Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rum.put] | رومڤوت

Definisi : 1. sj tumbuhan yg melata di bumi (berdaun tirus dan kecil, biasanya menjadi makanan lembu, kambing, dsb): ~ benggala; ~ gerinting; ~ pahit; 2. sj tumbuhan yg kecil-kecil; ~ kejut-kejut (kemaluan) semalu; ~ rampai berbagai-bagai jenis rumput, banyak jenis rumput; ~ mencari kuda prb perempuan yg mencari laki-laki; bicarakan ~ di halaman orang, di halaman sendiri ~ sampai ke kaki tangga prb kesalahan orang lain nampak, kesalahan sendiri tidak sedar; embun di hujung ~ prb sesuatu yg mudah hilang atau tidak tetap; ibarat ~ yg sudah kering, ditimpa hujan segar kembali prb perihal orang yg sengsara yg dgn tiba-tiba mendapat pertolongan sehingga hidupnya terasa sangat berbahagia; terhenti-henti bagai ~ di tengah jalan, mati segan hidup tidak mahu prb perihal kehidupan yg melarat; rumput-rumputan, rerumputan ber­bagai-bagai jenis rumput: mereka segera berbaris ke tengah ladang yg telah bersih drpd ~ sambil memikul galah; pemuda itu masih terbaring di atas rerumputan spt tadi sementara matanya masih basah; merumput 1. memotong rumput, menyabit rumput; 2. sedang makan rumput (lembu dll); 3. = merumputi menyiangi kerana mem­bersihkan tanah, membuang rumput; 4. = merumputi menaruh tanah yg berumput (tanah bata) di; perumputan, rumputan tanah yg ada rumput, tanah yg ditumbuhi rumput, padang rumput. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rum.put] | رومڤوت

Definisi : 1 jenis tumbuh-tumbuhan yg rupanya spt lalang kecil: ~ benggala; ~ gerinting. 2 tumbuh-tumbuhan yg kecil: ~-rampai bermacam-macam jenis rumput. merumput 1 memotong rumput; menyabit rumput. 2 sedang memakan rumput (bkn lembu dll). 3 mencabut atau membuang rumput. perumputan kawasan yg ditumbuhi rumput; padang rumput. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rumput (kata nama)
Bersinonim dengan lalang, sere, dukut, jukut;,
Kata Terbitan : merumput,

Puisi
 

Anak babi memakan siput,
     Siput bercampur batang keladi;
Kasihkan padi buangkan rumput,
     Kasihkan rumput buangkan padi.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Jikalau kasihkan padi,
     buanglah rumput.

Bermaksud :

Jika kasih akan anak isteri, berhentilah daripada mengasihi orang lain. (Bandingkan dengan: a. Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput, b. Kasihkan padi buangkan rumput-rumput).

 

Lihat selanjutnya...(27)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
grassn 1. various green plants with bladelike leaves, rumput: a blade of ~, sehelai rumput; 2. any species of this, rumput: he experimented with different types of ~es, dia menjalankan uji kaji thdp berbagai-bagai jenis rumput; 3. lawn, rumput: you’re not supposed to walk on the ~, kamu tdk boleh berjalan di atas rumput; 4. pasture, padang ragut; 5. (sl) marijuana, marijuana: to smoke ~, menghisap marijuana; 6. (UK), (sl) informer, tali barut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lawn 1 n halaman (rumput): the houses in that street have beautiful ~s, rumah-rumah di lorong itu mempunyai halaman rumput yg cantik; mow the ~, memotong rumput di halaman.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grasslandn padang rumput: tropical ~, padang rumput tropika.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grassat ~, a. grazing, sedang meragut rumput; b. not working, tdk bekerja; keep off the ~, jangan /pijak, berjalan di atas/ rumput; let the ~ grow under o’s feet, not act, work, etc quickly, berlengah-lengah (utk + approp v): he’s a dynamic leader, he will not let the ~ grow under his feet, dia pemimpin yg dinamik, dia tdk akan berlengah-lengah utk bertindak; put so. out to ~, (colloq) pension so. off, membersarakan sso; put st out to ~, put st out to graze, melepaskan [binatang] di padang rumput;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
graze 1 vi meragut rumput: the sheep were grazing leisurely, biri-biri itu meragut rumput perlahan-lahan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
graze 1 vt 1. put livestock to feed, melepaskan [n] utk meragut rumput: he ~s his cattle in the field near our farm, dia melepaskan lembunya utk meragut rumput di padang berhampiran dgn ladang kami; 2. use for grazing, meragut: this field has been ~d by cattle, rumput di padang ini telah diragut lembu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hayn rumput kering.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
haystackn timbunan rumput kering.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
carpet grassn rumput hampar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lawn-mowern mesin rumput.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas