Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.sang] | ڤيسڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya) yg bermacam-macam jenisnya, Musa spp.; jenis-­jenisnya: ~ embun, ~ batu, ~ biji, ~ benggala, ~ emas, ~ nangka, ~ raja, ~ susu, ~ tanduk dll; ~ benang (manila) = ~ tali sj pokok pisang yg seratnya dibuat benang atau tali; anak ~ Mn panggilan atau gelaran kpd anak drpd keluarga sebelah bapa; jantung ~ bunga pisang; pucuk ~ daun pisang yg muda sekali; spt ~ rebah ki mendiamkan diri dgn tidak bergerak­-gerak atau berkata-kata; ~ sesikat sengkuap; ~ ditanam tak berjantung prb usaha yg tidak memberi hasil yg dimaksudkan; ~ masak separak prb satu keluarga yg hidup berbahagia; ~ sesikat digulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama prb sahabat (keluarga dll) yg hidup setia dan sentiasa bertolong-tolongan; ~ tak akan berbuah dua kali prb sekali tertipu atau kerugian tentu akan berjaga-jaga pd masa akan datang: bagai rasa batang ~ prb amat sejuk (badan); bukan budak-budak makan ~ prb seseorang yg tidak mudah ditipu atau diperdayakan; mencari ~ gala tiada butir Kl menunggu ketibaan sesuatu yg tidak munasabah; mendapat ~ terbuka (terkubak) prb mendapat keuntungan dgn tiada bersusah payah; mengenalkan diri bagai ~ lebat prb beroleh bencana kerana keangkuhan diri; menopang ~ yg tak berbuah prb mengerjakan sesuatu yg tidak memberi hasil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sang] | ڤيسڠ

Definisi : ; ~ kaki sj tumbuhan (pokok dan buahnya berwarna jingga), kesmak, Diospyros kaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sang] | ڤيسڠ

Definisi : ; pucuk ~ sj ikan darat, Labeobarbus faciatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sang] | ڤيسڠ

Definisi : berbagai-bagai jenis pokok atau buahnya (buahnya bertandan dan bersikat-sikat, Musa spp.. ~ kipas nama sj tumbuh-tumbuhan palma, Ravenala madagarcariensis. ~ manila (benang, tali) nama sj pisang yg seratnya dibuat benang atau tali, musa textilis. ~ sesikat sengkuap. ~ tanah nama sj tumbuh-tumbuhan tropika (utk hiasan dsb) yg mempunyai getah yg sangat bisa, Dieffenbachia amoena (bausei, camilla, exotica). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pisang

Puisi
 

Jangan ditebang pisang awak,
     Pisang lain banyak lagi;
Jangan ditebeng orang tak hendak,
     Orang lain berlambak lagi.


Lihat selanjutnya...(75)
Peribahasa

Pisang masak separak.

Bermaksud :

Keluarga yang senang dan berbahagia hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bananan 1. (tree), (pokok) pisang; 2. (fruit) pisang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Japanese persimmonn pisang kaki.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
apple-greenadj & n hijau pucuk pisang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fritter2n approp n + goreng (bersadur): banana ~, pisang goreng.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
greenishadj kehijauan: ~ white, putih kehijauan; ~ yellow, (hijau) pucuk pisang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
freeze4. be able to be preserved by process of freezing, didinginbekukan: bananas do not ~ well, pisang tdk dapat didinginbekukan dgn baik; 5. become motionless, paralysed, stiff, tdk bergerak; (of face) menjadi kaku; (of smile) membeku: the sound made the deer ~, bunyi itu menyebabkan rusa tersebut tdk bergerak; his face froze when he saw her, mukanya menjadi kaku apabila dia ternampak gadis itu; the smile froze on her lips, senyuman membeku di bibirnya; “~!” shouted the policeman, “jangan bergerak!” jerit polis; 6. become formal, unfriendly, menjadi dingin: she ~s at the very mention of her ex-husband’s name, dia menjadi dingin apabila nama bekas suaminya disebut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bruisevi a. (of person) menjadi lebam; b. (of fruit) menjadi /lebam, memar/: bananas ~ easily, pisang mudah menjadi memar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beg~ leave (of so.), (to do st) meminta izin (sso) (utk berbuat sst); ~ the question, a. leave st unresolved or unsettled, tdk menjawab soalan; (deliberately) mengelak drpd menjawab soalan; b. assume truth of, mengandaikan kebenaran sst, /menganggap, mengandaikan/ sst sbg benar; go (a-) ~ging, (infml), [various translations]: there are several scholarships going ~ging, ada beberapa biasiswa yg tdk diminta orang; if that banana is going ~ging, I’II eat it, jika tdk ada orang mahu pisang itu, biar saya memakannya; these biscuits are going ~ging if anyone would like them, kalau ada sesiapa yg hendak biskut ini, silalah makan; I ~ your pardon, (saya) minta maaf, maaf, maafkan saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas