak sengaja atau tiba-­tiba memandang (kpd, pd): serta ia ~ muka Tuan Raffles; 3. terkemuka, terbilang, dise­gani, dihormati: ia hendak menjodohkan anaknya dgn orang yg ~; terpandang-pandang seakan-akan tampak, teringat: dlm seminggu selepas perpisahan itu, ~ saya akan rupanya; terpandangkan terpandang akan: apabila ~ Milah yg sedang muncung, dia cepat-cepat mengalih mukanya; memandangkan memikirkan, (apabila) mempertimbangkan atau memperhitungkan: ~ pengalaman puan selama ini, saya dgn sukacitanya melantik puan sbg ahli jawatankuasa Kongres Cendekiawan Melayu III; pandangan 1. hasil perbuatan memandang: ia memusatkan ~nya pd gadis itu; mencuri ~ memandang dgn tidak diketahui orang; 2. apa yg terlihat (tergambar) di mata, hasil perbuatan memandang: dgn mendekatkan mata pd kanta itu, kita nampak satu ~ yg luas; wang hantaran ini dikeluarkan sahaja buat ~ orang ramai; 3. a) yg menjadi per­hatian: anak muda itulah yg menjadi ~nya; b) ki yg dihormati (dicita-citakan dll): dialah ~ orang di kampung itu; 4. anggapan, pen­dapat, tanggapan, fikiran: ~nya terhadap Aini tidak berubah; ~ hidup pendapat tentang hidup, falsafah hidup; ~ politik pendapat ter­hadap politik, falsafah politik; berpandangan mempunyai pandangan (ba­hawa), berpendapat: ia ~ bahawa nilai karya sastera harus dilihat drpd aspek etika dan agama; mereka juga ~ sama tentang perkara ini; ~ jauh mempunyai hematan dan keboleh­an menjangka (keperluan, masalah, perkem­bangan, dsb) yg akan datang atau timbul: kita memerlukan rancangan yg rapi dan jangka waktu yg agak panjang, di samping pemimpin-pemimpin negara yg berkaliber, matang, berani dan ~ jauh; pemandangan 1. keupayaan (kemampuan) mata utk memandang, pelihatan: ~nya sudah kabur; 2. sl pemerhatian: pd ~ patik, ada juga sesuatu kedukaan tuanku, katakan kpd patik, mudah-mudahan dapat patik membicarakan dia; 3. keadaan (alam dll) yg indah dipandang: bukan buatan indah ~ dewasa itu; lukisan ~ lukisan bkn alam; 4. hasil me­mandang, pandangan: ~ dr depan berbeza dr belakang; 5. pendapat, pandangan, pengetahuan: memberikan ~nya tentang ciptaan itu; jauh perjalanan, luas ~ jauh perjalanan, luas pengetahuan; ~ umum pemandangan mengenai seluruh soal atau hal; 6. ulasan, komentar: ~ politik hari ini; sepandangan sejauh yg dapat dipandang; pemandang 1. orang yg memandang; 2. sl pandangan, pelihatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : penglihatan terhadap sesuatu: melayangkan ~ melihat jauh-jauh; selayang ~ penglihatan sepintas lalu. berpandang-pandangan saling melihat; sama-sama melihat antara satu dgn yg lain: Orang besar-besar itu pula ~ antara satu dgn yg lain. memandang 1 menggunakan mata utk mengetahui; melihat: Perempuan tua itu ~ muka Abdullah dgn mata yg tidak berkelip-kelip. 2 menyetujui menerima sbg; menganggap: Saya ~nya sbg adik saya sendiri. 3 mengambil berat atau mengambil kira ttg; mempedulikan; memikirkan: Keadilan tidak ~ pangkat atau harta. ~ berat menganggap penting. ~ enteng (mudah, ringan) menganggap enteng (mudah, ringan). ~ rendah tidak menghormati; menganggap rendah. ~ serong menganggap tidak baik atau tidak jujur; tidak mempercayai. ~ tinggi menaruh rasa hormat (terhadap seseorang). memandangkan membuat pertimbangan berdasarkan sesuatu: ~ kemahiran dan pengalamannya yg luas, beliau dilantik sbg pengurus. terpandang 1 dpt dilihat; kelihatan; tampak: Tiba-tiba ~ olehku ular sawa melulur kambing. 2 tidak sengaja atau tiba-tiba saja memandang: Apabila keluar dr biliknya, ia ~ akan seorang gadis yg cantik. pandangan 1 apa-apa yg dipandang; sesuatu yg dipandang. 2 hal memandang; renungan: Ia memusatkan ~nya pd pengemis itu. 3 apa-apa yg difikirkan ttg sesuatu; anggapan: ~nya terhadap masalah pendatang haram masih tetap tidak berubah. ~ darat pandangan yg jelas mengenai sesuatu kawasan. berpandangan mempunyai anggapan atau pendapat (ttg sesuatu); berpendapat: Beliau ~ bahawa segala usaha akan ada hasilnya. pemandangan 1 kebolehan memandang; kekuatan mata utk memandang: ~nya sudah kabur. 2 keadaan alam sekeliling yg dpt dipandang: Di Malaysia, terdapat banyak ~ yg cantik dan menarik. 3 perbuatan (cara, hal dsb) memandang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Hujan di hulu hujan di hilir,
     Hujan turun rintik-rintik;
Pandang dagu pandang leher,
     Pandang kening bertambah cantik.


Lihat selanjutnya...(45)
Peribahasa

Tengok jenguk pandang-pandang,
     jangan sampai landak ditendang!

Bermaksud :

Jangan mudah menghina atau merendahkan orang kecil kerana ada waktunya ia akan melawan atau melebihi kita.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
audio-visualn pandang dengar: ~ aid, alat pandang dengar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glimpsen 1. momentary, incomplete view, sepintas lalu, sekali imbas, /selayang, sekilas/ pandang: as they were so far away, they only had a brief ~ of the film star, oleh sebab mereka berdiri terlalu jauh, mereka hanya nampak bintang filem itu sekali imbas; /catch, get/ a ~ of /so. st /, nampak /sso, sst/ /sepintas lalu, sekali imbas, selayang pandang, sekilas pandang/: he caught a ~ of Normah as she passed by, dia nampak Normah selayang pandang semasa dia lalu; to get a ~ of the sea, nampak laut sepintas lalu; 2. flash, bayangan sekilas: the old diary gave them a ~ of the past, buku harian tua itu memberikan bayangan sekilas ttg masa lampau;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glancen brief look, memandang /sekilas, sepintas lalu, sekali lalu, sekali imbas/: a ~ at the newspaper, memandang surat khabar sepintas lalu; at a ~, sekali pandang: June could see at a ~ that he was extremely worried, sekali pandang June tahu dia sangat risau; at first ~, pertama kali pandang: it looks easy at first ~, pertama kali pandang perkara itu nampak mudah; /cast, have, take/ a ~, memandang /sekilas, sepintas lalu, sekali lalu, sekali imbas/: she cast a quick ~ at her face in the mirror, dia memandang mukanya sekali lalu dlm cermin; exchange~s, saling /berpandangan, pandang-memandang/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eyeonly have ~s for so., cuma pandang sso sahaja: I was trying to get her to dance with me but she only had ~s for Hamdan, saya mencuba mengajak dia menari dgn saya, tetapi dia cuma pandang Hamdan sahaja; see ~ to ~, bersependapat: she and I usually see ~ to ~, saya dan dia selalunya bersependapat; turn a blind ~ to, menutup mata; up to /the, o’s/ ~s in, terlalu sibuk: we’re up to our ~s in work, kami terlalu sibuk membuat kerja; with an ~ to, dgn harapan: everything he does is done with an ~ to getting some reward, segala yg dilakukannya dibuat dgn harapan utk mendapat ganjaran;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
firstat ~ sight the village appeared quite normal, sekali pandang, kampung itu kelihatan spt biasa; b. at first meeting, pd pandangan pertama: I disliked him at ~ sight, saya membencinya pd pandangan pertama; they fell in love at ~ sight, mereka jatuh cinta pd pandangan pertama; love at ~ sight, cinta pandang pertama; come ~, a. also come in ~, win the race, mendapat tempat pertama; (colloq) mendapat nombor satu: the Australian yacht came in ~, kapal layar Australia mendapat tempat pertama; b. receive priority, didahulukan, diutamakan: with him money always comes ~, bagi dia, wang selalu diutamakan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eye~s /front, left, right/, (as interj) pandang /hadapan, kiri, kanan/; be all ~s, (colloq), /memandang, melihat/ dgn penuh minat: the children were all ~s when the clown appeared, kanak-kanak memandang dgn penuh minat apabila pelawak itu muncul; an ~ for an ~, hutang darah dibayar darah; /before, in front of, under/ so’s ~s, di hadapan mata sso: her husband was hacked to death before her very ~s, suaminya ditetak hingga mati betul-betul di hadapan matanya; cannot take o’s ~s off, tdk dapat /mengalihkan, melepaskan/ pandangan sso dr: he just couldn’t take his ~s off the brunette, dia tdk dapat mengalihkan pandanganya dr wanita yg berambut perang itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
darkdo not look at the ~ side of things, jangan pandang kpd yg buruk-buruk; keep st ~,merahsiakan sst: he kept his plans ~, dia merahsiakan rancangan-rancangannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fleetingadj a. lasting only a short time, sekejap; (of glimpse, glance) sepintas lalu, sekilas (lalu), /sekilas, selayang /pandang, sejenak, seketika: he paid them a visit, dia melawat mereka sekejap sahaja; she gave the passport no more than a ~ glance, dia hanya memandang pasport itu sejenak; a ~ romance, percintaan kilat; for a ~ moment, buat seketika: for a ~ moment I thought he was going to hit me, buat seketika saya fikir dia hendak menumbuk saya; b. ephemeral, sekejap, sebentar: the ~ beauty of autumn, kecantikan musim gugur yg sekejap sahaja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
covertadj (fml) concealed, terselindung: ~ jealousy, rasa cemburu yg terselidung; the ~ threat in his words, ancaman yg terselindung di sebalik kata-katanya; ~ glance, mencuri pandang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
each~ and every, tiap-tiap, setiap (+ classifier): ~ and every pupil, tiap-tiap murid; ~ and every house, tiap-tiap rumah; ~way, to the left and right, ke kiri (dan ke) kanan: look ~ way, pandang ke kiri kanan; on ~ side, (di) sebelah-menyebelah, di kiri kanan, di sebelah kiri dan kanan: the houses on ~ side, rumah di sebelah-menyebelah; on ~ side of, di kedua-dua belah, di kiri kanan: on ~ side of the road, di kedua-dua belah jalan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas