Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.lu] | ڤيلو

Definisi : 1. (berasa) sangat terharu, rawan: saya berasa terharu dan ~; 2. (berasa) sangat sedih, hiba: sedih dan ~ hatinya melihat anaknya bersiap-siap hendak membawa untung; memberi ~ hati mengharukan (menyedihkan, merawankan) hati; memilukan 1. mengharukan (merawankan) hati: perasaan yg ~ hatinya itu tetap menggeletarkan suaranya; 2. menyedihkan: yg paling ~ hatiku kini ialah tingkah laku anakku; kepiluan 1. perihal pilu, kesedihan; 2. = kepilu-piluan berasa pilu (hiba, sedih, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.lu] | ڤيلو

Definisi : ark pilau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.lu] | ڤيلو

Definisi : sangat sedih atau hiba; terharu: Hiba dan ~ hatinya mendengar kata-kata anaknya. memilukan menyebabkan berasa pilu; menyedihkan; mengharukan: Terdengar bunyi tangisan yg ~ hati. kepiluan keadaan atau rasa pilu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pilu
Rujuk :masyghul

Puisi
 

Anak yu mati terlentang,
     Mati ditikam duri semilang;
Pilu hati bukan kepalang,
     Gunung tinggi menjadi padang.


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
forlornadj 1. desolate, pilu, sayu; (of person) kelihatan /pilu, sayu/: a ~ child wandering around the department store, anak yg kelihatan pilu merayau-rayau di pasar raya itu; he heard a ~ cry, dia terdengar laungan yg pilu; 2. (of place) forsaken, terbiar: they found shelter in an old, ~ hut, mereka mendapat perlindungan di sebuah pondok yg buruk dan terbiar; 3. desperate, nekad: a ~ attempt to equalize the score, percubaan yg nekad utk menyamakan kedudukan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dolorousadj (poet.) sedih pilu: his ~ heart, hatinya yg sedih pilu; a ~ sight, suasana yg sedih pilu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dolourn (poet.) sedih pilu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
griefn 1. great sorrow, /kesedihan, kehibaan, kepiluan/ (yg amat sangat), rasa (amat) /sedih, hiba, pilu/: a mother’s ~ at the loss of her son, kepiluan yg amat sangat seorang ibu atas kematian anak lelakinya; 2. cause of distress, anxiety, (sst yg) mengakibatkan /kesedihan, kehibaan, kepiluan/ (yg amat sangat): his second marriage was a complete surprise and a great ~ to her, perkahwinan kali keduanya menyebabkan isterinya terkejut dan mengakibatkan kesedihan yg amat sangat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bleedvi 1. emit or lose blood, berdarah: the wound bled profusely, luka itu berdarah dgn banyaknya; his nose is ~ing, hidungnya berdarah; ~ to death, berdarah hingga membawa maut; 2. suffer wounds or death, menumpahkan darah, berkorban: a soldier who fought and bled in defence of his homeland, askar yg berjuang dan menumpahkan darah utk mempertahankan tanah airnya; 3. (of plant) exude sap from a cut, /merembeskan, melelehkan/ getah; 4. feel great distress, tersayat, berasa pilu: her heart bled for the war refugees, hatinya tersayat mengenangkan nasib pelarian-pelarian perang itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
at4. (cause, source of reaction, emotion) a. also ~ the sight of, melihat: they laughed ~ the children’s antics, mereka tertawa melihat tingkah laku anak-anak itu; b. also ~ the sound of, mendengar: I jumped ~ the dog’s sudden bark, saya terkejut mendengar anjing itu tiba-tiba menyalak; c. also ~ the /idea, thought/ of, mengingat, memikirkan: I am distressed ~ the number of people compelled to live in such conditions, pilu hati saya memikirkan betapa banyaknya orang yg terpaksa hidup dlm keadaan yg demikian; 5. (indic state or activity) sedang: ~ work, sedang bekerja; ~ war, sedang berperang; 6. in response to, atas: ~ so’s request, atas permintaan sso; ~ so’s instigation, atas hasutan sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas