Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ria] | ريا

Definisi : 1. gembira, girang, riang, sukacita: ia cukup ~ menerima ijazahnya; bersuka ~ ber­se­ronok-seronok, bersuka-suka; 2. ramai atau riuh (oleh suara orang bersuka-suka, ber­seronok-seronok, dll); ~ gembira tersangat ria; ~ riuh ramai bersuka-suka; beria-ria bergembira, bersenang-senang, ber­­­seronok-seronok, bersuka-suka; meriakan menggembirakan, meng­girang­kan, menyenangkan, menyukakan: mengapa pula dia tidak dapat ~ hatinya? keriaan perihal ria (kegembiraan, ke­gi­rang­an, keseronokan, kesukaan): apa yg bagiku merupakan ~, baginya merupakan ke­pedihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ria] | ريا

Definisi : Ar ® riyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ria] | ريا

Definisi : (Geog) sj teluk kecik (serokan) yg panjang yg terbentuk akibat drpd peneng­gelaman lembah di pinggir laut yg disebabkan oleh kenaikan aras laut: ada sebuah pinggir laut yg mengandungi ~, teluk dan tanjung tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ria] | ريا

Definisi : suka hati kerana mendapat apa-apa yg dicita-citakan dll; riang; gembira: Beliau sangat ~ kerana telah lulus dlm peperiksaan itu. bersuka ~ bergembira; bersuka-suka. beria-ria bersuka-suka; bergembira; berseronok-seronok: Mereka ~ di tepi pantai. meriakan menjadikan ria; menggembirakan; menggirangkan (hati). keriaan keadaan atau rasa ria; kegembiraan; kegirangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ria
Rujuk :riang

Puisi
 

Kacang Cina dalam kota,
     Rampai-rampai di Tanjung Puri;
Hidup di dunia bersuka ria,
     Seronok-seronok sementara nak mati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tersaukkan ikan,
     suka;
tersaukkan batang,
     masam.

Bermaksud :

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
convivialityn 1. (usu in pl) festivities, pesta ria; 2. geniality, sifat riang ria.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fair2n 1. (place) of outdoor entertainment, pesta ria; 2. market, pasar: cattle ~, pasar lembu ternak; 3. very large exhibition of commercial goods, etc, pameran; (of books) pesta: world trade ~, pameran perdagangan sedunia; book ~, pesta buku; 4. fete, bazaar held to raise money for charity, pasar ria.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
joystickn kayu ria.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jollifyvi bersuka ria, berpesta.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fun-fairn pesta ria.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fete, fêten pesta ria;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bright~ and /breezy, gay/, riang ria; ~ and early, /pagi-pagi, subuh-subuh/ lagi; the ~ lights (of the city), (colloq) kehidupan kota yg penuh dgn keseronokan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jollificationn 1. merry-making, bersuka ria, berpesta: there was much ~ in Rome when Italy won the World Cup, ramai orang yg berpesta di bandar Rom apabila Itali memenangi Piala Dunia; 2. instance of merry-making, pesta.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
band1n 1. group, a. (gen) kumpulan: a ~ of late-night revellers, sekumpulan orang yang sedang bersuka ria pd larut malam: a ~ of construction workers, sekumpulan pekerja binaan; b. (of bandits etc) gerombolan: a ~ of robbers, segerombolan penyamun; 2. group of musicians, (kumpulan) pancaragam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
darlingn 1. person much loved, sangat sso sayangi: our little girl is a ~, always full of fun and laughter, anak kecil kita sangat kita sayangi, sentiasa ketawa dan riang ria; 2. (as term of endearment) sayang; 3. favourite, kesayangan: teacher’s ~, kesayangan guru.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas