Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj pisau yg melengkung (utk memotong padi, rumput, dll); 2. (bentuk) melengkung spt sabit; bulan ~ bulan sehari (bulan baru); menyabit memotong (padi, rumput, dll) dgn sabit: orang tua itu sedang ~ di bendang; ~ kelapa mengait kelapa dgn sabit; menyabitkan menyabit utk: petang itu dia ~ ayahnya rumput utk lembu ternakan mereka; penyabit 1. pisau yg digunakan utk menyabit, sabit; 2. orang yg kerjanya menyabit: ~ rum-put. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Ar sudah tetap (nyata, pasti, sah atau terang) terbukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): apabila ~ kesalahannya di sisi kadi, maka berhaklah isteri itu menuntut nafkahnya; jika ~ kesalahan, dia akan dipen-jarakan; bersabit berkaitan (dgn), berhubungan (dgn): segala hal ehwal yg ~ dgn tanah mestilah didaftarkan di dlm buku ini; mensabitkan 1. menentukan dgn pasti ber-dasarkan bukti (atau membuktikan) bahawa seseorang itu bersalah: kesalahan itu telah dapat disabitkan; 2. mengisytiharkan hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati terbukti bersalah melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): keterangan saksi pendakwa adalah tidak mencukupi utk ~ semua yg tertuduh; sabitan (keputusan) hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati sah atau ter-bukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): anak guamnya juga akan kehilangan jawatan sbg pengarah syarikat berikutan ~ itu; Mahkamah Persekutuan hari ini meminda ~ kesalahan mereka drpd mengedar dadah kpd memiliki sejumlah kecil kanabis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sabit
Kata Terbitan : penyabit, menyabit,

Puisi
 

Tabit tak sabit gendang dibimbit,
     Saya nak palu ragam serama;
Kalau tak sabit malu sedikit,
     Saya nak bawa jalan bersama.


Lihat selanjutnya...(10)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
crescentadj (berbentuk) bulan sabit: ~ truss, kekuda bulan sabit; ~ moon, bulan sabit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hammer and sicklen tukul dan sabit: the ~ is the symbol of communism, tukul dan sabit ialah lambang komunisme.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crescentn 1. (moon) bulan sabit; 2. (shape) bentuk bulan sabit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
headquartersn ibu pejabat; (of the army) markas: the ~ of the Red Crescent, ibu pejabat Bulan Sabit Merah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aidn 1. help, assistance, bantuan, pertolongan: the Red Crescent provided ~ for the homeless, Pasukan Bulan Sabit Merah memberi bantuan kpd mereka yg kehilangan tempat tinggal; mutual ~ society, persatuan bantuan bersama; 2. helper, pembantu, penolong; 3. st that helps, alat bantu: visual ~, alat bantu pandang; teaching ~s, alat bantu mengajar; the grinder is a useful ~ in the kitchen, pengisar ialah alat bantu yg berguna di dapur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hookn 1. bent, curved piece of metal for hanging etc, (pen)cangkuk: curtain ~s, cangkuk langsir; a large ~ at the end of the crane, cangkuk besar di hujung kren; crochet ~, jarum kait; 2. also fish hook, mata kail; 3. curved cutting tool, sabit: reaping-~, sabit tuai; 4. (geog) cangkuk; 5. (in golf, cricket) pukulan lengkung; 6. (in boxing) tumbukan sauk; /right, left/ ~, sauk /kanan, kiri/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dispensevt 1. distribute, apportion, membahagi-bahagikan, mengagih-agihkan; (from a dispenser) mendispens: the Red Crescent ~d food to the flood victims, Persatuan Bulan Sabit Merah membahagi-bahagikan makanan kpd mangsa banjir; to ~ alms, membahagi-bahagikan sedekah; a machine that ~s liquid soap, mesin yg mendispens sabun cecair; 2. administer, melaksanakan, menjalankan: to ~ justice, melaksanakan keadilan; 3. prepare and give out (medicine) mendispens;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cuspn 1. pointed end, bucu: the leaf has three ~s, daun itu mempunyai tiga bucu; the ~s of the new moon, bucu bulan sabit; 2. (of tooth) kuspa; 3. (geom) juring.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
helpn 1. assistance, pertolongan, bantuan; (from God) pertolongan: the refugees received ~ from the Red Crescent, orang-orang pelarian itu menerima pertolongan dr Persatuan Bulan Sabit Merah; we will survive the crisis with God’s ~, kita akan dapat mengatasi krisis ini dgn pertolongan Tuhan; 2. assistant, servant, pembantu: domestic ~ is hard to find, pembantu rumah sukar dicari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
contributevt menyumbangkan: the students ~d $100 to the zoo, penuntut-penuntut menyumbangkan $100 kpd pihak zoo; they ~d clothing to the Red Cross, mereka menyumbangkan pakaian kpd Persatuan Bulan Sabit Merah; she ~d many new ideas, dia menyumbangkan beberapa banyak idea baru;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas