Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.ngan] | ريڠن

Definisi : 1. tidak berat, enteng: kayu ~; bung­kusan yg ~ diangkat dgn sebelah tangan; 2. senang dilakukan atau dijalankan (pekerjaan, pembayaran, dll), mudah: pekerjaan guru bahasa bukanlah pekerjaan yg ~; 3. tidak mendalam (kandungannya dsb), tidak me­nimbulkan kerumitan atau kesulitan (kpd pembaca, pelajar, dsb): akhbar dan majalah yg popular sering memuatkan cerpen-cerpen yg bersifat ~; bahan-bahan bacaan ~; 4. tidak penting, tidak mustahak, enteng, kecil, remeh (perkara dll): sikap permusuhan antara kedua-dua negara itu tidak boleh di­pan­dang ~; dikenakan cukai yg ~; ke­sa­lah­­an ~ kesalahan yg kecil sahaja; per­bualan ~ perbualan mengenai perkara-perkara remeh; ­ najis ~ najis yg memadai disucikan dgn hanya menjirus air sahaja (kencing anak laki-laki di bawah umur dua tahun yg meminum susu ibunya sahaja); 5. tidak terlalu (sangat), tidak berbahaya (pe­nyakit dll), tidak berat: akibat drpd per­tempuran itu, beberapa orang men­dapat luka ~; 6. tidak memabukkan (mi­numan, tembakau, dll): mereka menyajikan minuman ~; 7. ringkas dan tidak mengenyang­kan (bkn makanan), hidangan makanan yg tidak begitu mengenyangkan (bkn jamuan): jamuan ~; 8. mudah, ringkas (pakaian): ia berpakaian ~; 9. perlahan, rendah (suara dll): kalimat itu diikuti oleh keluhan ~; ia me­lenggang ~ me­nuju ke daun pintu; 10. kecil-kecil, halus-halus, tidak lebat (hujan): kadang-kadang rintik-rintik hujan yg berpanjangan itu turun dgn kasarnya, kadang-kadang ~ pula; 11. cepat mengeluarkan buah (tanam­an): padi ~; pisang ~; ~ kaki suka berkunjung (melawat dll); ~ kepala mudah memahami (mengerti) ajaran; ~ mulut (lidah) a) peramah, lancar, dan fasih tutur katanya, suka bercakap; b) suka cerewet (banyak mulut); ~ tangan a) suka menolong, cepat berbuat sesuatu; b) suka mengambil hak orang, gemar mencuri; ~ tulang rajin bekerja, tangkas; ~ sama dijinjing, berat sama dipikul = berat sepikul, ~ sejinjing prb bersama-sama dlm suka dan duka atau sama-sama menger­jakan sesuatu; ~ tulang berat perut prb siapa yg rajin bekerja, ia banyak beroleh rezeki; beringan-ringan sl meringankan; meringani Mn; ~ datang dgn suka hati datang, sudi datang; meringankan 1. menjadikan ringan, meng­en­­teng­kan, memudahkan: ~ bebanan; dlm usaha ~ hikayat ini, diusahakan supaya ke­asli­­an penulisannya dikekalkan; 2. = me­ringan-ringankan menganggap ringan (mudah dll): ia sangat ~ agamanya; ia se­ngaja ~ hukum; pe­nyakit yg berjangkit tidak boleh diringan-ringan­kan; sembahyang tidak sekali-kali boleh diringan-ringankan; 3. ki mengurang­kan (hukuman): merayu supaya hukuman mati itu diringankan kpd penjara seumur hidup sahaja; ~ kaki sudi datang; memperingan menganggap lebih ringan (lebih mudah, lebih tidak bererti, dll): jangan engkau peringan ibadatmu kpd Allah; keringanan 1. perihal ringan: ia meminta ~, meminta dikurangkan bebannya; 2. ter­lampau ringan; peringanan perihal meringankan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.ngan] | ريڠن

Definisi : 1 tidak berat: Bungkusan yg ~ itu diangkatnya dgn sebelah tangan. 2 ki mudah dijalankan atau mudah dikerjakan: Menyusun kamus bukanlah pekerjaan yg ~. 3 tidak berapa berbahaya (bkn penyakit dll): Orang yg mendapat luka-luka ~ dlm kemalangan itu telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. 4 ki tidak memabukkan (bkn minuman): Dia menyajikan minuman ~ kpd kami. 5 ki tidak mustahak; tidak penting: Permusuhan antara kedua-dua negara itu tidak boleh dipandang ~. ~ kepala mudah memahami sesuatu yg diajarkan. ~ mulut peramah; suka bercakap-cakap. ~ tangan a. suka menolong orang yg dlm kesusahan; cepat membuat kerja. b. suka mengambil hak atau kepunyaan orang lain. ~ tulang rajin bekerja. meringankan 1 menjadikan ringan; memudahkan; menyenangkan: Mesin-mesin moden sesungguhnya telah dpt ~ kerja para petani di kampung. 2 memandang tidak mustahak atau tidak penting; menganggap ringan (mudah): Dia tidak suka ~ agamanya. keringanan keadaan atau hal ringan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ringan (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah: senang, ringkas, enteng, gampang,
Berantonim dengan sukar

2. Bersinonim dengan kecil: remeh, enteng, tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

Kata Terbitan : meringankan, memperingan,

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Cepat kaki ringan tangan.

Bermaksud :

Rajin dan giat.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
communicativeadj 1. ready or willing to talk, ringan mulut, peramah: she is a ~ child, dia kanak-kanak yg ringan mulut; not ~, berat mulut; 2. rel to ability to communicate, berkomunikasi: ~ ability, kebolehan berkomunikasi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
featheryadj 1. see FEATHERED; 2. soft and light , lembut dan ringan: ~ snow, salji yg lembut dan ringan; 3. soft, delicate, lembut: ~ strokes of his brush, palitan berusnya yg lembut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
breezyadj 1. windy, berangin: a ~ day, hari yg berangin; 2. casual, carefree, riang: his ~ nature, sifat riangnya; 3. (colloq) light, ringan: a ~ conversation, perbualan ringan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
collationn 1. act of collating, pengumpulsemakan: the ~ of the ancient manuscripts took two months, pengumpulsemakan manuskrip-manuskrip purba itu mengambil masa dua bulan; 2. (fml) light meal, makanan ringan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
knownadj 1. (of person) terkenal: a ~ statesman, seorang negarawan yg terkenal; ~ as a war criminal, terkenal sbg penjenayah perang; 2. (other than person) diketahui: the lightest ~ gas, gas paling ringanKamus Inggeris-Melayu Dewan
imposevt 1. levy, mengenakan: the government ~d a duty on imported cars , kerajaan mengenakan cukai atas ereta yg diimport; 2. force acceptance of, a. (condition, sanction, fine, etc) mengenakan: to ~ economic sanctions, mengenakan sekatan ekonomi; b. (sentence) menjatuhkan: the judge is expected to ~ only a light sentence, hakim dijangka akan menjatuhkan hukuman ringan sahaja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
itsposs pron -nya: a town renowned for ~ magnificent cathedral, bandar yg terkenal krn gerejanya yg sangat indah; the cat licked ~ paw, kucing itu menjilat tapak kakinya; the municipality is not making much headway with ~ plan to restore some of the old buildings in the town, majlis perbandaran itu tdk mencapai kemajuan yg pesat dlm rancangannya utk membaik pulih bangunan-bangunan lama di bandar itu; this beauty cream is light and non-greasy; ~ blend of emollients penetrates deep into the skin, krim kecantikan ini ringan dan tdk berminyak; campuran emoliennya meresap hingga ke bahagian dalam kulit; the Daihatsu Charade has maintained ~ sleek and smooth design concept, kereta Daihatsu Charade telah mengekalkan konsep reka bentuknya yg rapi dan sekata.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gete. escape consequences of action, lepas: the man was sentenced to three years in prison but his accomplice got off, lelaki itu dihukum penjara selama tiga tahun tetapi rakan sejenayahnya lepas; he was lucky to ~ off with only a warning, dia bernasib baik krn lepas dan hanya diberi amaran; being a first offender, he got off lightly, oleh sebab dia melakukan kesalahan itu buat pertama kali, dia lepas dan hanya dikenakan hukuman ringan; ~ off scot-free, lepas tanpa dihukum;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Allb. in general, pd keseluruhannya, (pd) umumnya; (at) ~ hours, bila-bila saja, (pd) setiap waktu; till ~ hours, /sampai, hingga/ larut malam; be ~ attention, memberikan perhatian penuh; be ~ ears, memasang telinga; be ~ eyes, melihat dgn mata terbelalak; be ~ smiles, tersenyum lebar; habislah sso; and ~, dan /semuanya, segala-galanya/: pythons swallow their victims whole: fur, claws, bones and ~, ular sawa menelan mangsanya bulat-bulat: bulu, kuku, tulang dan semuanya; and ~ that, dan sebagainya, dan seterusnya, dan lain-lain: we’ll put the soft drinks and cakes and ~ that on this table, minuman ringan, kek dan sebagainya kita letakkan di meja ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gravityn 1. (phys) graviti: centre of ~, pusat graviti; 2. quality of being solemn, keseriusan, seriusnya: from the ~ of his expression she realised that something was wrong, drpd keseriusan wajahnya dia tahu bahawa ada sst yg tdk kena; 3. quality of needing urgent attention, seriousness, seriusnya, keseriusan, serius; (of news) merunsingkan; (of offence, charge, accusation, etc) seriusnya, beratnya; (rel to illness or a sick person’s condition), (keadaan yg) /serius, teruk/; (of responsibility) beratnya: the ~ of the economic situation cannot be disregarded, keadaan ekonomi yg serius itu tdk boleh dipandang ringan; news of considerable ~, berita yg agak merunsingkan; I don’t think you realize the ~ of the accusations, saya tdk fikir kamu sedar betapa beratnya tuduhan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas