Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.gang] | ڤݢڠ

Definisi : bp = berpegang, memegang; berpegang = ~ pd 1. memaut sesuatu dgn tangan, berpaut (pd), berkuat (pd): ia ternampak seorang budak hanyut yg ~ pd sekeping papan; Zaini terhuyung-hayang mencari tempat utk ~; ~ tangan a) berganding tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; 2. berpedo­man atau berpandu kuat (pd): mereka ~ kukuh pd adat dan agama; ~ pd yg benar; ~ pd prinsip-prinsip tertentu; berpegangan 1. saling berpegang: kami ~ melintas jalan itu; 2. berpegang pd, berpe­doman pd, menggunakan pegangan; memegang 1. memaut (menggenggam, men­capai) dgn tangan, menangkap (pencuri dll): ia terperanjat apabila orang ~ bahunya; tangan kanannya ~ beg; ~ pencuri menang­kap pencuri; 2. memakai (menggunakan) senjata dll: seluruh pasukan itu ~ senapang; orang yg tidak ~ kad pengenalan orang yg tidak mempunyai atau tidak membawa kad pengenalan; 3. menguasai, mengelolakan, mengurus (perusahaan, kedai, dll), menjabat atau menjawat (jawatan, pangkat, dll): penghulu-penghulu yg ~ bala tentera; segala yg ~ hasil negeri; maka pd masa itu Inggeris ~ perintah dlm Melaka; dia bertukar ke Ipoh kerana ~ jawatan baharu di sana; 4. melak­sanakan (perintah, aturan, dll), mematuhi: ia ~ segala peraturan; 5. berpegang teguh pd (janji dll), menerima (sbg sesuatu yg boleh dipercayai, diakui benar, diharapkan, dll): mereka tetap ~ adat; cakapnya tak boleh dipegang tidak boleh dipercayai; 6. mema­suki tubuh manusia (bkn hantu dll), merasuk: saya ini dah dipegang syaitan; ~ amanah menjalankan amanah; ~ buku mengurus buku kira-kira (dlm perniagaan); ~ cempurit a) memegang pimpinan; b) memim­pin sesuatu gerakan (dgn rahsia); ~ kemudi a) memandu (kereta dll); b) memimpin (per­satuan dll); ~ peranan menjalankan peranan; ~ wang (duit) a) menggenggam wang; b) mengurus hal-hal kewangan (perniagaan dll); c) mempunyai wang; bagai ~ buah kepantangan beruk, ditelan mati emak, diludahkan mati bapak prb dlm keadaan serba salah; memegangkan memegang utk: pegangkan budak itu bajunya; pegangan 1. sesuatu yg dipegang: kerana terburu-buru habis bertaburan ~nya; 2. baha­gian sesuatu benda tempat dipegang (tangkai, hulu, dll); 3. pekerjaan (daerah dll) yg di­pegang: dan Tun Talanai anak Bendahara Paduka, ~nya Suir; 4. sesuatu yg dijadikan dasar utk menentukan sesuatu, pedoman, pendirian: ada beberapa perkara yg harus diingat dan dijadikan ~; buku ~ buku pe­doman; hilang ~ hilang kepercayaan; 5. per­buatan memegang: dicubanya melepaskan diri drpd ~ orang itu; perpegangan pegangan; pemegangan perbuatan memegang; pemegang 1. alat utk memegang sesuatu: ~ kanta; 2. bahagian alat tempat dipegang (tangkai, gagang, dll), pegangan; 3. orang yg memegang atau mempunyai hak atas sesuatu: ~ saham; ~ amanah orang yg menjalankan amanah; ~ andil (saham) orang yg memegang saham, persero; ~ buku orang yg mengurus buku kira­-kira; ~ polisi orang (badan, syarikat, institusi dsb) yg mempunyai polisi insurans; ~ rekod orang yg berjaya memperoleh pencapaian terbaik, tertinggi dsb dlm sukan atau kegiatan lain; ~ saham orang atau badan yg memiliki saham dlm sesebuah syarikat; ~ serah hak (Udg) orang yg dipindahkan harta atau hak kepadanya mengikut undang-undang; ~ wang orang yg menjaga hal kewangan (perniagaan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.gang] | ڤݢڠ

Definisi : ; berpegang 1 membuat tangan memaut sesuatu; berpaut: Sambil berjalan, ia ~ pd tangan ibunya. 2 tetap mengambil sesuatu sbg pedoman atau petunjuk: Mereka kuat ~ pd agama dan adat. memegang 1 menggenggam atau memaut dgn tangan; menjadikan tangan menggenggam sesuatu: Sambil bersalam, tangan kirinya ~ bahuku. 2 mengurus atau memimpin sesuatu perusahaan dll; menjabat atau memangku sesuatu pekerjaan: Beliau telah ~ jawatan pengurus di firma itu selama dua tahun. 3 tetap berpegang teguh pd sesuatu sbg pedoman: Mereka masih ~ adat yg lama-lama. ~ amanah menunaikan sesuatu amanah. ~ buku mengurus buku akaun dlm soal kewangan. ~ janji berpegang teguh pd segala janji yg telah dibuat. ~ peranan menjalankan peranan atau tanggungjawab. pegangan 1 tempat berpegang: Kalau tongkatnya hilang, tentulah orang buta itu meraba-raba mencari ~. 2 sesuatu yg dijadikan dasar (prinsip); pedoman. pemegang 1 alat utk memegang sesuatu. 2 bahagian drpd sesuatu benda utk dipegang. 3 orang yg memegang sesuatu jawatan atau yg mengendalikan sesuatu urusan: ~ buku orang yg mengurus buku akaun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pegang
Kata Terbitan : berpegang, berpegang pada, berpegangan, memegang, pegangan, pemegang,

Puisi
 

Buah pinang dipegang-pegang,
     Bawa mari kampung Cik Daud;
Bila ingat diriku dagang,
     Air mata jatuh ke lutut.


Lihat selanjutnya...(12)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
latchkey childn budak yg pegang kunci rumah (sendiri).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aslantadv [various translations ] : the rain fell ~, hujan turun menyerong; you must hold the blade ~, kamu mesti pegang pisau itu menyendeng; he wore his bow-tie ~, tali leher yg dipakainya itu senget;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
endn 1. extremity of road, line, etc, farthest point, hujung: he sat at the ~ of the table, dia duduk di hujung meja itu; you hold the other ~ of the string, kamu pegang hujung tali yg satu lagi itu; they live in the ~ house, mereka tinggal di rumah hujung; 2. extreme extent, limit, degree, takat: I am at the ~ of my patience, saya telah sampai ke takat kesabaran saya; 3. conclusion, completion, tamat, akhir; (of day, year) akhir: the ~ of the war, akhir peperangan; the ~ of a story, akhir cerita; they’re getting married at the ~ of the year, mereka akan berkahwin pd akhir tahun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
getcause so. to escape punishment, dapat melepaskan sso (drpd hukuman): his lawyer got him off with a three-day sentence, peguamnya berjaya melepaskannya dan dia hanya dikenakan hukuman penjara selama tiga hari; ~ st off, a. remove st, /menanggalkan, melucutkan, membuka/ sst: he got his boots off before going in, dia menanggalkan kasut butnya sebelum masuk; I can’t ~ this lid off, saya tdk dapat menanggalkan tutup ini; she had difficulty in ~ting the ring off her finger, sukar baginya utk melucutkan cincin itu dr jarinya; ~ o’s feet off st, menurunkan kaki sso dr sst: he was told to ~ his feet off the table, dia disuruh menurunkan kakinya dr meja itu; ~ so’s hand off (so.) jangan pegang (sso): ~ your hands off!, jangan pegang!; b. cause st to be posted or sent, /menghantar, mengirim/ sst: I must ~ these letters off to her right away, saya mesti menghantar surat-surat ini kepadanya sekarang juga; ~ st off by heart, menghafaz sst;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flamen 1. mass of burning gas, (nyala) api; (tech) nyala: the ~s rose twenty feet, api itu menjulang dua puluh kaki; a tongue of ~ licked at the paper, lidah api menjilat kertas itu; hold the test-tube in the centre of the ~, pegang tabung uji itu di tengah-tengah nyala; go up in ~s, terbakar; 2. intense passion, bernyala-nyala; (of anger, indignation, etc) bernyala-nyala, berapi-api: the ~s of anger seared his soul, kemarahan yg bernyala-nyala membakar jiwanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hold 1 vt 1. grasp, clasp, memegang; (indic reciprocal action) berpegangan: she held the child’s hand as they crossed the street, dia memegang tangan budak itu semasa menyeberang jalan; the boy held the cat’s tail, budak itu memegang ekor kucing; they held each other’s hands, mereka berpegangan tangan; 2. restrain, not let go, memegang: ~ him, he’s dangerous, pegang dia, dia berbahaya; 3. put (os, part of body) in certain position, [various translations]: he held himself erect, dia berdiri tegak; the puppy held its tail between its legs, anak anjing itu mengangkat ekornya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hold 1 n 1. grasp, pegangan: the cup slipped from his ~ and smashed on to the floor, cawan itu terlepas drpd pegangannya dan terhempas ke lantai; you must not relax your ~ even for a second, jangan lepaskan pegangan kamu walau sesaat pun; /catch, grab, seize, etc/ ~ of, menyambar: he caught ~ of the rope and hung on, dia menyambar tali itu dan bergantung padanya; /keep, have, take/ ~ of, memegang: keep ~ of his hand even if he struggles, pegang tangannya walaupun dia meronta;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
focusvi 1. adjust for clearer vision, memfokus: after the accident he fnd difficulty in ~ing, selepas kemalangan itu, dia mendapati sukar utk memfokus; if I’m sitting more than two metres away from the TV, my eyes cannot ~ on the subtitles, kalau saya duduk lebih dr dua meter dr TV, mata saya tdk boleh memfokus pd sari kata; 2. (rays of light) converge on, terfokus: hold the magnifying glass so that the rays of sunlight ~ on the straw, pegang kaca pembesar supaya sinar cahaya matahari terfokus pd jerami kering itu; 3. centre, tertumpu; (deliberately) ditumpukan: the discussion ~ed mainly on the immigrants’ problems, perbincangan tertumpu pd masalah imigran; during this course attention will ~ on the history of Malacca in the 15th century, semasa kursus ini, perhatian akan ditumpukan pd sejarah Melaka dlm kurun ke-15;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas