Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.jam] | ڤينجم

Definisi : 1. = memberi ~ memberi sesuatu utk digunakan buat sementara (dgn janji akan dikembalikan apabila sampai tempohnya): siapa boleh ~ saya pisau raut? 2. = minta ~ meminta menggunakan sesuatu buat semen­tara (dgn maksud mengembalikannya apabila sampai tempohnya): buku ini baru saya ~ dr perpustakaan; ~ sewa membeli dgn mem­bayar beransur-ansur (dan sebelum selesai bayarannya barang itu dianggap barang sewaan sahaja); syarikat ~-meminjam syarikat yg memberi pinjaman (wang dll); ~ kayu ara prb meminjam barang orang dgn tidak berniat utk memulangkannya; meminjam 1. menggunakan barang (buku, wang dll) orang lain utk sementara waktu, minta pinjam: kedatangannya pd saat itu adalah kerana hendak ~ sedikit wang; 2. mengambil dan menggunakan (perkataan, konsep dll) yg dipetik dsb drpd sesuatu sumber: penasihat UNESCO itu ~ konsep Majlis Penyeliaan ini dr agensi berita Perancis AFP; meminjami 1. memberi pinjam kpd: kami tidak perlu membeli semua jenis buku, perpustakaan dapat ~ kami; 2. meminjam barang dll pd; meminjamkan memberikan barang dll utk dipinjam: dia pula tidak sepi drpd ~ beras atau wang kpd tetangganya; pinjaman 1. barang dll yg dipinjam (dipin­jamkan); 2. wang yg diberikan kpd seseorang dll utk sementara dan perlu dikembalikan kemudian, hutang; ~ bercagar (Eko) pinjaman yg bercagarkan sesuatu aset (mis rumah dan tanah) sbg jaminan terhadap pelunasan pinjaman berkenaan; ~ kenderaan pinjaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh insti­tusi kewangan atau majikan utk memboleh­kan seseorang (pekerja dsb) membeli kenderaan sendiri, mis kereta dan motosikal; ~ peribadi = ~ persendirian pinjaman wang tunai dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh institusi kewangan dsb kpd individu yg memo­hon, dgn syarat tertentu; ~ perumahan pin­jaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh majikan atau institusi kewang­an kpd seseorang (pekerja dsb) utk membeli rumah; kata ~ (Lin) perkataan yg diambil drpd bahasa asing; peminjaman perihal (perbuatan dsb) memin­jam atau meminjamkan; peminjam 1. orang yg meminjam: ~ wang dr bank harus membayar bunga; 2. orang yg memberi pinjam: seorang ~ wang mengenakan bunga atas pinjamannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.jam] | ڤينجم

Definisi : ; memberi ~ memberikan sesuatu utk dipakai buat sementara waktu (sesudah itu dikembalikan). meminjam memakai barang orang utk sementara dan sesudah dipakai, dikembalikan kpd tuannya: ~ buku dr perpustakaan. meminjami memberi pinjam kpd: Kakak ~ saya jam tangannya. meminjamkan memberikan sesuatu utk dipinjam: Dia telah ~ sebuah buku hadis kpd saya. pinjaman 1 apa-apa yg dipinjam atau dipinjamkan: buku ~. 2 hutang. peminjaman hal (perbuatan dsb) meminjam, meminjami atau meminjamkan. peminjam orang yg meminjam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pinjam
Kata Terbitan : meminjamkan, pinjaman, peminjaman, peminjam,

Puisi
 

Halia ini tanam-tanaman,
     Ke barat juga akan condongnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
     Akhirat juga akan sudahnya.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Utang (hutang) (= pinjam) kayu ara.

Bermaksud :

Hutang yang tak mungkin terbayar.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
plume(dressed) in borrowed~, memakai pakaian pinjam: she went to the dance in borrowed ~s, dia pergi ke majlis tari-menari itu dgn memakai pakaian pinjam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
money-lendern pemberi pinjam wang, ceti.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lend-leasen pajak pinjam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lend-leasen pajak pinjam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
usuriousadj (derog) practising usury, makan riba: a ~ moneylender, pemberi pinjam wang yg makan riba.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stony-broke adj (colloq) pokai: can you lend me a couple of dollars? I’m ~, boleh saya pinjam beberapa ringgit? Saya pokai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
simple-minded adj 1. inexperienced, artless, terlalu lurus, mudah dipengaruhi: moneylenders who rob the ~ village folks, pemberi pinjam wang yg menipu orang-orang kampung yg terlalu lurus;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sport 5. (colloq) person of pleasant, amiable nature, sporting: be a ~ and let me borrow your car for the evening, sportinglah, beri saya pinjam kereta awak malam ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sure adv (US), (colloq) certainly, [various translations]: “Did he win?” “He ~ did”, “Dia menangkah?” “Mestilah dia menang”; “May I borrow your pen?” “S~”, “Bolehkah saya pinjam pen kamu?” “Tentu”; she ~ is pretty, dia memang cantik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
nip 1 ~ /across, along, down, off, out /, (colloq) keluar sekejap; (imper) pergi sekejap: he’s ~ped out to buy some cigarettes, dia keluar sekejap ke kedai utk membeli rokok; can you ~ across to her house and borrow yesterday’s newspaper, tolong pergi sekejap ke rumahnya dan pinjam surat khabar semalam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas