Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ruap] | رواڤ

Definisi : Mn buih: apabila ~nya sudah dibuang, masukkanlah ubi, dll; ~ (dan) sampah = ~ (dan) hampar ki orang yg sangat hina dlm masyarakat, orang terbuang, sampah masya­rakat; meruap 1. Mn berbuih, membuih: air sabun itu ~; 2. mendidih dan melimpah, meluap (nasi dll), membual dan berbuih-buih (air soda dll yg dituang dlm gelas): nasi yg ditanaknya itu ~; gulai (sayur) ~ gulai (sayur) melimpah kerana mendidih; 3. = meruap-ruap men­jadi-jadi perasaannya (geram dll), meluap-luap, menyala-nyala: semangat orang akan ~ dan menyala lagi; perasaan manusia yg hadir ketika itu meruap-ruap kerana telah menjadi bangsa yg merdeka; darah ~ naik ke muka; ~ darahnya marah sekali; 4. men­jadi wap (mengewap) kerana dipanaskan: ~ kerana kena panas; 5. menyombong, ber­cakap besar (membual): jangan sekali-kali suka ~, nanti ketara kelemahan dirimu sendiri; 6. merebak (bau dll): dr dapur, ~ bau gulai ayam yg membuka selera; 7. (Kim) cepat menjadi wap pd suhu bilik (bkn pepejal atau cecair); kemeruapan 1. (Kim) keadaan atau sifat sesuatu bahan atau cecair yg cepat bertukar menjadi wap: setiap pecahan minyak mentah mengandungi alkana yg mempunyai ke­likatan dan ~ yg berbeza; 2. (Eko) darjah perubahan harga sesuatu sekuriti atau pasaran sama ada menaik atau menurun dgn cepat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ruap] | رواڤ

Definisi : gelembung-gelembung putih pd benda cair; buih. meruap 1 mengeluarkan buih; menjadi spt buih; membuih: Air sabun itu ~. 2 mendidih dan melimpah; meluap spt air soda yg dituang dll: Bir itu ~ apabila dituang ke dlm gelas. 3 ki menjadi-jadi atau bertambah-tambah (bkn perasaan, spt marah); meluap: Semangat utk berjuang ~-ruap di dadanya. kemeruapan keadaan atau sifat meruap (bkn bahan atau cecair yg cepat bertukar menjadi wap): Bahan-bahan tsb mempunyai kelikatan dan ~ yg berbeza. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ruap
Kata Terbitan : meruap, meruap-ruap,

Puisi
 

Selasih meruap-ruap,
     Anak tempua terbang ke Jeddah;
Kasih boleh dibuat-buat,
     Hendak mesra bukannya mudah.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
burn7. be filled with strong feeling, a. (with anger) berapi-api, meruap-ruap, meluap-luap: to ~ with anger at st, marah berapi-api krn sst; b. (with shame) berasa /amat, sangat/ [malu]: she ~ed with shame, dia berasa amat malu; c. (with impatience, zeal) meluap-luap: ~ing with impatience, meluap-luap dgn perasaan tdk sabar; d. (with strong desire, revenge) membara: the desire for revenge ~ed inside him, keinginan utk membalas dendam membara dlm dirinya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
boil2~ over, a. overflow by boiling, meruap: the milk is ~ing over, susu itu sedang meruap; b. (colloq) become angry, marah meluap-luap, meluap-luap kemarahan, meruap-ruap darahnya: he ~ed over on hearing the news, dia marah meluap-luap apabila mendengar berita itu; c. (colloq) become out of control, meluap-luap: the argument ~ed over into a serious fight, perdebatan itu meluap-luap menjadi perkelahian yg sunggguh-sungguh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas