Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. lwn pendek: tali itu ~; penselnya masih ~ lagi; 2. lwn lebar, bujur: mukanya ~; 3. tinggi: badannya ~ lampai; 4. berlarut-­larut, luas: cerita yg ~; berfikir ~; 5. lama: ~ umurnya; 6. jarak dr hujung ke hujung (di antara dua tempat), lwn lebar: ~ sebuah bilik tiga meter lebih drpd lebarnya; 7. jarak masa, lama: ~ waktu siang di khatulistiwa sentiasa selama 12 jam; ~ akal (ingatan, kira-kira) tidak sempit (pen­dek) akal, boleh berfikir baik-baik; ~ bulat panjang dan bulat (spt buluh), bulat torak; ~ ekor berani berbuat jahat (melanggar peraturan); ~ gelombang (Fiz) jarak di antara dua puncak gelombang yg bersebelahan; ~ ikatan (Kim) jarak di antara dua nukleus atom yg terikat bersama dlm satu sebatian; ~ lampai kecil tinggi (badan); ~ lanjut (lebar) dgn butir dan keterangan yg banyak; ~ lidah (mulut, muncung) suka mengadu atau menyampai­-nyampaikan cakap orang, suka menceritakan hal orang; ~ nafas tidak pendek nafas, boleh berlari jauh; ~ pendek panjang atau pendek; ~ tangan suka mencuri; ~ tangkai Mn hujan; ~ umur (usia) lama hidup; ~ langkah singkat pinta (permintaan) prb sudah sampai ajal, meninggal dunia; ditindih yg berat dililit yg ~ prb kemalangan yg tidak dapat dielakkan; hendak ~ terlalu parah prb hendak meninggikan diri sangat, akhirnya jatuh; kalau ~ beri beruas, kalau pendek beri berbuku prb sebelum berbuat sesuatu tentukan aturan-aturannya supaya tidak kacau; mendapat ~ hidung prb mendapat malu; sama ~ dgn urat perut (belikat) prb terlalu bohong; sudah ~ langkahnya prb sudah meninggal; sepanjang 1. sejauh, mengikut panjang: matanya menyelusur ke ~ tembok itu; ia pun menyuruh membuat kubu ~ sungai itu; 2. segenap waktu, selama, seluruh: ~ perjalanan itu mereka terus berbual-bual; ia memandang muka kawannya yg ~ masa tunduk sahaja; ~ tahun selama setahun penuh; 3. mengikut, pada: ~ pengetahuan saya, penyakit ini tiada namanya dlm bahasa Melayu; ~ yg ketahui oleh mereka; berpanjang; ~ kalam menceritakan dgn lanjut (panjang lebar); ~ madah bercakap banyak-banyak; berpanjang-panjang bercakap dgn panjang lebar: janganlah saudara ~ kerana kita sudah tidak ada masa lagi; berpanjangan, berpanjang-panjangan ber­lanjut-lanjut, berlanjutan, tidak berkeputusan, berterus-terusan: inginkah saudara soal ini diusut berpanjang-panjangan; kemesraan yg ~; memanjang 1. menjadi panjang (lanjut): spring itu ~; tepuk tangan yg ~; 2. mengikut panjang, membujur: potong sekeping kain ikut tepi atau ~; 3. terletak dll mengikut panjang, tidak melintang: di ampaian di tepi beranda yg ~ bangunan itu bergantungan pakaian kerja; memanjangkan 1. menjadikan panjang, melanjutkan, meneruskan: dan Tuk Hassan Temenggung yg pertama melabuhkan baju Melayu, dan membesarkan pangkal lengan, dan ~ tangan baju; aku bersyukur kpd Tuhan yg telah ~ umurku; keadaan ini akan menyebabkan pemulihan ekonomi tidak dapat dikekalkan serta ~ kemelesetan yg sedang berlaku; 2. menyampaikan: segala keputusan yg dibuat akan dipanjangkan kpd kerajaan; memperpanjang menjadikan lebih panjang: jalan-jalan raya akan dibina, diperpanjang, dan diperlebar dlm kawasan-kawasan yg berpenduduk padat; panjangan lanjutan; kepanjangan 1. perihal panjang (lama dll), kelanjutan: kata pengantar yg ditulisnya itu memang panjang, satu ~ yg disengajakan; 2. terlalu panjang: nampak seolah-olah kaki dan lengannya ~; berkepanjangan berpanjang-panjangan, ber­panjangan: abang memohon doa yg ~ drpd engkau; zaman yg ~; pemanjangan perihal atau perbuatan me­manjang(kan): Hukum Hooke menyatakan bahawa ~ dawai atau spring itu adalah berkadar dgn beban pd dawai-dawai atau spring itu; pemanjang sesuatu yg memanjangkan: huruf ~ bunyi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Pr panggilan kpd anak lelaki ke­empat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 banyak ukurannya dr hujung ke pangkal; jauh jaraknya; tidak pendek: Sungai mana yg paling ~ di Malaysia? 2 banyak masanya atau tempohnya; tidak sekejap; lama: Kalau umur ~, kita akan berjumpa lagi. 3 jarak atau ukuran dr hujung ke pangkal; jauh di antara dua sempadan: Berapa kilometerkah ~nya Sungai Pahang? ~ akal (fikir) dpt berfikir dgn baik. ~ bulat panjang serta bulat bentuknya spt bentuk buluh. ~ ekor berani berbuat sesuatu kejahatan atau melanggar peraturan. ~ lampai bentuk badan yg kecil tinggi. ~ tangan suka mencuri. ~ umur lama hidupnya. berpanjang-panjang bercakap dgn panjang lebar: Dlm hal ini, tak usahlah saudara ~ kerana kami semua sudah maklum. berpanjangan berlaku terus-menerus; tidak ada sudahnya; berterusan: Pergaduhan antara dua kumpulan orang Cina itu berlaku ~. memanjang 1 menjadi panjang: Apabila kamu sudah dewasa, rambut dan kuku kamu akan terus tumbuh ~. 2 terletak mengikut panjang sesuatu; tidak melintang: Banjaran Gunung Titiwangsa ~ dr utara Perak-Kelantan sampai ke selatan Negeri Sembilan. memanjangkan menjadikan panjang; menambahkan supaya panjang: Angsa itu ~ lehernya lalu mengejar Amir. memperpanjang menjadikan lebih panjang. sepanjang 1 tempat mengikut panjang sesuatu benda; sejauh: Raja Haji memerintah rakyatnya membuat kubu di ~ pantai. 2 dr awal hingga ke akhir; tidak terputus masanya; segenap: Sesiapa yg berbuat jasa, mulia namanya ~ masa. 3 menurut apa-apa yg ada pd; berdasar pd: ~ pengetahuanku, mereka tidak pernah datang ke sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,

Puisi
 

Kencang-kencang angin timur,
     Belayar tanah seberang;
Panjang-panjang engkau umur,
     Akan pembalas budi Si Dayang.


Lihat selanjutnya...(102)
Peribahasa

Sepanjang-panjang tali,
     tidak sepanjang mulut manusia.

Bermaksud :

Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut).

 

Lihat selanjutnya...(46)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
elongateadj long and narrow, panjang tirus: ~ leaves, daun-daun yg panjang tirus;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deepa ~ sigh, keluhan yg panjang; to take a ~ breath, menarik nafas panjang; 8. not superficial, profound, a. (of interest, learning, etc) mendalam: a ~ knowledge of science, pengetahuan yg mendalam ttg sains; to listen with ~ interest, mendengar dgn minat yg mendalam; b. (of thinker, reader, etc) khusyuk; 9. heartfelt, mendalam: ~ sorrow, kesedihan yg mendalam; ~ affection, kasih sayang yg mendalam; 10. cunning, licik: he’s a ~ one, dia itu licik; 11. (of colour) tua: ~ red, merah tua; 12. (of sleep) lena, nyenyak, lenyak: he fell into a ~ sleep, dia tidur lena; 13. difficult to understand, sungguh membingungkan: a ~ mystery, misteri yg sungguh membingungkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lankadj (of hair) panjang dan lurus: the hippy’s ~ hair, rambut hipi yg panjang dan lurus.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
labourvt deal with too exhaustively, bercakap dgn panjang lebar ttg: there’s no need to ~ the issue, tdk perlu bercakap dgn panjang lebar ttg persoalan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
growtinggi sejak saya melihatnya dahulu; c. (in length), (tumbuh) panjang: let your hair ~, biarlah rambut kamu panjang; 4. develop, become bigger, more powerful, etc, berkembang: the business continues to ~ under his management, perniagaan itu terus berkembang di bawah pengurusannya; Japan ~s by leaps and bounds, negara Jepun berkembang dgn begitu pesat; 5. increase in amount, degree, etc, bertambah (+ approp adj): the population of Jakarta is ~ing rapidly, bilangan penduduk Jakarta bertambah dgn pesatnya; my suspicion grew when I saw them together, syak wasangka saya bertambah mendalam apabila saya ternampak mereka bersama; 6. develop in wisdom, experience, etc, menjadi lebih matang: experiences that will help a person ~, pengalaman yg akan membantu seseorang menjadi lebih matang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hold 1 ~ forth, bercakap dgn panjang lebar: one of the guests was ~ing forth on the subject, salah seorang tetamu telah bercakap dgn panjang lebar ttg perkara itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
expatiatevi (fml) /bercakap, menulis/ dgn panjang lebar: at the slightest opportunity she would ~ on the virtues of female independence, apabila ada sahaja peluang dia akan bercakap dgn panjang lebar ttg kebaikan kebebasan wanita.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
descantvi; ~ /on, upon /, comment, enlarge upon, bercakap dgn panjang lebar ttg: she ~ed upon the beauty of the scenery, dia bercakap dgn panjang lebar ttg keindahan pemandangan di situ.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
-earedadj [approp adj] telinganya, bertelinga [approp adj]: a long ~ dog, anjing yg panjang telinganya or anjing yg bertelinga panjang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
-armedadj bertangan, [approp adj] + tangannya; (preceded by numeral) bertangan: a long ~ creature, makhluk yg bertangan panjang or makhluk yg panjang tangannya; a one ~ man, seorang lelaki yg bertangan satu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910

Kembali ke atas