Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.nyah] | رڽه

Definisi : leceh, rumit, susah (kerana me­merlukan tenaga, benda, dll yg banyak): antara ketupat dgn lemang, maka lemang lebih menyelerakan tetapi amat ~ me­ngerjakannya; berenyah, berenyah-renyah 1. bersusah(-susah), bersusah payah, bersibuk-sibuk: saya orang tua, tentulah tidak dapat be­renyah-renyah spt orang muda; 2. = me­renyah membuat (mengerjakan) sesuatu dgn teliti (saksama). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.nyah] | رڽه

Definisi : tidak senang, gelisah, risau, was-was: ia berasa sangat ~; merenyahkan menggelisahkan (merisaukan dll): apa yg hendak direnyahkan, beras ada dan wang pun banyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.nyah] | رڽه

Definisi : Jk keras tetapi senang meng­hancurkannya (mentimun dll), rapuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.nyah] | رڽه

Definisi : tidak senang hati; gelisah; risau: Ia berasa sangat ~ kerana anaknya belum pulang lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[re.nyah] | رڽه

Definisi : leceh; rumit; susah: Lemang lebih sedap drpd ketupat, tetapi ~ membuatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[re.nyah] | رڽه

Definisi : ; berenyah bersusah-susah; bersibuk-sibuk: Orang tua tentulah tidak dpt ~ spt orang muda. merenyah membuat sesuatu dgn teliti atau dgn saksama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
renyah (adjektif)
Bersinonim dengan leceh, rumit, sulit, sukar, payah, kompleks;,
Kata Terbitan : berenyah-renyah,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fiddlyadj renyah: crabs taste nice but are ~ to eat, ketam sedap, tetapi renyah apabila hendak dimakan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
finicky, finickingadj 1. fussy, cerewet: he is ~ about his food, dia cerewet ttg makanannya; 2. full of trivial detail, renyah, leceh: the work is too ~ for my liking, kerja itu terlalu renyah dan menyebabkan saya tdk suka membuatnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas