Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.mai.nan] | ڤرماءينن

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan ber­main (bola sepak dll): ~ yg paling digemari ialah bola sepak; ~nya kasar; 3. perbuatan yg dilakukan tidak dgn bersungguh-sungguh (utk main-main sahaja); 4. pertunjukan (wayang, sandiwara, dll), pementasan (drama dll): dr bangku sekolah dahulu kau dah mulai cenderung dlm ~ pentas; 5. bp perempuan utk berseronok-seronok sahaja (bukan dijadi­kan isteri): sesudah ditalak oleh suaminya ia menjadi ~ orang sahaja; 6. Id sj barang perhiasan (spt loket yg digantungkan pd kalung dll); 7. sesuatu yg dipermainkan atau dipersendakan: janganlah kamu jadikan agama kamu sbg ejek-ejekan dan ~; ~ puteri Kl cara mengubati penyakit oleh bomoh (me­makai jampi, serapah, alat bunyi-bunyian, dll) dgn jalan bertutur dgn orang yg berada dlm keadaan tidak sedar; hujan panas ~ hari, senang susah ~ hidup prb telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.mai.nan] | ڤرماءينن

Definisi : 1 apa-apa yg digunakan utk bermain; mainan. 2 perbuatan atau hal bermain; cara bermain: ~ catur patut digalakkan di kalangan anak-anak kita. ~nya sungguh baik. 3 sesuatu yg dilakukan dgn tidak sungguh-sungguh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sayang serindit punai di Jawa,
     Permainan anak permaisuri;
Pelepah jatuh pucuk ketawa,
     Pangkal juga menahan diri.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Mengadu kucing dengan babi.

Bermaksud :

Bermain ceki dengan bertaruh wang. ceki = sejenis permainan judi Cina.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
exclusionto the ~ of, sehingga mengetepikan: he loves chess to the ~ of other games, dia suka sangat bermain catur sehingga mengetepikan permainan-permainan lain.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
game 1 n 1. diversion, amusement, permainan: a traditional children’s ~, permainan tradisional kanak-kanak; 2. form of play with rules, permainan; (match, sport event) perlawanan: a card ~, permainan daun terup; the ~ will be telecast live this evening, perlawanan itu akan disiarkan secara langsung petang ini; 3. single round of some contests such as tennis, permainan: he won one ~ then lost the next three, dia memenangi satu permainan kemudian kalah dlm tiga permainan berikutnya; 4. score needed to win, mata penamat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
game 1 permainan politik; blackmail is a dirty ~, peras ugut adalah permainan yg kotor; 9. joke, piece of fun, permainan: he regards marriage as a ~, dia menganggap perkahwinan sbg permainan; 10. (colloq) trick, muslihat: I’ve had enough of your little ~s, saya sudah jemu dgn muslihat kamu; 11. a. wild animals hunted for sport, food, etc, binatang buruan; b. flesh of these animals, daging binatang buruan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
doublesn permainan beregu; mixed ~, permainan beregu campuran.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
game 1 5. equipment for certain indoor games, mainan, permainan: a manufacturer of children’s ~s, pembuat mainan kanak-kanak; 6. style, ability of playing, permainan: he plays an excellent ~, permainannya sangat baik; 7. (in pl) organized sport, athletics, sukan: the Olympic G ~s, Sukan Olimpik; two afternoons a week have been set aside for ~s, dua petang seminggu telah diperuntukkan utk sukan; ~s mistress, guru sukan; 8. any undertaking resembling a game, permainan: the ~ of love, permainan cinta; the ~ of politics,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
foul playn 1. (sport) main curang; 2. unfair behaviour or dealing, permainan kotor: he gained control of the Board by trickery and ~, dia dapat menguasai Lembaga itu melalui tipu helah dan permainan kotor; 3. criminal act, perbuatan khianat: if you do what I say, nobody will suspect ~, jika kamu lakukan apa yg saya suruh, tdk sesiapa pun akan mengesyaki adanya perbuatan khianat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hopscotchn permainan (ke)tingting.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dominoesn (permainan) domino.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
croquetn (permainan) kroket.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bingon (permainan) bingo.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas