Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[reng.gang] | رڠݢڠ

Definisi : 1. tidak berapa rapat, tidak tertutup benar, ada sela-selanya, dll: apabila panas terik, papan-papan dinding rumah menjadi ~; 2. agak berjauhan, kurang erat (per­sahabatan dll), kurang karib: maka timbullah suatu pertengkaran yg membuat mereka semakin ~; anak kecil itu sudah tidak hendak ~ dr ayahnya lagi; 3. antara, selang: ada kira-kira ~nya setahun dr perang Kedah itu maka Raja Kecil datang pula melanggar Riau; 4. jarak(nya), jauh(nya), beza(nya): lain pula keadaannya di negeri kami, ~nya hampir-hampir sebelah dunia; kehidupan anak-anakku dibandingkan dgn kehidupan­ku macam bumi dgn langit ~nya; berenggang berantara, berjauh, berpisah: kedua-duanya tidak pernah ~; biar masa ~ sedikit utk pergi memujuk isteriku pulang ke rumah; merenggang menjadi renggang (jauh dll): perhubungan antara dua manusia itu sudah ~; merenggangi menjauhi (supaya renggang): kenalan-kenalannya makin lama makin ~ dia; merenggangkan menjadikan renggang: ~ persahabatan; ~ tulisan; ia ~ tangannya melepaskan budak itu; ia mencuba ~ dirinya dr budak-budak yg ramai itu; tidak ada sesuatu yg dapat ~ silaturrahim kedua-dua belah pihak; memperenggang menjadikan lebih renggang; terenggang terbuka: pintu itu ~ sedikit; kerenggangan perihal renggang: aku me­ngerti kenapa antara dua teman itu timbul ~ dan ketegangan; perenggangan perbuatan (proses) me­reng­gangkan sesuatu; perenggang; ~ waktu ark perintang waktu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[reng.gang] | رڠݢڠ

Definisi : ; merenggang; ~ gawai (Palem­bang) ark memperkosa perempuan, merogol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[reng.gang] | رڠݢڠ

Definisi : 1 tidak rapat (bkn dinding, lantai dll); ada selanya atau ada antaranya. 2 ki tidak karib atau tidak erat lagi (bkn perhubungan, persahabatan dll): Perbalahan menyebabkan perhubungan antara kedua-dua negara itu semakin ~. berenggang berantara; berjauhan; berpisah: Kedua-dua sahabat itu ti­dak pernah ~. merenggangkan men­­ja­dikan atau menyebabkan renggang: ~ tangan; ~ persahabatan. mem­perenggang menjadikan lebih renggang. kerenggangan keadaan atau hal renggang. perenggang alat dll yg merenggangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
renggang (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak rapat: bersela
Berantonim dengan bertutup

2. Bersinonim dengan kurang erat: ganggang, kurang karib, kurang mesra, kurang rapat,
Berantonim dengan erat

3. Bersinonim dengan jarang: bercelah, renggang, bersela, berselang, ganggang,
Berantonim dengan rapat

Kata Terbitan : berenggang, merenggang, merenggangkan,

Puisi
 

Petang-petang alah peraga,
     Masak susu linggang-linggang;
Petang-petang abang ada,
     Katup pintu renggang-renggang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Jikalau tiada rial di pinggang,
     saudara yang rapat menjadi renggang.

Bermaksud :

Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
drift~ apart, (fig.), (menjadi) renggang: the two brothers have ~ed apart since their parents’ death, perhubungan antara kedua-dua beradik itu menjadi renggang sejak kematian ibu bapa mereka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grow~ away from, cease to be close to, [hubungan sso dgn sso] semakin renggang; (deliberately), /merenggangkan, menjauhkan/ diri drpd: there comes a time when we ~ away from our parents, pd suatu ketika nanti hubungan kita dgn ibu bapa semakin renggang; as he became richer, he grew further away from his friends, semakin dia kaya semakin dia merenggangkan diri drpd kawan-kawannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ajaradv terenggang, renggang, terbuka sedikit: leave the door ~, biarkan pintu itu terenggang; stand ~, terenggang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
estrangevt merenggangkan, menyebabkan [sso] menjadi renggang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ajar1adj slightly open, terenggang, renggang, terbuka sedikit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grow~ apart, a. tumbuh menjarak: the two sections of the creeper have ~n apart, kedua-dua cabang tumbuhan jalar itu tumbuh menjarak; b. (fig.), [hubungan] semakin renggang: the two friends grew apart after leaving school, hubungan kedua-dua sahabat itu semakin renggang selepas mereka berhenti sekolah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gap3. interval of time, lompang, renggang: there’s a ~ of ten years in our documentation work, terdapat lompang selama sepuluh tahun dlm kerja-kerja dokumentasi kita; the age ~, /jarak, perbezaan/ umur; 4. interval of silence, terhenti seketika: there was a ~ in the conversation, perbualan terhenti seketika; 5. deficiency, lompang, kekosongan; (brought on by death of a loved one) kekosongan: there are wide ~s in my knowledge of this subject, ada lompang yg besar dlm pengetahuan saya ttg subjek ini; his death leaves a ~ that is hard to fill, kematiannya meninggalkan kekosongan yg sukar diisi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
estrangedadj 1. no longer living with so., telah berpisah; (of husband, wife) telah berpisah dgn sso: her parents are now ~, ibu bapanya telah berpisah; his ~ wife is suing him for divorce, isteri yg telah berpisah dengannya menuntut cerai; 2. (fml) alienated, renggang; (attrib) telah renggang drpd sso: they haven’t heard from their ~ son for years, sudah bertahun-tahun mereka tdk mendapat khabar berita drpd anak mereka yg telah renggang drpd mereka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fall~ apart, a. fall to pieces, jatuh /berderai, berkecai/; b. disintegrate, mengalami keretakan: their marriage was ~ing apart, perkahwinan mereka mengalami keretakan; c. separate, renggang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
draw~ alongside, menyisi: a black car drew alongside ours and tried to push us off the road, sebuah kereta hitam menyisi kereta kami dan mencuba menghimpit kami ke bahu jalan; ~ apart, a. move away, merenggangkan diri: the two lovebirds drew apart as we approached, pasangan kekasih itu merenggangkan diri apabila kami mendekati mereka; b. become emotionally or mentally separate, menjadi renggang: without our realizing it, they have been ~ing further and further apart, tanpa kami sedari, perhubungan mereka menjadi semakin renggang; ~ st apart, membuka sst: he drew the curtains apart to let the sunshine in, dia membuka langsir supaya cahaya matahari dapat masuk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas