Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ran.tau] | رنتاو

Definisi : 1. = rantauan pantai sejauh teluk (sungai), pesisir: berkelana sepanjang ~; anak (orang) ~ a) orang pesisir; b) orang dagang, orang asing; ceruk ~ segala pelosok (daerah); teluk ~ = teluk dan ~ = daerah ~ daerah dan takluknya; 2. daerah (negeri) di luar daerah (negeri) sendiri, negeri asing, negeri tempat mencari penghidupan: ia telah meninggalkan kampung halaman dan mem­-bawa hidup di ~ orang dgn berserah kpd suratan takdir; siapa gerangan yg pulang dr ~?; tanah ~ negeri lain (asing); 3. daerah, kawasan (yg luas): penambahan tentera negeri itu boleh membahayakan keamanan di ~ ini; yg ia tahu ia masih dlm lingkungan bandar London, tetapi di mana ~nya dan apa nama tempatnya, tidak ia ketahui; ~ jauh diulangi, ~ dekat dikendanai prb harta benda (jauh mahupun dekat) hendaklah dijaga supaya terselamat; ~ jauh tidak terulangi, ~ dekat tidak terkendanai prb perihal seseorang yg sangat tua yg tidak terturutkan lagi oleh sanak saudaranya; segan bergalah hanyut se~ prb kalau malas berusaha bencanalah akibatnya; teluknya dalam, ~nya sakti prb sukar dialahkan; serantau dlm satu rantau (melewati beberapa buah negara pesisir pantai yg berhampiran dgn sesebuah negara spt Malaysia dgn negara-negara di Asia Tenggara): kerjasama ekonomi ~; keserantauan perihal berada dlm keadaan serantau: semangat ~; merantau 1. berjalan, belayar, atau me­ngem­­bara (mencari penghidupan dll) di sejauh rantau (dr sungai ke sungai dll): esok subuh-subuh aku ~ lagi; 2. pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan): sejak aku ~ di negeri orang, sejak itu aku tidak bertemu dengannya; ~ di hujung bendul = ~ di sudut dapur prb pergi mencari penghidupan ke negeri yg tidak berapa jauh; perantauan 1. negeri lain tempat mencari penghidupan, daerah (negeri) yg didiami oleh orang luar (orang yg datang dr negeri lain): kalau layu selasih di kanan, alamatnya aku sakit di ~; orang ~ a) orang yg mencari penghidupan ke negeri lain, orang asing (luar); b) pengembara, kelana; 2. perjalanan: moga-moga engkau akan selamat dlm ~mu; ia ber­-pesan juga supaya anak muda itu memberi khabar dlm ~nya; perantau 1. orang asing, pengembara, kelana; 2. orang yg pergi ke negeri lain, orang yg mencari penghidupan di negeri lain (negeri orang): kira-kira tujuh puluh tahun yg lalu, tibalah di negeri ini sekumpulan orang ~ dr Minangkabau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.tau] | رنتاو

Definisi : Br sj pukat (pukat hanyut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.tau] | رنتاو

Definisi : 1 kawasan di sepanjang sungai: mengembara sepanjang ~; ceruk ~ di mana-mana saja. 2 negeri asing (bukan negeri sendiri): Sudah sepuluh tahun aku hidup di ~ orang. 3 daerah atau kawasan luas yg meliputi beberapa buah negara: Negara-negara Asean memperkuat pertahanan di ~ ini. merantau 1 pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); mengembara: ~ menjual kain. 2 belayar sepanjang rantau; pergi ke pantai. perantauan 1 negeri lain tempat mencari penghidupan: Kalau layu selasih di kanan, alamatnya aku sakit di ~. 2 perjalanan: Moga-moga engkau selamat dlm ~. perantau orang yg pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); orang asing (dlm sesebuah negara). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rantau (kata nama)
1. Bersinonim dengan pesisir: pantai, tebing, teluk, tanjung,

2. Bersinonim dengan daerah: kawasan, wilayah, zon, negara asing,

Kata Terbitan : merantau, perantauan, perantau,

Puisi
 

Pisang kelat digonggong helang,
     Jatuh sebiji ke Inderagiri;
Kalau pergi ke rantau orang,
     Baik-baik membawa diri.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Rantau jauh tidak terulang,
     rantau dekat tidak terkendanai.

Bermaksud :

Terlalu tua sehingga tidak terturutkan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
cornerin a tight ~, dlm keadaan terdesak; /look, glance/ at so. out of the ~ of o’s eye, mengerling (dr /sudut, ekor/ mata); make a ~ in, memonopoli pasaran; out of the ~ of o’s eye, dr /sudut, ekor/ mata: I noticed out of the ~ of my eye that someone had entered the room, dr sudut mata, saya ternampak ada orang masuk ke bilik itu; the four ~s of the /earth, world/, seluruh /ceruk rantau, pelosok dunia/; turn the ~, (after an illness, crisis, etc), (approp n +) pulih: he had been ill for a long time, but turned the ~ after the operation, dia sudah lama sakit, tetapi keadaannya pulih selepas pembedahan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
accentuatevt 1. see ACCENT (senses 1. & 2.); 2. make conspicuous, menyerlahkan, menampakkan lagi: eye make-up ~s the colour of the eyes, solekan mata menyerlahkan warna mata; the lighting ~s the cracks in the ceiling, cahaya lampu itu menampakkan lagi rekahan-rekahan di siling; 3. (fig.) emphasize, menonjolkan, menegaskan: incidents which ~ the instability of the region, kejadian-kejadian yg menonjolkan ketidakstabilan rantau tersebut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
endmake (both) ~s meet,that has helped me no ~, itu banyak menolong saya; no ~ of, (colloq ), [various translations]: I had no ~ of work, saya ada banyak kerja; it’ll cost me no ~ of money, harganya tinggi; no ~ of os, menganggap diri sso besar: she thinks no ~ of herself, dia menganggap dirinya besar; on ~, continuously, [no specif translation]: she talks for hours on ~, dia bercakap berjam-jam lamanya; he claimed he could go without food for weeks on ~, dia mengatakan bahawa dia tahan tdk makan berminggu-minggu lamanya; place st on (its) ~, menegakkan sst; /put, make/ an ~ to, menghentikan; the ~s of the earth, segala /pelosok dunia, ceruk rantau/; without ~, tdk /putus-putus, henti-hentinya, habis-habis/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas