Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pén.dé/] | ڤينديق

Definisi : (péndék) 1. tidak panjang, tidak tinggi, pandak, rendah, ringkas: mereka memakai seluar kain kapas yg ~ dgn baju singlet; 2. tidak lama, singkat: dlm waktu yg ~; umur semakin ~, badan semakin uzur; ~ akal = ~ fikiran = ~ ingatan = ~ kira-kira sempit, tidak luas fikiran (ikhtiar, pengetahu­an, dll), picik; ~ kata (cakap) = ~ kaji = ~nya dgn ringkas, ringkasnya: ~nya segala hukum Islam telah lengkap dan sempurna pd masa baginda masih hidup; ~ nafas tidak tahan berlari jauh, mudah tercungap, sesak nafas; ~ permintaan pendek umur; memendek menjadi pendek: otot itu ~ dan menggemuk apabila digerakkan; memendekkan 1. menjadikan pendek, me­motong dll supaya pendek: Muda ~ langkahnya sambil menoleh ke belakang; sama ada masa penjara itu hendak dipanjangkan atau dipendekkan terserah kpd pertimbangan hakim; 2. mengikhtisarkan, menying­katkan, meringkaskan: guru melatih kanak-kanak ~ sebutan itu; dipendekkan cerita, jadilah keluargaku dan keluarga Pak Hamid jiran yg paling baik dan ikrab; kependekan 1. perihal pendek: pergerakan semua haiwan itu adalah hasil drpd ~ dan kegemukan gentian otot; 2. ringkasan (perkataan, kumpulan perkataan, dll), singkatan: PBB adalah ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; pemendekan perihal (perbuatan dsb) me­mendekkan atau menyingkatkan: ujaran spt ini menunjukkan ciri-ciri ~ spt yg berlaku pd pesanan telegram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pén.dé/] | ڤينديق

Definisi : /péndék/ 1 sedikit ukurannya dr hujung ke pangkal; tidak panjang; tidak tinggi; pandak; rendah: Bajunya berlengan ~. 2 tidak lama; singkat: dlm waktu yg ~. ~ akal (fikiran) tidak luas fikirannya; tidak berfikiran panjang. ~ kata (cakap, kaji), = ~nya dgn ringkasnya; ringkasnya. ~ nafas mudah berasa mengah; sesak nafas. ~ umur lekas mati. memendekkan membuat jadi pendek; menyingkatkan; meringkaskan: Dia ~ ceritanya. kependekan 1 keadaan pendek. 2 singkatan atau ringkasan drpd sesuatu perkataan atau kumpulan perkataan: AMN ialah ~ Ahli Mangku Negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pendek (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa,
Berantonim dengan lama

3. Bersinonim dengan ringkas: singkat
Berantonim dengan panjang

Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan,

Puisi
 

Anak tambi pendek orang,
     Mari menyeberang tebing seberang;
Hati belum hendak pulang,
     Hendak bertemu sama seorang.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Hendak melangkah kaki pendek,
     hendak mencapai tangan tak sampai.

Bermaksud :

Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
briefadj 1. short (of time) singkat, pendek; (of event) singkat; (of garment, writing) pendek: he was president for a ~ period during the war, dia menjadi presiden utk waktu yg singkat semasa perang; the King is on a ~ visit to Italy, Raja sedang dlm lawatan singkat ke Itali; a ~ paragraph, perenggan yg pendek; life is ~, hidup ini tdk /lama, kekal/; 2. momentary, sejenak, sekejap, sebentar, sepintas lalu: he took a ~ look at his watch, dia memandang jam tangannya sejenak; 3. concise, ringkas, pendek, singkat: she made a ~ statement, dia membuat kenyataan ringkas; 4. curt, ringkas; (of person) tdk banyak /kata, cakap/: a cold and ~ welcome, sambutan yg dingin dan ringkas; he was ~ with me this morning, dia tdk banyak kata dgn saya pagi tadi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cropvt 1. cut off, a. (person’s hair), /menggunting, memotong/ pendek; b. (horse’s tail) mengontotkan, mengompotkan; c. (grass, lawn, hedge) memotong, memangkas; 2. (of animals) eat off tops of grass etc, meragut, memakan: the sheep ~ped the grass short, kambing biri-biri meragut rumput sehingga pendek; 3. plant, menanami (dgn + approp n): to ~ a field with barley, menanami ladang dgn barli; he decided not to ~ the remaining twenty hectares, dia membuat keputusan tdk akan menanami baki tanah sebanyak dua puluh hektar lagi (dgn kelapa sawit);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jack -raftern kasau pendek.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hour-handn jarum pendek.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cutlassn sejenis pedang pendek, kedubang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
close~ - cropped, /digunting, dipotong/ pendek; ~ - set, rapat: ~ - set eyes, mata rapat; a ~ /shave, call, thing/, nyaris-nyaris + approp v : he survived the operation, but it was a ~ shave, dia selamat menjalani pembedahan walaupun dia nyaris-nyaris mati; ~ to so’s heart, sangat diminati sso: wild life preservation is a subject ~ to her heart, pemeliharaan hidupan liar adalah perkara yg sangat diminatinya; at ~ quarters, dr dekat, dekat-dekat: she was even more beautiful at ~ quarters, malah dia kelihatan lebih cantik dr dekat; in ~ proximity, dekat-dekat, rapat-rapat: they were sitting in ~ proximity, mereka duduk rapat-rapat; /keep, lie/ ~, bersembunyi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ankle sockn stokin pendek.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
humpty-dumptyn orang gemuk pendek.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dumpinessn badan yg /dempak, bayak, boyak, gemuk pendek/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dumpyadj short and stout, dempak, bayak, boyak, gemuk pendek.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas