Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ti/] | ڤتيق

Definisi : ; memetik 1. mengambil (buah, bunga, pucuk, dll) drpd tangkainya: telah sudah bermain-main itu, lalu ia pun pergi pula ~ bunga mengarang kuntum; buah-buahan itu dipetik dan kemudian dibawa dgn lori ke kilang-kilang; 2. mengambil atau menyalin sebahagian drpd isi buku (karangan dll), me­nukil: dlm ucapan dan syair orang Arab banyak menggunakan kalimat-kalimat dan perbandingan-perbandingan kata yg dipetik drpd Quran; 3. bermain gitar (kecapi dll) dgn menggamit talinya: ia bernyanyi sambil ~ gitar; 4. menarik picu senapang dll dgn jari, menarik tali panah dgn jari; 5. merapat­kan dan menggesekkan ibu jari dgn jari lain supaya mengeluarkan bunyi: barangkali inilah kunci rahsia itu, Lebai Dusin menjegil-jegilkan mata dan ~ jari dgn riang; 6. me­nekan (memusing) suis lampu dll yg meng­gunakan kuasa elektrik: dia membuka tingkap, ~ kipas angin dan ~ lampu kerana bilik itu agak muram sedikit; 7. memilin atau memintal misai dgn menggunakan dua jari; 8. menghisap rokok dll dgn menyelitkan rokok itu di antara dua jari; ~ bola melompat sambil menangkap (memu­kul) bola; ~ hasil mengutip hasil; memetiki memetik berulang-ulang; memetikkan memetik utk orang; terpetik telah dipetik, tergamit, terkutip, terpintal, tertekan; petikan 1. hasil (pendapatan) memetik; 2. = pemetik picu senapang dll; 3. = pemetik suis lampu elektrik; 4. kutipan, nukilan; ~ api alat utk memasang rokok; pemetikan perbuatan memetik; pemetik 1. orang yg memetik; 2. petikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ti/] | ڤتيق

Definisi : ; memetik 1 mengambil buah (bunga dll) dgn mematahkan tangkainya. 2 bermain gitar (kecapi dll) dgn menggerak-gerakkan talinya dgn jari. 3 menekan suis (suis lampu dll). 4 mengambil (menyalin) sebahagian drpd sesuatu karangan dll; mengutip: Dia ~ beberapa ayat Quran utk menguatkan hujahnya. 5 menarik picu senapang dgn jari. memetikkan memetik utk orang lain. petikan hasil drpd memetik; sesuatu yg dipetik: ~ itu diambil dr surat khabar. pemetik 1 orang yg memetik: ~ daun teh. 2 benda yg dipetik ketika menembak dll; picu. 3 suis lampu dll: ~ api alat utk memasang api rokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
petik
Kata Terbitan : memetik, petikan, pemetik,

Puisi
 

Petik kelapa kebun Cik Daud,
     Petik mari pagi hari;
Berapa kencang angin di laut,
     Ditiup angin karam sendiri.


Lihat selanjutnya...(17)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
invertebraten (single) tanda /pengikat kata, petik tunggal/; (paired) tanda /pengikat kata, petik/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flick1n 1. rapid movement backwards or forewards, petik(an), memetik: with one ~ of this switch you can destroy the world, dgn sekali petik suis ini, kamu dapat menghancurkan dunia; 2. quick stroke, a. (with the fingers) jentikan; (to produce sound) petikan: a ~ of his thumb was enough to summon an army of waiters, petikan jarinya saja cukup utk membuat pelayan datang ramai-ramai; b. (with hand) kibasan; c. (with flexible object) libasan; 3. rapid jerk, sentakan: a quick ~ of his foot sent the ball into the goal, sentakan kakinya yg cepat memasukkan bola ke dlm gol;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas