Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lu.ru] | ڤلورو

Definisi : bola-bola atau benda-benda tajam (drpd besi dll) yg ditembakkan dgn senjata api dll, anak bedil (meriam), pelor: ~ senapang; ~ baksut peluru utk menembak binatang besar dll; ~ berpandu = ~ terkendali peluru yg dapat dipandu dr jauh arahnya (utk mengenai sasa­ran); ~ hidup peluru drpd tembaga kuning campuran (bukan drpd getah atau plastik) yg boleh membunuh; ~ kapur peluru drpd plastik yg bukan utk membunuh, biasanya hanya utk tujuan latihan dsb; ~ penabur peluru ber­bentuk silinder yg mengandungi bebola logam yg kecil-kecil (kacang-kacang), yg ditembak­kan dgn senapang patah; ~ sesat peluru yg ditembakkan dr senapang, meriam dsb tidak mengenai sasarannya, tetapi tersasar ke tempat lain; kena (dimakan) ~ kena tembak, tertembak; umpan ~ = makanan ~ a) yg menjadi sasaran peluru musuh; b) askar upah­an; tak empang ~ di lalang = tiada terempang ~ oleh lalang prb orang yg lemah tidak dapat menegah kehendak orang yg berkuasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lu.ru] | ڤلورو

Definisi : 1 bola-bola atau benda-benda tajam yg ditembakkan dgn senjata api: ~ meriam. 2 sesuatu yg menyerupai atau yg berfungsi spt peluru 1. ~ hidup peluru yg boleh membunuh, dibuat drpd tembaga kuning campuran. ~ kapur peluru drpd plastik yg bukan utk membunuh, biasanya utk tujuan latihan dsb. ~ penabur peluru yg terdiri drpd bebola logam yg kecil-kecil, yg diisikan di dlm tabung berbentuk silinder (patrum) dan ditembakkan dgn senapang patah. ~ sesat peluru yg ditembakkan dr senapang, pistol dsb yg tidak mengenai sasaran tetapi tersasar ke tempat lain. berpeluru ada pelurunya. berpelurukan menggunakan sesuatu sbg peluru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peluru (kata nama)
Bersinonim dengan anak bedil, pelor, mimis, penabur, kacang-kacang, belinjo, gotri.,

Puisi
 

Kututuh mari sebatang pisang,
     Habis menimba selara padi;
Kutembak dengan peluru petunang,
     Naga tak kena ular tak mati.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Seperti peluru dua setuangan.

Bermaksud :

Dua orang yang serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pelanduk dua serupa, b. Salin [= sesalin] tak tumpah).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
ballistic missilen peluru berpandu balistik: intercontinental ~, peluru berpandu balistik antara benua.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bullet-proofadj /tdk lut, kalis/ peluru: a ~ car, kereta yg tdk lut peluru.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cannon-balln peluru meriam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
guided missilen /misil, peluru/ berpandu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cannon-foddern umpan peluru.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bulletn (missile, cartridge) peluru.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cartridge-beltn tali batung, selempang peluru.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bandoleer, bandoliern tali liung, selempang peluru.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
air-to-airadj udara ke udara: ~ guided missile, peluru berpandu udara ke udara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
instantaneousadj (dgn) serta-merta: the bullet penetrated his head and death was ~, peluru itu menembusi kepalanya dan dia mati dgn serta-merta; the injection had an ~ effect, suntikan itu mempunyai kesan yg serta-merta.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas