Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.jar] | ڤيجر

Definisi : 1. merah menyala kerana terbakar (logam); 2. pecahan logam yg menyala; besi ~ besi yg merah menyala waktu ditempa; lampu ~ lampu elektrik yg berisi dawai menyala; mangkuk ~ bekas yg digunakan utk membakar logam; 3. berasa seakan-akan panas kulit kerana lama memegang cili (terutamanya cili yg sudah ditumbuk); 4. panas betul (minyak): lumuri daging dgn rempah dan goreng dlm minyak yg telah ~; berpijar-pijar berapi-api spt pijar; memijar 1. membakar (logam) sehingga lembut; 2. ki mengeluarkan bahang (kepanas­an): di ufuk barat, matahari menghantarkan sinarnya yg tak lagi ~; memijarkan membakar besi (logam) utk menjadikan pijar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.jar] | ڤيجر

Definisi : sj damar utk menghan­curkan pateri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.jar] | ڤيجر

Definisi : 1 merah menyala warnanya kerana terbakar (bkn logam). 2 pecahan logam yg menyala: besi ~ besi yg merah menyala dan berpecah-pecah ketika ditempa. 3 panas betul (bkn minyak dll): Goreng daging itu dlm minyak yg telah ~. berpijar-pijar berapi-api spt pijar: Ekor kelip-kelip spt ~ pd waktu malam. memijar menjadi pijar. memijarkan 1 membakar (logam dsb) sehingga pijar. 2 memanaskan (minyak) hingga pijar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pijar


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
incandescentadj pijar: ~ source, sumber pijar; ~ solid, pepejal pijar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glown 1. the giving out of heat or light, pijar; (of cigarette) api: the ~ from the coal furnace, pijar dr relau arang batu; 2. steady, even light, cahaya: the ~ of the city lights in the distance, cahaya lampu-lampu kota itu di kejauhan; 3. vividness of colour, radiance, cahaya: the ~ of sunset lit up the sky, cahaya matahari terbenam menerangi langit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
incandescent lampn lampu pijar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cruciblen (container) mangkuk pijar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas