Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pang.kal] | ڤڠکل

Definisi : 1. bahagian permulaan (pokok, tongkat, dll), lwn hujung: buah kelapa keluar bertandan-tandan di ~ pelepahnya; Haji Maun menggigit-gigit ~ cerut; 2. permulaan, awal: pergerakan kebangsaan itu telah bermula pd ~ abad kedua puluh; 3. asal, mula, sebab: Ramli menjadi ~ sebab drpd perbuatan-perbuatan wanita itu; hujung ~ sebab-musababnya (permulaan dan keputusannya dll); 4. modal; wang ~ a) wang modal; b) yuran masuk menjadi ahli (persatuan dll); ~ bahu bahagian bahu dekat leher; ~ bedil tangkai atau gagang bedil; ~ cerita pokok (dasar) cerita; ~ hidung bahagian sebelah atas batang hidung di antara mata; ~ jalan a) permulaan jalan; b) ki keadaan (kelakuan dll) yg mula-mula; ~ kata a) kata pokok, kata dasar; b) permulaan percakapan; ~ kaki bahagian di atas kaki (kuda); ~ leher leher di sebelah bawah; ~ lengan lengan sebelah atas di bawah bahu; ~ mata bahagian mata ber­hampiran hidung; ~ nama Id nama benar (bukan nama keluarga dll); ~ paha paha se­belah atas; ~ pedang hulu (tangkai) pedang; ~ pokok = pokok ~ sesuatu yg menjadi sebab (pokok, punca) percakapan (perbuatan dll); ~ rumah bahagian rumah di sebelah atas tangga; ~ tangan bahagian tangan di bawah siku; ~ telinga bahagian di antara telinga dan kepala; si ~ = si ~ helat Mn tuan rumah (pene­rima tetamu); berpangkal bermula, berasal, berpunca: sering terjadi ketegangan di rumah itu ~ drpd adanya perbezaan pendirian antara keluarga; tidak berhujung, tidak ~ tidak tentu atau tidak keruan sebab-musababnya (permulaan dan kesudahannya dll); berpangkalkan mempunyai atau mengguna­kan sesuatu sebagai pangkal: nama sesuatu yg khusus yg ejaannya ~ huruf besar; memangkal, mangkal Jk berhenti di se­suatu tempat yg tertentu (teksi dll); memangkalkan 1. menyimpan perahu dll di darat; 2. menempatkan tentera (kapal ter­bang dll) di pangkalan; 3. mengumpulkan (menaruh) barang-barang di suatu tempat (utk diangkat dll); terpangkal pokoknya, modalnya; menjual ~ menjual dgn tidak ada laba; pangkalan 1. tempat perahu dll berhenti (berlabuh); 2. tempat barang-barang dagangan dll dikumpul (utk diangkut dll); 3. pelabuhan (lapangan terbang dll) yg menjadi tempat utk mengadakan latihan, melancarkan serangan dsb: dua ribu kapal terbang menyerbu ~ roket ini dan meranapkan landasannya; ~ ar-mada pangkalan kapal-kapal perang; 4. Jk tempat tertentu utk berkedai, perhentian teksi, dsb; ~ data simpanan sejumlah besar data dlm bentuk yg dapat dikendalikan oleh komputer; ~ tentera udara (laut) pangkalan tempat operasi tentera udara (laut); si ~ Mn tuan rumah (penerima tetamu); sepangkalan Mn tuan rumah (pd sesuatu jamuan dll); berpangkalan mempunyai pangkalan (di): penempatan tentera Amerika Syarikat yg ~ di Teluk Subic telah pun berakhir pd 24 November 1992. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pang.kal] | ڤڠکل

Definisi : 1 bahagian yg mula-mula drpd sesuatu; bahagian yg terdekat dgn badan dll; lw hujung: ~ batang; ~ lengan; ~ paha. 2 bahagian permulaan drpd sesuatu peristiwa dll; awal: Peperiksaan di universiti diadakan pd tiap-tiap ~ tahun. 3 apa-apa yg dianggap sbg pokok atau sbg dasar sesuatu; punca atau sebab berlakunya sesuatu: Apakah yg menjadi ~ kemiskinan rakyat di luar bandar? pangkalan 1 tempat kapal berlabuh; tempat menambat perahu di tepi sungai. 2 tempat mengumpulkan barang dagangan. 3 tempat (spt lapangan terbang) yg dijadikan pusat utk melancarkan serangan. ~ data ist himpunan data yg disimpan dlm jumlah yg besar di dlm komputer, yg dpt dicapai dan digunakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pangkal (kata nama)
1. Dalam konteks bahagian permulaan
bersinonim dengan perdu, umbi hulu, tangkai, gagang, popor,
Berantonim dengan hujung

2. Bersinonim dengan mula: punca, sebab, penyebab, fasal, asal, usul, sumber, perdu,

Kata Terbitan : berpangkal, pangkalan, berpangkalan,

Puisi
 

Taruh baja di pangkal pokok,
     Semai bayam dengan bijinya;
Riuh rendah ayam berkokok,
     Sehari sebiji nampak telurnya.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Hemat pangkal kaya,
     sia-sia hutang tambah.

Bermaksud :

Hemat dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir mendatangkan kesukaran.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
butt1n 1. end, a. (of spear, whip, arrow) pangkal, tenu; b. (of gun, rifle) buntut; c. (of fishing rod) pangkal; 2. the base of a tree trunk, perdu, pangkal; 3. stub (of cigarette) puntung; 4. (sl) the buttocks, punggung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
brain-stemn /batang, pangkal/ otak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
down14. all along, di sepanjang; (from top to bottom of st) dr hujung ke pangkal; (from front to back) dr depan ke belakang: sailing ~ the coast, belayar di sepanjang pantai; her gaze travelled slowly ~ the line, pandangannya beralih dr depan ke belakang dgn perlahan-lahan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
firm13. compact, padat: the soil around the base of the tree should be ~, tanah di keliling pangkal pokok itu seharusnya padat; 4. strong, forceful, erat: I kept a ~ hold of my daughter’s hand as we crossed the busy street, saya memegang tangan anak saya erat-erat semasa kami melintasi jalan yg sibuk itu; she felt safe in his ~ embrace, dia berasa selamat dlm pelukannya yg erat; 5. not changing, definite, (of decision, offer) muktamad, tegas; (of appointment etc) muktamad, tetap; (of opinion, belief, etc) tegas, kukuh, teguh; (of news, data, etc) kukuh: we received a polite but ~ refusal, kami menerima penolakan yg sopan tetapi tegas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
firm1vt 1. make compact, memadatkan: he ~ed the soil around the roots, dia memadatkan tanah di keliling pangkal pokok; 2. also ~ up, make firmer, a. (agreement, contract, etc) mengukuhkan; b. (muscles) memejalkan: an exercise that will ~ the stomach muscles, senaman yg akan memejalkan otot perut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
base1Scott’s ~ during his expedition, pangkalan Scott semasa ekspedisinya; ~ camp, kem induk; b. (for commercial purposes etc) pusat /operasi, kegiatan/: he made Singapore the ~ for his marketing activities, dijadikannya Singapura pusat operasi pemasarannya; 6. fundamental ingredient, bahan /dasar, asas/: oil is often used as a ~ for paint, minyak kerap digunakan sbg bahan asas cat; 7. (of bodily part, organ) pangkal: the ~ of the thumb, pangkal ibu jari; the ~ of the tongue, pangkal lidah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
incisedadj 1. cut into, engraved, ditoreh; (med) dibuat insisi; 2. made by engraving, tergores: the ~ initials on the tree trunk, pangkal nama yg tergores pd batang pokok.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heel 1 n 1. (of foot, shoe, stocking, sock) tumit: the ~ of my shoe is worn down, tumit kasut saya sudah haus; high ~s, tumit tinggi; 2. (of hand) pangkal tapak tangan; 3. (sl) contemptible person, keparat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
backwards, backwardadv 1. towards the rear, ke belakang: to look ~, memandang ke belakang; 2. with the back foremost, mengundur: he walked ~ out of the room, dia berjalan mengundur keluar dr bilik itu; 3. in reverse, terbalik: children sometimes write letters ~, kanak-kanak kadang-kadang menulis huruf terbalik; 4. from end to beginning, dr hujung ke pangkal: to recite the alphabet ~, menyebut abjad dr hujung ke pangkal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
backn 1. (of person, animal) belakang; 2. (of thing) a. (gen) belakang: the ~ of a house, belakang rumah; the ~ of a knife, belakang pisau; with the ~ of the hand, dgn belakang tangan; b. (of seat) sandaran: the ~ of a chair, sandaran kerusi; c. (of tongue) pangkal; 3. (games) pemain barisan belakang, bek: left ~, bek kiri; half-~, hafbek, pemain barisan tengah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas